Pasemboq Sedap di Restoran Noor Mohamed, Butterworth

Assalamualaikum....

Haaa sebenaqnya dah lama nak share pasal port fav aku kalau nak mkan pasemboq ni. So far the best ever la. Laki aku orang belah Pulau pun kata dis is the best.

Kedai ni pun kami accidentally discover masa kami duk belah mainland lagi. Time tu ntah macam mana boleh ter try dekat sini.



Yang best bagi aku dekat sini pasemboq dia la... Mee goreng dia pun not bad. Tpi selalu jugak tengok orang order mee rebus dia.. Sedap la jugak kot kan. Tapi sebab aku tak suka makan mee rebus. So aku x order la🤪


Gambaq credit to Tripadvisor. Aku dah lama tak pi makan sini. Ada gambaq dekat fon lama tapi jenuh nak godek2 kan. 

Aku paling suka pasemboq dia. Sebab cucoq dia tu crunchyyyyy gilaaaa. Aku mesti akan order cucoq crunchy dia tu extra. 


Pun credit to Tripadvisor jugak. 
Nanti kalau aku pi makan kar sana. Aku tukaq ganti gambaq aku na. 

Ni mee goreng sotong dia. Sedap jugak bagi aku. Tapi a lil bit pedas bagi yang tak tahan pedas. Yang suka pedas.. Ni untuk hampa. 

Selain jual pasemboq yang sedap, depa ada juai mee goreng.. Kueytiaw goreng.. Nasi goreng.. Mee rebus.. Nasi kandaq. So hampa boleh la mai makan tang ni sebab dia all in. Hari tu anak aku makan nasi kandaq dia pun... Rasa kari dia not bad jugak.

So bagi orang2 yang nak mai Penang . Nak makan pasemboq sedap.. Ni la tempatnya.. Walaupun bukan dekat island side tapi memang berbalou hampa mai makan tang ni. Bukan duk pi makan dekat Padang Kota hat mencekik darah reja duk sembelih orang tu, rasa pun nan hado.. Adik aku makan situ sampai ceri beri la punya la nak paw aku makan pasemboq dekat Padang kota... Kahkah! 

Ok la tu ja lah nak cerita.... Aku paling suka sini sebab pasemboq dia cucoq crunchy2.. Kalau hampa jenis perut tong sampah.. Tak reti beza hat mana sedap..hat mana x sedap.. Ok ja nak pi makan tang lain pun. Hahhaha






16 Comments

  1. Penah ke Padang Kota makan2 tapi ye lah harganya mahal sikit noh?. Boleh cuba ke sini pulak kalau turun Penang.

    ReplyDelete
  2. lama tak makan pasemboq ni. adoi terliuq dah! Mee goreng mamak plak.. pekena ngan cucuq , best tu

    ReplyDelete
  3. lama tak makan pasemboq..tgk kat entri ni terus terliuqqq hehehe

    ReplyDelete
  4. haaa memang suka makan pasemboq hat crunchy ni. Selalu jumpa hat dah terendam lama sampai kembang tekak nak makan. Nanti boleh try kat sini kalau singgah pi penang.

    ReplyDelete
  5. Tudiaaaaa...lapar perut tengok entry ni...nak jgk pasembor.....

    ReplyDelete
  6. nyummmm terus rindu pasemboq penang >.<

    ReplyDelete
  7. Time lapar laa pi masuk sini, terus lapaq di buatnya..
    Bukan senang nak dapat pesemboq yang sedap tau..banyak dah Sis makan sana sini tapi belum dapat yang betul-betul ngam gan tekak...

    ReplyDelete
  8. Tak pernah makan pasemboq. Teringin btol la. Hope ada rezeki pegi sana lagi. Tak sempat merasa

    ReplyDelete
  9. Ok nanti turun Penang nak cuba makan pasemboq kat sini jugak, doa2 kan le sis ada rezeki ke sana lagi..bertahun dah tak kesana..rindu nak makan makanan kat sana

    ReplyDelete
  10. Lama tak pergi penang la..banyak tempat makan sedap sekrg ada dekat sana..lama tak amkan pasemboq..dulu waktu study kerap juga p penang

    ReplyDelete
  11. Lama dah tak makan pasembor. Kedai dia cantiklah. Terliur tengok makanan dia.

    ReplyDelete
  12. Kalau belah2 penang punya makanan.. Memang tak pernah mengecewakan... Nak cari dekat KL punyalah susah..

    Ikut hati, nak je buka kedai makan macam dorang... Hari2 tgk video orang penang masak..

    ReplyDelete
  13. Alahai lamanya tak makan pasembor. Susah nak cari yg sedap cam kat Penang heheh kalo nak puas ati mmg kena gi penang

    ReplyDelete
  14. Lamanya saya tak makan pasemboq. nanti balik Penang bolehlah makan. dah lama jugak tak balik penang : )

    ReplyDelete
  15. penang banyak giler kan kedai2 food best2. kena buat trip pelancongan ni ke penang

    ReplyDelete
  16. Kak. saya dari dulu nak ke Penang, nak buat food hunt. Tapi semua rujuk blog akak. Hahaha. Kami plan sampai jd tahun ni. Doakan ya. Hehe

    ReplyDelete

Post a Comment