Kampung Buffet at Garden Cafe, Golden Sands Resort Penang

Assalamualaikum and Haluuuuuu semuaaa....sehat ke tu? Minggu ni tak berapa banyak update blog... Rasa kelam kabut skit sebab asyik ke sana ke mari nak setelkan urusan pindah rumah. Kemas barang dekat rumah Juru.. Then angkut bawak skit2 pi ke rumah baru. Nampak mcm ni ja.. Tapi ampun penat Ya Allah.

Ok tapi sebenaqnya bukan nak cerita pasal pindah rumah. Ni nak cerita pasal satu buffet baru dekat Golden Sands Resort Penang, Kampung Buffet nama diberi. Serious masa lalu dekat makanan2 buffet ni memang duk beristigfar banyak2 sebab bau dia auwww. Tengok pun menggiurkan.

Sebelum start sesi review, kami geng2 blogger ada satu sesi tying sarung /batik. Sesuai la dengan theme Buffet Kampung kan. And sebagai seorang peminat kain batik.. Of course la aku sangat teruja kan.


Aku ikat batik aku cenggini ja lah.. Takkan nak angkat baju and ikat depan2 orang dengan nampak perut kan. Hahahhah. Buruk sangat aih perangaiiiiii. 


Siap kena cat walk lagi. Model plus size.. Jangan carut ok. Ashley Graham tu mcm aku la 😉


Dengan pemenang nya Oppa Barry Teh. 


Lepas tu kita tengok demo masak asam pedas ikan merah by our Chef Rizal. Aduh menjejes air lioq aku time ni. Lepas ja habis demo memasak dari Chef Rizal, maka bermula lah sesi tangkap gambaq makanan-makanan.

Jom lah kita tengok makanan-makanan yang disediakan. 


Nasi beriyani udang. 


Nasi tomato


Nasi kukus daun pandan. 


Stir fried beef with celery



Itik masak hijau




Asam pedas ikan pari dan bendi. 



Mee goreng basah bersama makanan laut 


Udang Masak lemak cili padi bersama nenas


Roast lamb stew with garlic and rosemary. 



Ayam rendang minang. 


Sayur goreng campur dan cendawan kembang. 


Cold items | salad. 


Varieties of salads dressing. 


Kerabu - kerabu sotong, kerabu ikan bilis, kerabu taugeh. 
Sambal belacan | budu | cencalok


Ikan masin 


Keropok


Noodles section. 


Pasemboq corner


And jom kita tengok part desserts pulak. 


Sedapnya. 


Pudding. Dah macam sabun2 yang aku buat dah


Aneka kuih muih


Cheese cake


Kuih sagu.. My favourite 


ABC corner / cendol corner. 



Fruit corner

And dekat bahagian luaq Garden Cafe ni.. Ada disediakan juga hidangan2 bakar / grill macam kambing guling /golek, ayam pasu, ikan bakar, grill seafood. 


Chef Rizal bersama kambing guling nya. 


Ikan bakar nyum2


Ayam pasu... Sedap! 


Selain daripada tu.. Kalau hampa stay dekar hotel ni.. Or makan dekat sini... Kalau hampa jumpa Pak Cik ni.. Boleh la mintak kacang dekat pakcik ni.. Free of charge saja. 


Selain tu.. Boleh jugak ambil angin laut bila mai sini.. Tengok2 kawasan sekitar resort ni. Best.. Pool dia semua best and kids friendly sangat. Tak tau la bila nak boleh stay dekat sini and do review bout staying at this hotel. 


Last but not least... Bergambaq dengan Chef Rizal. 


Untuk hampa yang nak cuba Kampung Buffet yang berteraskan sajian dari Kedah ni.. Jangan lupa mai makan dekat sini ok. 

Harga dan details adalah seperti berikut :

Dewasa : RM119

Kanak-kanak : RM59

Hari : Setiap Hari Jumaat

Masa : 6.30pm-10.30pm

Untuk tempahan jangan lupa untuk buat tempahan directly kepada Golden Sands Resort Penang di +6048861911


**************

Kelaparan terus lepas habis update pasal review ni. Teringat dekat ayam pasu dia... Masak lemak udang dia.. Aduhhhhh lapaqqqq

Thank you Golden Sands Resort Penang for inviting me to review this awesome buffet. 























1 Comments

Post a Comment