Travelog Koh Lanta : Ke Koh Lanta kitaaaa | Part I

First of all... Trip ke Koh Lanta ni sama gak macam trip ke Perth.. Long overdue.. Ni tahun lepas punya cerita jugak... Tapi yang ni baik skit.. Dalam hujung bulan 8 macam tu kami ke Koh Lanta ya.



Untuk pengetahuan hampa Koh Lanta ni terletak do Krabi Province. perjalanan dari Wang Kelian ke Koh Lanta adalah sekitar 4 ke 5 jam macam tu. Depends dengan Jalan dan Cara pemanduan hampa la kan. Kami suka masuk ikut Wang Kelian/ Wang Prachan Border sebab dekat sini tak ramai sangat orang kalau nak Compared dengan Danok sana.

Macam biasa kalau pi ke Siam and masuk ke dalam lagi.. Kami akan pit stop di rumah mak aku di Jitra. Kali ni kami ajak mak aku untuk join sekali ke sana. Ni adalah first time kami ke Koh Lanta. Kalau Phuket dengan Krabi dah selalu pi tapi Koh Lanta ni first time untuk kami.

So macam biasa la awal pagi lepas breakfast di pekan Jitra kami terus gerak ke wang Kelian. Selesai urusan di border semua kami terus gerak ke Koh Lanta. Guna Google Maps ja wei. Tapi masa tengah hari tu Masing2 dah lapaq and kami singgah makan dekat area Langun. Ya kami agak familiar area sini sebab selalu kan mai Satun untuk makan2.



Ni dia Haa lunch kami dekat kedai tepi Jalan. Owner kedai Muslim... So halal la ya. Makanan dia walaupun simple tapi sedap oiiii.

Lepas dah makan semua kami pun meneruskan perjalanan ke Koh Lanta. Nak ke Koh Lanta kena naik ferry ya. Charge untuk sebuah kereta adalah TB100.. Dan TB20 untuk per person yang akan naik ferry tu walaupun duk dalam kereta. Dia tak macam ferry kt Penang ni.. Naik satu kereta terus dia xkira berapa kepala kan. Ferry kat Koh Lanta ni open.. Kalau sapa yang tak naik kereta tu kalau hujan n angin kuat jawab dia lokoih habis la kat atas tu.





And Koh Lanta ni ada dua side.. Satu Koh Lanta Besar satu Koh Lanta Kecil. Dulu2 depa kata dari Koh Lanta Kecil nak pi ke Koh Lanta besar kena Guna ferry gak.. Tapi masa kami pi tu dah siap Bridge untuk hubangkan dua2 pulau ni. Untuk pengetabuan hampa.. Ferry akan berlabuh dekat Koh Lanta Kecil... Kat Koh Lanta Kecil ni bagi aku macam kampung2 skit la. Macam tak jumpa la resort ka apa ka.

So nak ke resort ka pantai ka kena pi ke Koh Lanta Besar ni. Kat sini la ada macam2 skit. Nama Hotel yang kami duk tu Lanta Sand Resort and Spa. Cantik hotel/resort ni. Hotel pun ada da booked awai2 kat Agoda. Harga pun murah sebab time kami tu off peak season. And hotel yang kami duk pun not bad.. Pool access dari bilik uolls... Harga pun dalam RM200+... kalau dekat Hard Rock Hotel Penang pool access memang boleh menangis la cerita dia oiii.





Lepas dah check in semua.. Kami pun keluar untuk jalan2 cari makan. Dekat sini sennag ya nak cari makanan halal sebab banyak jugak orang Islam dekat Koh Lanta ni.


Jalan2 dekat pasar malam dia jumpa orang jual paste Masakan diorang. Apa lagi bungkus la habuan nak masak balik ke sini. Sedap paste dia ni. 

Malam tu kami makan dekat kedai dekat area pekat Koh Lanta tu. Banyak makanan Muslim so halal food isn't an issue here. 


Kami makan dekat kedai ni. 


Ayam bakaq dia sedap! 


Ni apa tu nuttella crepe ka apa ka. Sedap la.. 


Pad Thai.. Alahai sedap nya... Teringin la plak


Nasi goreng.. Of course la sedap. 


Kami balik ke blik hotel kekenyangan gila. Otw sebelum balik ke hotel singgah la 7 E depa beli macam2 jajan. Budak2 nak mandi pool plak malam tu. So kita layan ja lahhh. 

Next time kita sambung lagi yaaa. 




7 Comments

  1. Tak pernah lagi ke Koh Lanta ni. Menarik juga tengok. InsyaAllah ada rezeki nak juga la singgah

    ReplyDelete
  2. Best ya dapat ke kph lanta. Kita tak pernah sampai lagi sana... Paling jauh hatyai ja.. Share lagi sis

    ReplyDelete
  3. serious tak pernah lagi kesini. thank you sharing! it must have been a nice experience

    ReplyDelete
  4. dh byk kali ke thailand tp blm lg ada peluang nk explore area krabi. thanks for sharing, i am stealing your itinerary :P

    ReplyDelete
  5. Long overdue pun kalau masih ingat masa nak menaip entry takpe. Macam emi kalau dah long overdue tu, terus jadi malas dah nak update hahahah

    ReplyDelete
  6. Selamat bercuti dengan keluarga. Nampaknya banyak makanan sedap jugak ni... blh buat food hunting!

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi sampai ke sini. hope satu hari nanti sampailah. bestnya tengok jalan-jalan cari makan kat sini.

    ReplyDelete

Post a Comment