TEST DRIVE HONDA 2019 DAN PELUANG MENANGI KERETA SEMPENA 900K MILESTONE

Assalamualaikum

Kali nak cerita pasal pengalaman join
#HondaBloggersTestDrivePNG2019. Satu pengalaman baru untuk aku to be frank. Selalunya dapat jemputan untuk review makanan ja kan. Kali ni something different pulak. Kali ni berpeluang untuk test drive kereta Honda pujaan ramai umat manusia di Malaysia. Kenapa aku kata ramai? Sebab ya Honda adalah pilihan pertama untuk kereta-kereta import Di Malaysia OK. Ni terbukti setelah Honda nearly hit their 900k sales for their third quarter this year. Bravo Honda! As one of their user, I'm pretty sure that I know the strength of Honda's cars. 




Untuk pengetahuan hampa semua, kami berpeluang untuk drive Honda Civic, Honda CR-V dan Honda HR-V. Bagi aku ke tiga-tiga kereta ni mempunyai kekuatan masing-masing. 

Untuk test drive kali ni kami berpeluang untuk mencuba ketiga-tiga kereta ni di sekitar Pulau Pinang. Bermula di Iconic City kami bergerak ke Eco World di Batu Kawan, seterusnya ke Balik Pulau untuk mencuba pengalaman test drive di kawasan Balik Pulau yang jalannya agak mencabar. 




Pengalaman pertama aku adalah dengan Honda Civic yang bagi aku sangat Sporty dan Chic sangat. Aku suka design Honda Civic ni. And as one of the Civic's user.. Aku sangat impress dengan technology Honda. Ya bayangkan lah aku memang pakai Honda Civic.. Tapi yang lama lah kan...


Civic ketam aku panggil. Comel😍



Dengan kak El Darwena.. Partner test drive hari tu. 

Paling aku perak buih adalah handbreak dia. Aku punya handbreak still yang batang kena tarik prakk tu ya. But this one tekan macam power window. Apo? Hahhaha Perak sangat aku hari tu. Eh tu belum lagi berenti dekat traffic light hang tak payah sibuk2 change to N gear. Push button BREAK HOLD sudehhhh. Dia tolong break kan kt korang. Nak jalan tekan  minyak... Haa giteww... Ehh terasa batak di situ😝




As usual la kan.. Civic ni memang terkena di kalangan kaki2 kereta. Eh memang design Civic ni dari dulu kegilaan ramai Mamat2 keta kan.


Ni masa salah satu activity masa unloading barang dekat boot n load dekat competitors.. The same spec gitu la. 


Ni loading ke kereta competitor... Patung tu xmuat.. So dah kena bawak masuk la dekat dalam. Huhuhu.. Civic win jugak dekat boot ni. 






Kereta kedua yang di test drive hari tu. 


Kereta kedua yang telah di test drive oleh aku adalah CR-V. bayangkan turn aku bawak CR-V adalah dari Balik Pulau ke area Karpal Singh melalui Air Hitam and of course la kena lalu Paya Terubong. Dalam hati oh no... Seriauuu weiii. Dah la reta besaq.. Aku mana pernah drive reta besaq2 ni. Adui la seram wei serammmm. Tapi selamba ja lah test drive kan. Surprisingly aku takdak la rasa kekok ka apa masa drive CR-V tu.


Tengok jalan tu. Boleh tahan kan.. Nasib la bawak Honda. 
Handling pun smooth ja... Kalau nak tau CR-V tu kira hi spec SUV Honda la kan. Untuk model yang aku bawak ni 1.5L Vtec Turbo Charged kata kauuuu. Masa drive tu syiok ja.. Rasa tinggi and macam bawak bas.. Hahahhaha



Special features.. Adaptive cruise control



Luasss.. Tak payah berebut2 nak letak ayaq tealive ni. 


