Chu Chu Ikan Bakar di Vouk Hotel and Suites

Assalamualaikum

Cuti sekolah tak lama lagi kan... Sat ja dah nak hujung tahun. Sedaq tak sedaq dah nak masuk 2020. Tapi tak nampak lagi kereta terbang.. Hahahhaha. OK lawak hambar😜

Ada yang plan nak mai berjalan2 kat Penang dak? Kalau ada... Mai nak habaq kat hampa... Vouk Hotel and Suites Penang ada buat Seafood semi Buffet sempoi punya.
Sebab apa aku kata sempoi... Sebabnya... Hampa boleh pilih makan segala jenis seafood dengan harga yang berpatutan macam ala2 dekat Seagate atau Umbai kalau dekat Melaka.


Kali ni kita mai review tang ni pulak ya anak2. 


Hampa kalau nak makan seafood hat bakaq  ka tiga rasa ka sotong celup tepung ka elok la mai makan tang ni.. Sebab apa... Sebabnya lani kan musim hujan.. Mau makan kat luaq.. Elok duk makan hujan mai basah lencun...
Ni makan dekat dalam restaurant dekat dalam hotel elok ja.. Hujan mai pun hampa tak perasan... Tu belum cerita lagi kalau mai time panaih... Angin xdak... Memang xboleh bawak berbincang cerita dia dengan ketibas bagai kan...onz ka tak onzz uolls?


Bertempat di C'est Si Bon. 

Jom kita tengok apa ada dekat Semi Buffet Chu Chu Ikan  di Vouk Hotel & Suites ni. 


Ini paling favourite OK! 


Fuhhh murahhhh kot rega seafood dia ni


Sotong tu nampak sangat2 fresh OK. 


Udang laut ni beli dekat Sungai Batu pun size takleh pilih tu pun Sekilo RM60.. aku pernah makan mee udang..yang udang timbang tu RM90/KG kot.. Tu be berapa tahun lepas.. Lani xtau la berapa kan. 


Ikan2 pun fresh OK.. Sebab depa Dapat stock direct dari melayan dekat Teluk Bahang. So all guaranteed fresh OK! 


Ni antara list seafood yang ada la. 


Hampa boleh pilih nak masak apa OK... 


Ni kalau nak sayoq.. Ada jugak list sayoq n Masakan yang ada untuk sayoq tu. 

Untuk bahagia ni hampa boleh makan sampai lebam sebab yang ni la section semi Buffet tu... 


Salad section



Aku suka gila yang cucumbers pickles dia tu. Sedapppp


Seafood Tomyam


Pencuci mulut dia. 



Malaih nak cakap banyak.. Jom tengok kami makan apa malam tu... 


Jeng Jeng Jeng jenggg.. Sedap nyaaa


Hoiii hat ni wajibbbbb cubaaa... Ketam nipah salted egg dia power. 


Siakap lemon grass.. I like dis one.. Sedap Masakan dia. 


Sotong goreng tepung. Sedap! 
Tak puas makan ok


Udang Kong po style


Lala kam heong



Kerang bakar


Ikan pari bakar


Last but not least kailan ikan masin. 


Set Menu
*APPERTIZER,SOUP,RICE & DESSERT FREE EAT ALL YOU CAN*

Set For 2 – 4 Person
RM 88.00
Sea Bass Fish 
Sayur Campur
Telur Dadar
Sotong Goreng Tepung

Set For 6 – 8 Person
RM 118.00
Sea Bass Fish 
Sting Grey Fish
Sayur Buncis Goreng Taukua
Telur Mata Siam
Sotong Goreng tepung

Set For 10 – 12 Person
RM 158.00
Sea Bass Fish 
Sting Grey Fish
Lala with Kam Heong
Sayur Kai Lan Ikan  Masin
Telur Bistik
Sotong Goreng Tepung

So basically contohnya macam aku.. Kalau nak pi makan 4 beranak.. Of course la amik yang set for 2-4 tu kan. Let say nak tambah sotong goreng tepung ka.. Ketam salted egg ka... So kami kena la bayar tambah untuk item2 yang kami tambah ni. 

