Travelog Perth ( Western Australia) : Day 8 and Day 9

Assalamualaikum...

Haaa tu diaaa.. Nak perabih travelog ke Perth ni makan tahun wei... Elok sebelum berlabuhnya tirai 2019 ni aku siap kan terus ja semua...
Tak nak la berhutang post lagi...

Untuk day 7 yang lepas kami main dekat Perth City.. Shopping semua kan. Sama gak dengan Day 8 ni.. Kami still main2 dekat Perth ja... Pagi lepas bfast di hotel.. Kami gerak ke Fremantle sebab nak ke Rainbow Containers tu... Ala ni salah satu landmark jugak la kalau dekat Perth tu kan...


L-O-V-E


The Bikui Sister


Heartbeat


Family stick together

Lepas ja sesi bergambaq dekat Rainbow Containers ni kami terus ke area Fremantke City dekat area Fremantle Market tu untuk beli souvenir last before balik kan. 


Dekat luaq Fremantle Market. Masa weekend happening la depa 2 ni depa buat show la apa la. Memang best and layan. 


Dekat dalam Fremantle Market. 


Leather made. 


Macam2 ada. 




Lepas ja gerak dari Fremantke... Kami ke Westfield Carousel plak.. Kalau sehari sebelum tu kami ke Westfield Innaloo kan.. Kali ni ke Carousel plak.. Dekat Carousel ni.. Dia punya Westfield tu much bigger. Kalau kat Malaysia tu.. Westfield ni macam shopping complex ala2 Aeon Mall la.. Ada macam2 dalam tu.

Masa dekat Carousel ni second trip aku shopping Pandora beads.. Sempena dengan Mothers Day dekat sana.. Beli berapa ntah free Rose gold bracelet tu.. Gila nak lepas kan peluang mcm tu ja kan.. Memang tak lah kannn...

Selain dari tu... Aku ada gak shopping dekat Big W.. Dengan Kmart(again) Hahhahaha... And masa dekat sini gak kami beli perfume utk family kami... Sebab masa dekat Chemist Warehouse Innaloo tu kami nak beli perfume.. Ada banyak gak yang depa takdak stock.. So depa suggest kami pi beli kat situ...kedai tu nama dia My Beauty Spot, kedai ni kira Chemist Warehouse brainchild company la...


Kalau tak jumpa Chemist Warehouse.. Boleh shopping dekat sini jugak OK. 



Harga dua2 sama2 murah... Sbb dua2 sama bawah satu ni... Tapi dekat My Beauty Spot ni xdak la jual supplements semua mcm kat Chemist Warehouse tu tau.


Aku beli yg 30ml ni time offer $9.90 kot. Murah gilos.. Bau dia aku suka sebab sweet.. Aku Sejenis manusia tak suka pakai perfume floral Mcm Gucci Floral tu sebab bau dia macam Mak2 Datin dengan anak2 ikan🤣🤣🤣
Aku suka yang sweet macam aku😝😝😝


Kita orang chalo dari sini kul 5pm Elok2 dia nak tutup dah. Ya kat sini mall dia tutup awal ya esp kalau weekn. Dia orang xda budaya mall macam kita. Depa lagi prefer outdoor activities kot. Tak kata orang.. Aku pun cari mall weekn nak beriadah tawaf mall. Kahkah

Balik dari tu aku dah tak ingat dah kami makan semua dekat mana.. Maklum lah setahun berlalu.. Kahkahhhhh. Ada kawan2 kami malam tu dah kena pergi Airport sebab tak extend and tukar tarikh dari yang AA bagi. Sebab masa beli tiket tu Asal ya AA fly twice to Perth. But masa kami nak pi tu.. Tukaq jadi sekali Shari ja. Aku satu family mintak tukaq tarikh and extend another day la kan.. Just in case.

So keesokan hari ya.. Lepas kawan2 kami dah balik... Aku duk tengah check la tiket flight semua sekali Ya Allah.. Boleh plak tersilap tarikh bday mak aku.. Dekat tahun tu.. Ko paham2 la AA kan.. Buat ya dia denied mak aku boarding esok ya tu tak ke naya. Tweet la Tanya AA haram tak jawab. Email Tanya tak jawab. Last2 sekali kami ke Airport and nak cari counter Air Asia. Nasib la ada orang kan. Biasa bukannya ada orang kecuali kalau dia open ada flight masuk or nk depart ja kan...

Check2 dia kata.. Should be no problem.. Terus rasa nk lompat dekat situ jugak.. Yahuuu.. Ko giler ke kalau denied boarding sebab salah kt situ... Lesson learnt.. Lepas ni kena tengok betul2 la kan.

Before kami ke Perth Airport tu kan.. Kami ke Westfield Innaloo.. Sebab laki aku nak beli perfume untuk kawan2 dia... Gila memborong perfume ja kejanya kalau pi ke sana...

Lepas dah beli perfume semua tu kami terus ke Perth CBD untuk lunch dekat Ihsan Cafe yang terletak dekat Murray St. Kali ni dah cerdik skit.. So husband pi parking dekat tempat parking terbuka dekat luar skit. Takdak la tempat parking bertingkat yang mahal nak mampus sampai kena berapa puluh hingget tu. Cuma kena Jalan skit la. Tapi sama jek.. Kat tempat parking bertingkat tu pun kena berjalan2 gak. Baik pergi yang kat tempat murah tu ja.