Walaupun 1.5L Vtech Turbo Charged, tapi serius CR-V ni bagi aku power. Paham2 la Jalan dekat Balik Pulau and Paya Terubong tu macam mana kan. Bukit nya... Masa naik bukit... Tak rasa CR-V ni under power dengan engine 1.5L nya kan. Ya lah.. Turbo charged kot. So memang lah power. Takdak la rasa mengaum2 masa nak panjat bukit tu kan. I'm so impressed! Honda guarantee this CR-V 1.5L Vtec Turbo Charge is equal to 2.4L engine. And energy consumption pulak adalah 7.0L/100km. Aiyoo maaa... Very energy efficient kan which qualifies CR-V  as energy efficient vehicles(EEV) .



Antara salah satu yang aku suka pasal CR-V ni adalah teknologi Honda Sensing dia tu. What is Honda Sensing? Meh la aku share skit apa yang gempak sangat dengan Honda Sensing ni Haa.




Honda Sensing ni adalah Next generation technology yang make use of radar and camera to reduce immitant danger n collision. Kiranya Honda Sensing ni nak minimise kan risk of bahaya n accident la untuk pengguna dia. Yang ni applicable untuk 1.5L Vtec Turbo Charge ya. 






Ada satu time tu masa aku drive CR-V ni ada satu moto ni dekat la sebelah kiri aku. Sekali stereng aku vibrate and ada bunyi beep2. Haa gitewww canggihhh. 






Ni adalah salah satu features yang ada dekat Honda Sensing ni. Bila hampa bagi signal belah kiri dia akan terpapar dekat screen ni untuk tengok blind spot. Belah kanan takda ya sebab selalunya belah kanan memang kita akan nampak and alert. 


Untuk increase fuel efficiency usage ha gituuuu. 


Design boot dia takyah cakap la memang besaq and spacious dia. Bayangkan this CR-V can fit 2 medium size luggages and one big size luggage, one big size coleman cool storage dan macam2 jenis bag lagi. This one without baring kan seat dekat passenger belakang tu OK.


Boleh set ikut ketinggian. So xdak la yang rendah tu kena lompat untuk katup pintu boot ni. 


Masa test drive ni kami ada aktiviti loading and unloading barang ke dalam kereta Honda dan load barang ke dalam kereta competitors... Ternyata ke tiga2 jenis kereta yang aku test drive ni mempunya spacious boot compared to their competitors. Yang ni compared by level2 la kan.


Tengok load kt dlm CR-V boot tu. 


Gila banyak kan boleh muat dalam CR-V ni. Aku jatuh chenta teruk dengan CR-V ni. Hauuauauua



Ni comparison dengan boot kereta competitor ya. Alamak luggage satu dah tak muat. Yang coleman cool storage tu lagi la tak muat dah nak sumbat. 


And kereta terakhir yang di test drive oleh aku adalah HR-V Hybrid. Macam yang semua tau la kan kalau sebut hybrid ja mesti kita tau jimat minyak kan. Tapi aku duk la ingat HR-V ni hybrid dia yang jenis hang kena pi duk plug in charge apa ke menda dekat Station ka apa ka. Sekali bukan. Eh kalau bukan macam mana dia charging. Untuk HR-V ni, dia akan auto charging masa hampa Guna break hampa. Or masa tengah jam dalam keadaan static or unmobile dia akan charging bateri tu. And FYI, full tank HR-V Hybrid ni boleh pakai pi balik Penang-Kl. Wala weiiiii. Gila jimat noksss. Design pun cantik bagi aku HR-V ni. Dia tak la besaq mcm CR-V kan. Sesuai la sweet2 perempuan pun boleh bawak kan. So awek cun macam aku ni pun sesuai la nak pakai macam ni kan.

Ni antara features yang ada dekat HR-V hybrid ni.






Mechanisms how their engine works... 




Kiranya bila hampa bawak HR-V ni dekat dia punya ni akan changing color bila Hijau Eco(battery) mode.. Biru (engine) mode.. Merah (sport) mode...


