Resipi : Pasta Masak Lemak Daging Salai Mudah dan Sedap

Assalamualaikum

Sejak dua mejak ni busy skit jadi reporter utk Channel Awatnii. Penat nak kejaq cerita pasai politik negara. Kahkah. Penat dah sampai rasa takmau amik tau langsung. Aduhaiiii.

Tapi tu la sebelum mereput dan blog bersawang elok lah kita lepak2 sini sepatah dua kata...

Nak cerita hari tu ada buat pasta... Anak2 and laki nak makan pasta bolognese. Mak nya pulak kureng skit dengan bolognese ni.. Muak.. So kita pun dapat la akai utk buat spaghetti masak lemak daging salai ni.. Fushion style gitohhhhh haaa.


Jom tengok bahan-bahan dan cara nak buat dia.. Sennag ja... 

Bahan-bahan:

*Cili padi 3 biji
*Bawang kecil 3 biji
*Bawang putih 3 ulas
*Kunyit hidup sikit
Asam keping setengah/kecil
Santan
Serbuk kunyit (kalau perlu.. Kalau dah suka warna kunyit hidup tak perlu masukkan dah serbuk kunyit) 
Daging salai
Daun selasih/thai basils
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara-cara:

1. Blend bahan-bahan yang bertanda *. 
2. Masukkan kan bahan-bahan yang dah diblend tadi ke dalam periuk/belanga.. Tak kesah la suka hati hampa. 
3. Masukkan asam keping. Kalau warna tak berapa nk kuning masukkan serbuk kunyit. Tapi aku tak letak pun. 
4. Tambah air dan biarkan bahan-bahan menggelegak. 
5. Masukkan santan dan kacau-kacau jangan biar sampai pecah minyak. 


6. Masukkan daging salai, dan daun selasih dan perasakan masakan ikut taste kita. 
7. Lastly masukkan spaghetti yang dah direbus. 

8. Dah boleh hidang cantik2 dah. 


Allahu tengok gambaq ni dan2 rasa nak pi buat lagi sekali. 


Done... Senang sajaaa kannnnn.. Tapi sumpah sedap gilaaa





1 Comments

  1. waalaikumusssalam. sama lah saya pun, pening jugak politik negara. nak try buat lah resepi ni, terima kasih kongsi ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment