Masyarakat kita yang sakit

Semalam berlegar2 di fb.. Sorang akak ni tengah mengamuk sakan dekat majlis perbandaran. Tergamam aku tengok. Tak sekelumit rasa nak gelakkan akak tu. Sebab aku yakin dari dressing style akak tu.. Dia bukan biasa2 jugak. Kalau biasa2 macam aku ni.. Keluaq pakai pallazo n selipar.

Back to the story. Bila tengok akak tu mengamuk.. Rasa mcm susah nak percaya seorang perempuan yang kita tau hati nurani memang lembut ni nak bertindak sampai macam tu sekali. Dalam hati aku... Mesti kakak ni ada something yang tak kena ni.

Bila terbaca komen2 dekat fb.. Allahu.. Menitik ayaq mata aku. Sedih sebab berat dugaan akak tu. Yes aku tak kata parking tak betoi tu tam salah. Tu tetap salah ya. Tapi tu la. Mungkin semalam tahap dia xboleh nak handle sangat2 dah.



Allahu... Kuatnya dugaan akak ni. 


Dan paling tak boleh belah yang duk rekod video sambil duk ulas2 and gelak. Woi mangkuk! Uolls yang tengok tu tak rasa kesian ka dekat akak tu. Any normal person wouldn't act that way lah.

Tu belum lagi yang komen acah2 good2 ja. Bash kaw2. Allahu... Sebenarnya bukan akak tu ja yang sakit... Our society is sick too! Dengan masyarakat mcm ni.. Yang tau duk bash ja.. Lepas tu duk viral merata ni... Rasa2 mcm mana kakak ni rasa bila dia sedaq tu.


Yang duk viral tu... Attention seeker ka macam mana ka🙄

Aku harap sangat2.. Video tu da xdak dari fb. And aku harap sangat masyarakat kita ni alert. Benda macam ni bukan lawak untuk hampa buat benda jenaka. Depression is real guys. Kita patut tolong and alert dengan orang sekeliling. We should know kalau dia sedar and tak depression dia takkan buat benda macam tu guys. Sapa nak malukan diri sendirj macam tu 😓


Sentiasa peka dan alert dengan orang-orang sekeliling. 


Jadilah masyarakat yang peka... Dan bukan masyarakat yang hanya tau membawang dan bash orang saja. Dan ingat sebaik-baik manusia.. Adalah manusia yang memberi manfaat kepada sekelilingnya tak kiralah kepada orang, haiwan mahupun alam sekitar. Of course kita taknak hidup dan tergolong dalam kalangan masyarakat yang sedang  "sakit". 


Yes i do agree






1 Comments

Post a Comment