Ni Haa tengah charging battery tu. Nampak tak jadi warna biru.. Dekat sini la yang nanti change color tu. 



Ni gear shifting dekat dalam HR-V Hybrid. 



Yang paling best hybrid ni, dia punya warranty untuk bateri adalah 8 years ok. So no issue la kalau hampa takut ada masalah dengan battery dia ka apa ka. Adik aku kata takut nanti after 8 years problem ka.. Susah pomen luaq nak buat.. Bagi aku.. Aku percaya.. Teknologi ni manusia akan sentiasa upgrade. So by the time I years tu aku rasa pomen2 kat luaq pun dah up to date dah giteww Haa.. Inginia kapai terbang ni suka pikiaq jauh2 sangat derrrrr.

And part paling penting untuk aku ni adalah boot. Untuk HR-V Hybrid ni boot dia spacious jugak. Walaupun bukan lah sebesar Cr-v tapi tetap besar dari competitor lain dalam range yang sama.


Ni boot HR-V ya. Spacious kan. Aku suka gila keta yang boot besaq ni. 

So dalam ketiga2 kereta ni hampa rasa aku paling suka kereta mana???!!! 



Ramai yang aku Tanya kat Fb hari tu jawab mesti Civic kan. To be frank... Aku suka ketiga2 nya. Handling ketiga2 kereta ni smooth and stunning as usual kan. Nama pun Honda. Memang smooth ka handling dia. Kalau duit banyak tiga2 nak amik. Hahahha. Taknak kalah OK. 


Tapiiii kalau la ada rezeki lebih.. Aku suka and nak CR-V sebab features yang ada dekat CR-V tu. Dengan safety aspectnya. 



Pilihan hatiku selaku perempuan sasa abad ini. 



Tapi kalau tak Dapat CR-V, HR-V hybrid pun dah ok bagi aku. Aku ni sebab dah ada 2 kereta sedan. So aku memang taknak dah la kereta sedan. Sebab tu I will go for SUV. Sebab memang aku suka SUV pun. Dan yang paling penting bagi aku kena selesa la kan. Boot kena besaq. Lagi pulak ada anak2 kecik ni stroller lagi. Eh macam2 la nak sumbat. And mana tau nak tambah anak ka nanti. Ehhhh... And yang paling penting kat bahagian back passenger ni room leg dia ada more space. 


Selesa wei duk kat belakang ni. 

Oh lupa nak habaq.. The new Civic yang akan launch dalam masa sebulan lagi akan mai dengan technology Honda Sensing yang ada dekat CR-V pujaan hatiku. So sabaq sat sapa yang nak beli Civic. Hampa tunggu beli hat baru nahhh. 


Tapi tu la.. Berangan memang indah kannn... Kalau ada duit semua indah kannnn.. Betui dakkkk? Tapi lagi indah kalau menang kereta free dari Honda! 
Sapa takmau kan? 

Kalau hampa nak tau, Honda akan memberi 9 buah kereta Honda kepada hampa-hampa yang bertuah atau mungkin bagi dekat aku sebab aku bertuah. Ehhh. *Finger crossing.  Honda bersama Tealive, Unifi dan Syok akan bersama memberi kepada hampa yang bertuah pelbagai jenis kereta Honda. Cara dia pun mudah sajia hampa. 



Jom sama2 check out cara nak menang kereta Honda 








Cara nak menang di Honda Authorised Dealer. 



Jangan lupa cari car emblem macam kat atas ni.. 

Kalau dengan Tealive pun senang jugak OK... 



Macam mana nak menang?
Beli any tealive drink, snap pic dengan minuman hampa dekat standee, complete the caption and hantaq wassap dekat depa.
Kamon guys.. Easy peasy kannnn... Who knows u could be the lucky one? Or perhaps me the lucky one.. Ehhh



Dengan Syok hampa boleh menang Honda City! 



Cara dia senang sajiaaa

Download apps @syok dan isi segala details yang diminta... Lepas tu jangan lupa habaq kat depa pasai pa hampa nak menang kereta Honda dan jadi bangsa H. 

