Resipi : Gulai Ayam Rebung

Assalamualaikum

Wahhh hari ni dah 3ist dec.. Esok dah masuk 2020..yeayyyy..i'm looking forward for a brand new year.. Some more its 2020.. I bet those 80's kids will looking forward for 2020 kannnnn...

And sedar tak sedar... My 1st child, Adriana will be going to primary school. Mama yang nervous. But she seems OK during her orientation on last Nov... I bet the preschool at Pra Sekolah Kerajaan  environment at least helping her to face the "real school" environment. Alhamdulillah

And as for penutup on this year...i had prepared Gulai Ayam Rebung for our lunch /dinner perhaps. Malas nak masak banyak2. If xnak makan.. I will frozen it.

Actually dah lama gila tak makan Rebung. Nampak dekat kedai Aceh kelmarin terus amik 2 peket. The first plan is to make Pajeri Rebung. Tapi hari ni ke LS Mart depa juai rangka ayam each RM1. macam sedap ja buat rangka ayam tu gulai. Tambah skit isi dada n kepak potong kecik.. Letak Rebung... Fuhhhh sedapnyaaa. Dah terbayang dah kesedapan Gulai Ayam Rebung tu😅


Dah siappp. Hahhahaha
Nak buat pun bukan payah mana pun. 

Jom tengok bahan-bahan dan Cara buat Gulai Ayam Rebung ni. 

Bahan-bahan:

Ayam bahagian rangka+dada+kepak yang da dipotong-potong
Rebung
I peket rempah kari daging Adni
Air asam jawa
1 sudu kerisik
Setengah kotak santan
Bawang besar dipotong utk menumis
Bawang besar + bawang putih blend
Bunga lawang+bunga cengkih+buah pelaga+kayu manis (4 serangkai) 
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara:
1. Panas kan minyak, Dan tumis bawang besar yang dipotong  bersama 4 serangkai. 
2. Dah naik bau masukkan bawang besar+bawang putih yang diblend. 
3. Masukkan rempah kari daging Adni yang dicampur dengan air dan masukkan air asam jawa. And jangan lupa masukkan kerisi sekali ya. 
4. Kemudian masukkan santan dan biar kan kuah gulai sampai menggelegak. 
5. Bila dah nampak OK Dan makin pekat and rempah dah masak,baru masukkan ayam. 
6. Dah nampak ayam masak.. Boleh masukkan Rebung. Kalau nampak kuah terlalu likat boleh masukkan air skit. Sambil2 tu.. Tunggu Rebung masak dan boleh tutup api. 
7. Da siap.... 


Dah siap. Adriana la paling suka. Mek tu bab kari ka gulai ka mmg num 1...kikiki

Mama dia lega Dapat makan REBUNG. Ada 1 peket lagi nak  buat pajeri. Fuhhhh
Esok da nak kena gerak masuk pulau sebab lusa kakak da sekolah.. I will miss this house. 😭😭😭

For those yang nak Cuba Guna rempah kari Adni.. Boleh la ke:

Instagram :


3 Comments

  1. Sedapnya gulai rehung.. Lagi2 letak kerisik... Mmg umphhhh... Terasa pekat2 dia tu

    ReplyDelete
  2. Selalu nak makan ni mak saya yang masak..lauk2 Kampung kan rebung2 ni... Fab juga rebung ni.. Sedap sis

    ReplyDelete
  3. rebung2 ni biasa kami beli yg dah siap masak je. hahaha.. tak biasa masak rebung,,hehe

    ReplyDelete

Post a Comment