Wajib kan Car seat pada 2020.

Semua dah sedia maklum kan. Kerajaan dah mengambil pangkah drastik dengan mewajibkan pemakaian car seat untuk anak-anak bermula dari nb hingga ke 12 tahun.

Sebagai seorang mak,aku menyambut baik langkah yang dia bil kerajaan kita ni. Bukan sebab nak membodek tapi sebab bagi aku memang perlu dan wajib ya anak-anak duduk dalam car seat ni. Macam kita tengok dekat negara-negara Barat, depa memang menitik berat kan isu and aspek keselamatan ni.


Sapa ada masalah anak taknak duk dalam carseat? Percaya lah memang xdak budak pun yang suka duk dalam ni. Macam aku sendiri, Aishah tu mula2 pun payah. Tapi dah dari kecik kalau dia berdua dengan aku.. Aku kena drive.. Mau xmau Lama2 dia pun dah paham. Dia kena duk dalam tu. 


And nak cerita skit masa kali kedua ke Perth last year, Seperti yang sedia maklum aku pi satu family aku dengan mak aku ya. So memang cramp cukup 5 orang satu kereta. Masa deal dengan Aries tu memang minta kereta yang spacious skit la since ada dua carseat and aku nak kena stay dekat belakang kan. Alhamdulillah. Masa naik tu kereta Hyundai Elantra, walaupun dua seat dekat belakang, aku still boleh duduk dengan selesa ya dekat belakang. Alhamdulillah.

Cuma macam biasa la concern kita bila buat benda ni macam mana dengan keluarga yang ada anak-anak ramai ni. Aku harap kerajaan Dapat fikir satu solution la kan. Yang baru kawen or anak seorang dua mcam aku ni.. Boleh da start planning nak berapa orang anak ya. Sebab bila dah wajib macam ni of course la seat untuk anak tu wajib kena ada kan. Selama ni kita letak atas riba kita anak kecil tu. Lepas ni kena start pikiaq dah satu anak, satu car seat.

Aku ada kawan yang ada 5 orang anak. Anak2 dia semua duduk dalam car seat ya. No excuse. Xsilap aku memang dia bawak mpv.. Tapi xsure la jenis apa. Aku Tanya dia pandangan dia tentang langkah kerajaan mewajibkan carseat ni. Kata dia, tak perlu tunggu kerajaan wajib kan pun. Kita ni mak ayah ada otak dah beranak kena la pikiaq part safety anak2 tu. Dah beranak, kena la pandai pikiaq pasal safety anak2. Kalau jadi apa2 kat anak tu.. Meraung air mata darah sekali pun anak2 tu xleh nak ni... Auchhh.. Macam kena panah dekat dada tau. Aku memang Aishah n Adriana OK boleh duduk dalam car seat. Kdang2 ja gatai taknak. So lepas ni nak taknak... Jangan nak mengada2 sangat lah kan.

So lani aku tengah cari carseat kedua untuk Adriana since dia pun dah besaq skit kan. Yang satu tu Aishah selalu pakai dengan aku kalau aku drive. Tapi kalau aku tak drive.. Dia punya gedik nak duduk atas aku tu buat aku geram ja. Eiiiii. So lepas ni ko xnak siap ko... Eiii Gerammm aihhh. Aku memang tak beli yang mahal-mahal pun. Beli yang bundle ja pun. Sebab ya lah ikut bajet masing-masing kan.. Mampu beli Yang Carsatto ka apa ka terpulang lah.

Aku memang beli yang bundle ja lah. Jangan la pikiaq nak beli yang baru semua. Memang la mahal. Kalau dah memang langsung tak pernah pakai kan anak dengan carseat dah boleh start simpan untuk beli carseat untuk anak2.

Anggap lah ni untuk keselamatan anak2 kita kan. Sesungguhnya malang itu tidak berbau. And prevention is better than cure.
And untuk yang mungkin anak ramai, aku harap urusan untuk korang dipermudahkan and kerajaan Dapat fikirkan something about this matter.

Apa pun..aku nak tempek skit guidelines carseat untuk anak2 kita.



Pilih ikut kesusuaian umur anak ya. 



Boleh refer ni sebagai rujukan. 



0 Comments