Jangan lupa isi  borang dekat sini ⤵️⤵️⤵️ https://en.syok.my/win/syok-ing-honda-giveaway

And jangan lupa habaq tau habaq kat depa psaipa hampa nak menang kereta Honda. Untung sabut timbui Dapat la Honda City buta2 n pree2 ja...
Takkan hampa takmau kot. 

And for Unifi Users. 


This one is for Unifi user. Untung lah korang. Aku xdak unifi sebab rumah aku selebet cable unifi pun xnak lalu. Ahhh benci ahhhh. So yang ada Unifi jangan lupa join OK. HR-V kot.. Takkan takmau. Ahhh Sayang miss the chance for HR-V wei aku niii.. 


Semoga aku adalah salah seorang dari mereka yang bertuah untuk menang kereta dari Honda ni. 9 Pemenang bertuah akan dapat salah satu merata dari model Jazz,City,City Hybrid, BR-V, HR-V Hybrid, Civic, Accord dan CR-V. ohoiii syiok ya kalau menang kannnn


For more details mengenai kempen 'Road to 900000th unit Milestone campaign', jangan lupa check out dekat sini

Website:

Facebook:



14 Comments

  1. berangan jer nak beli honda..tapi sy tak mampu lorr nak bayar bulanan..gaji ciput jer..huhu

    ReplyDelete
  2. Siapa je tak suka honda ni.. dream car kot. tambah2 honda hybrid. even dh lama tapi still di hati gituwwww. hehehe good luck yaa semoga dpt kereta sebijik amiinnnn. angan2 tu kan percuma

    ReplyDelete
  3. Wow!!!!!!! Memang kereta Honda memang sesuatu yg best dan lumayan. Good luck kepada mereka yg menyertai contest ini. All the best.

    ReplyDelete
  4. I want to test drive too because i am really looking to buy a new car soon.

    ReplyDelete
  5. esok dah tamat contest ni. spouse mek dah sempat join. tapi memang best lah tengok blogger review pandu crv tu. dah macam expert youtuber je. mek pun teringin nak pandu crv yg ada turbo ni.

    ReplyDelete
  6. Wah. Menarik nye event ni. How lucky dpt join. Tak dpt panggilan pula. Honda ni dream car most people. Handling n performance dia jgn ckp la. Harap2 dpt bawak balik hrv melalui contest ni

    ReplyDelete
  7. Wahhhhh bestnya dpt drive 3 jenis Honda yg berbeza dlm 1 hari. Sedap lenjan ni. Vtec on saje. Lagi2 civic tu alahai. Jgn kan lelaki. Yg perempuan ni pun suka

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat test drive kereta honda ni, mesti smooth dan selesa je kan :). wah ada contest pulak tu, boleh join mana tahu ada rezeki bawa balik satu kereta honda baru

    ReplyDelete
  9. Kereta idaman kita ni. Sebab design dia cantik dan sangat praktikal. Paling best bila nak tutup boot tu boleh adjust ikut ketinggian. Ada rezeki nak beli Honda satu.

    ReplyDelete
  10. Besar bonet dia. Memang minat HRV ni. Blum mampu lagi nak beli

    ReplyDelete
  11. Beruntunglah dapat peluang test drive model2 honda. Tang bonet boleh set ikut ketinggian tu saya suka.. Takdaklah kami hat comel2 ni kne lompat2 nk tutup bonet. Haha

    ReplyDelete
  12. So daripada tiga tiga Honda yang dah test drive tu mana satu agaknya pilihan?

    ReplyDelete
  13. wowww. memang syokingggg niii! hehehehe. cantikk sangat gambar :D

    ReplyDelete
  14. pakai honda nie terus nampak segak kan. honda ada aura yg tersendiri. kereta idaman sy honda HRV. entah bilalah dapat merasa pakai. bestnya dapat test drive.

    ReplyDelete

Post a Comment