Bagi aku memang berbaloi sangat2 la sebab makan dalam hotel plak tu kan. Tak gaduh nak pikiaq hujan ka tengah2 makan.. Panas ka sampai ketibas... Pastu nyamuk ketit ka apa ka.. Takyah nak risau.. Boleh makan dengan tenang lagi Haa. 



Hampa kalau nak pi makan kat sini boleh la ke :

VOUK Hotel Suites
57-G-3, Mansion One, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, Penang
Tel : 04-3708333


Untuk promotions lain:

Vouk turut menyediakan promosi berikut








18 Comments

  1. ada buffet seafood !! sedapnya.. tengok ketam tu geram haih..
    menarik jugak selections dia.. puas hati kalo pegi n makan situ..

    ReplyDelete
  2. Fuh. Nasib kat Penang. Kalau kat KL/ Selangor, Rawlins dah ajak kengkawan yang menggilai seafood menyerang kat sini. Memang depa bersuka ria la jawabnya.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya ! Jarang ni hotel nak buat makan bakor bakor macam ni. Harga tu memang lah agak tinggi sikit tapi rasanya dah okei dengan nama hotel. Dengan keselesaan yang diberikan.

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik dan enak segala hidangan dia... Makan di hotel pula tu. Jarang hotel yang serve ikan bakar yang dimasak terus atas pilihan kita. Luar biasa hotel ni.

    ReplyDelete
  5. Semua makanan nampak menyelerakan dan sedap ja melihat.Jika ada peluang Naim akan try di tempat di atas. Insha Allah. terma kasih sudi share tempat yang menarik ini

    ReplyDelete
  6. Tu diaaa.. Terliur tengok gambar-gambar Alia. Semua nampak sedap-sedap belaka dan yang penting seafoods dia pun nampak fresh betul! Oklah kalau ke Pulau Pinang memang kena singgah sinilah nampaknya! 😃

    ReplyDelete
  7. seefood nampak sangat segar sedapnya nak-nak ada ketam tu, kesukaan saya, boleh tahan juga harga dia kalau isi penuh fuh nikmat. Kalau pergi Penang bolehlah singgah nanti

    ReplyDelete
  8. Sedapnya seafood. Terliur tengok hidangan dan menu yang ada. Semua nampak sedap so dah masuk dalam wishlist

    ReplyDelete
  9. Nampak menarik dan rasanya jika order set lagi murah kan? Nanti bila ke Penang nak cari lah ni.

    ReplyDelete
  10. Terliur tengok semua..banyaknya menu..tak boleh tahan tengok seafood tu..semua nampak fresh je..tapi tu la dekat Penang..hehee..bila la dpat ke Penang lagi ye

    ReplyDelete
  11. Godaan apakah ini Alia. Dahlah semua lauk tu nampak fresh dan besar2. Menu menu pun nampak sedap dan mengiurkan. Harga setiap menu pun berpatutan.

    ReplyDelete
  12. Tudiaaa steady writing in Penang slanga..hahaha terbaik! Alia ni ajer jer kan, zoom gambar makanan dekat-dekat..terliuq kami wei :D

    ReplyDelete
  13. Tudiaaa.. seafood lover kena la mai sini. Semua menu nampak menarik dan sedap. Dekat pun dekat dengan syira. Boleh la try..

    ReplyDelete
  14. Sedap semua makanan tu. Dah lama x makan kailan hihi

    ReplyDelete
  15. Pergh... Seronok tengok menu2 ni... Dah lama xmakan seafood2 ni sejak masing² sibuk nak makan bersama... Tgk harga pun not bad la kan

    ReplyDelete
  16. Pergh... sedapnya tengok seafood tu semua. Nak nak bila dapat makan bersama kawan-kawan mahupun family. Harga dia berbaloi sangat. KOngsi-kongsi bayar baru berapa je kan.

    ReplyDelete
  17. wahhhhh sedapnya, terus terliur. saya memang pencinta makanan laut. nak kena makan dekat sini jugalh nanti. ahrga pun macam masih dalam bajet. thanks share ya;)

    ReplyDelete
  18. Sedapnyaaaa... terliur tengok. Harga pun not bad. Bolehlah save tempat ni nanti kalau nak bawak keluarga makan luar boleh bawak sini. Nampak enviroment pun selesa.

    ReplyDelete

Post a Comment