Masa dekat Ihsan Cafe ni aku makan nasi.. Set nasi dengan sayur dia OK la not bad..dalam $10 mcm tu.. Mak aku makan bihun goreng.. Pun sedap.. Ko jangan la convert kalau nak makan kat sni.. Kalau dak memang tercekik jang... Tak rasa rindu Masakan Malaysia pun sebab kat sini boleh makan nasi kari KAMBING Malaysians taste siap dengan sambal belacan apa semua tu.

Serious hampa kalau Perut Melayu macam aku ni.. Kena mai makan tang ni la kan.. Sebab memang sedap lauk2 dia.. Tak tipu OK.

Hari last di Perth. 


Suka tengok building dia. Lawo2. Ya kereta memang xbyk ya. Macam ni la dekat tengah2 pekan dia tu.. Aman tenterammm ja rasa


Ahh rindu pulakkkk. Tapi Time ni memnucak dah rindu dekat Malaysia oiiii. 


Lepas ja makan tu kami terus gerak pi ke Perth Airport untuk setel kan yang isu tiket nak aku.. Seriau wei.. Sekali dia kata takpa.. Terus tenter am hidup aku. Terus ajak laki lepak Scarborough Beach nak tengok sunset before balik ke Malaysia.



Sejuk oii time ni. Dengan sejuk ya.. Dengan angin lautnya.. Mengigil aku.. Diorang dua ni releks ja. 



Untunglah budak belakang tu.. Dah 2x pi Perth.. Mama kecik2 dlu balik Kodiang ja 🤣🤣🤣
Last sunset dekat Perth. Tak tau la bila lagi nak jejak kaki ke Perth. 

Lepas dah menikmati sunset apa bagai... Maka kami gerak la balik ke bilik. Perabih ka stock makanan kak saripah la.. Pak Brahim la bagai.. Nasib kat Hotel tu memang disedikan microwave...
Tiket kami ke KL kul 6.30am..so kami extend kami punya stay dekat hotel sehari.. And kami check our dari hotel dalam pukul 2am mcm tu.


So Sekian tamat lah cerita DI Perth (Western Australia) ni... Sodaqallahulazimmmm...





18 Comments

  1. hang pi ostolia ni bila semenaknya?????

    ReplyDelete
  2. menarik!! :)

    btw jemput join ye https://dramaticyang.blogspot.com/2019/12/1st-giveaway-by-yysella.html

    ReplyDelete
  3. Dah lama benor sis pergi Perth.. dulu Perth sebuah bandar yang tak sebuk.. quiet town kata orang tetapi laa ni tak tahu la... nampak mcm bnyk pembangunan dah.

    ReplyDelete
  4. Kak Alia nak tanya, kalau kite beli barang banyak banyak ni, dieorang tak check ke beg kite? Kira kene tax ke tak? HUhuhuh saya tak pernah pergi ke luar negara beli barang banyak banyak lagi. Selalu jugak baca barang kena ambil sebab beli banyak semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak gila2 mcm nak meniaga mmg kena tax... Kalau setakat corelle 2 kotak tu tak la dia ni Sgt.. Perfume pun kami bahagi2 luggage

      Delete
  5. Yay!!!!!!!! Perth! One of my favourite destinations for travel. I miss Perth. The last time I visited Perth was in 2014. Cool travelogue btw.

    ReplyDelete
  6. Bestnya pergi bercuti bersama family tersayang. Dah lama masukkan Perth dalam wish list travel. InsyaAllah ada rezeki pasti sampai hee

    ReplyDelete
  7. Sedih kita tengok orang semua dah sampai keluar negara dan merata tempat best-best kita masih dalam Malaysia hehehe memang Perth ini adlaah salah satu wishlist's kita untuk travel tahun ini moga tercapai menarik tengok tempat cantik dan best giler....

    ReplyDelete
  8. Ala bestnya tengok dia jalan jalan kat Perth. Saya teringin nak jenak kaki ke Perth. Salah satu tempat yang saya nak pergi sangat tu kat Rainbow Containers tuh lah...

    ReplyDelete
  9. Rainbow containers tu guna real container ke? Utk tourist boleh panjat dkt atas tak utk bergambar? Selalu tgk pasal ni lupe nk tNye

    ReplyDelete
  10. Wah seronoknya jalan-jalan Perth. Belum berkesempatan ke sana. Kena buat tabung dulu la.. hihi.

    ReplyDelete
  11. Seronoknya jalan-jalan ke luar negara terutamanya Australia. In shaa Allah ada rezeki nak jejakkan kaki ke sana jugak :)

    ReplyDelete
  12. bestnya jalan2 Perth. Lama gah tu sampai day 8 dan 9. Ke pegi mana lagi selain Perth?

    ReplyDelete
  13. Seronok nya jejalan Perth. Gambar colourful menarik sungguh, menceriakan memori.

    ReplyDelete
  14. wah bestnya jalan-jalan Perth, ni satu inspirasi ni. Boleh dapatkan azam baru tahun 2020 untuk ke sini.

    ReplyDelete
  15. I can totally see myself buying in bulks for the dreamcatchers hahaha! Hantu dreamcatcher la kononnya. But another amazing spot is that Rainbow Containers...confirm if I go I will do like a fashion shoot there...hahahha

    ReplyDelete
  16. Nampak macam best je bercuti dekat sini... Tapi bila dengar banyak kes ramai sangkut dekat tak bagi berlepas ke sana.. terus mindset set... bercuti dekat2 je...

    Ok la, ada jumpa belacan dekat sana.. ada tanya x dia pakai belacan melaka ke penang hahahaa

    ReplyDelete
  17. Bestnya jalan-jalan. Salah satu wishlist nak datang sini. Suka tengok gambar cantik-cantik

    ReplyDelete

Post a Comment