Resipi : Kueytiaw Goreng Ayam Simple dan Sedap

Holaaaa.... Disebabkan cuti lama. Maka aku dengan ini baloq liat gila nak masak. Lunch hari ni aku bawak ja anak2 aku pi makan nasi ayam dekat dengan rumah aku ni. Malam ni nak taknak kena la masak. 

Anak2 aku ni biasa sebelum kul 7 dah lapaq nanti dua2 duk berzikir mama lapaq.. Mama lapaq... Being a good momster kdang2 kena la Tanya gak depa nak makan apa kan. Ikut hati aku nak makan sohun goreng ja buat macam orang siam buat tu. Nak diet kata kan. Sekali Anena cakap nak makan kueytiaw goreng. 

Balik ja dari bersihkan Arissa Guesthouse untuk guest masuk esok, terus la lajak ke kedai Aceh beli kueytiaw.. Ayam skit, sawi, togey and fishball. Memang saja nak buat version char kueytiaw yang ada sawi semua tu. Lama tak makan mcm tu haa... 

Aterrr jom la tengok macam mana aku buat kan.. Sennag ja pun... 



Bahan-bahan :

1bungkus Kueytiaw halus(aku prefer yang halus dari yang besar2 tu) 
6 ulas bawang putih diketuk/tumbuk
4 sudu makan cili kering yang da diblend
Ayam bahagia dada.. Potong2
Fishball belah dua ka 3 ka(aku belah 3sebab nak bagi nampak banyak umpan.. Kahkah) 
Telur 4 biji
Sawi
Taugeh
SOS tiram
Kicap pekat
SOS cili 
Minyak bijan
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara:

1.  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukkan cili blend tu. Tambah air. 
2. Masukkan ayam dan biar ayam masak sama dengan cili paste tadi. 
3. Kalau air kering tambah air sikit, masukkan sos tiram,kicap pekat, sos cili, minyak bijan. Biar semua bahan ni mendidih kalau rasa cili tu macam belum masak lagi tambah air skit. Skit je OK. 
4. Pecah kan teloq dalam kuah pekat tadi.. Biar dalam 1 minit bila nampak telur dah mula masak pecahkan and gaul2. 
5. Time ni boleh perasakan dengan garam,gula Dan perasa. Kalau ada rasa kurang pedas tambah cili sos.. Kalau rasa warna x menarik boleh tambah kicap or cili sis. Ada orang suka kueytiaw dia warna hitam so lebihkan kicap. Aku suka merah2 skit so aku tak tambah kicap banyak sangat lah kan. 
6. Masukkan batang sawi dan kueytiaw.. Gaul biar sebati dengan kuah/paste yang kita buat tadi. Dah nampak semua sekata.. Kueytiaw pun xda bahagian2 yang pucat masukkan daun sawi dan taugey. 
7. Kacau bagi rata tutup api. Tak payah Lama2 sangat daun sawi and taugey tu. Nanti layu and tak crunchy. 



Dah siap. Aku memang Sejenis suka sawi and taugey letak banyak2 and sat ja dekat hujung2 masuk and terus tutup api. So the cruchyness tu still ada. Sebab tu kalau pi makan kat kedai mesti request sayoq lebih. 

Anak2 pun makan laju ja. Walaupun anak2 aku tak la makan sayoq lagi kan. But I'll make sure depa besaq nanti akan makan gak sayoq macam aku dlu. Aku dulu mak aku buat tak tau ja masak buh sayoq. Mak aku malas nak layan nak asing2. Last2 sebab aku malas nak perasing.. Aku makan la jugakkkk.. Sekali sedap rupanya sayoq ni kan...

Ok lah chowwe



1 Comments

  1. Ain kalau ada kueytiaw goreng mmg tak pandang dah makanan lain. makan pulak dgn keropok ikan. Ya Allah sis... sedapnyaa

    ReplyDelete

Post a Comment