Resipi : Kuey tiaw goreng kompem sedap... Hahhahah

Assalamualaikum 

Untuk mngubati kekecewaan hari ni xdapat grab Ribucket dan Ribae dari Dato Rizalman kita... Maka dengan ini aku jadi murung 1 hari. Why Zalora why hang mempermainkan perasaan aku ni... Tau dak aku duk berapa dari pukui 10 pgi tdi.. Boleh hang buat lawak duk pi test drive bukak dari subuh la.. Lpas tu bukak balik official kui 11am.. Pastu crashed la.. Berani hang memperkotak katik kan hati ku ini. 

Ya nampak ja aku sasa mcm ni.. Tpi dalam hati ada Taman sapa yang tauuuu. Ahhhh.. Seteresssssss.... 
Meluat ahhh. 

Dan nak mngubati kekecewaan aku.. Niat asai malas gila aku nak masak sebab kecewa kan. Ingat nak tapau ja dari pasar malam lepas mndobi segala mak neka barang dari homestay sebab orang keluar hari ni.. Tapi alahai dengan RM3 sebungkus kueytiaw lungguk2 tu ada apa ja wei. Nanti lagi bertambah murung kalau beli 3 bungkus satu pun xleh telan kena tekak aku and anak2 kan. So apa lagi teruih la pi kedai Aceh beli bahan2 nak masak. 

Sampai2 rumah ahhh.. Mula la bersilat cik oii kat dapoq... 

Nah cik oiii.. Siap dah kueytiaw goreng ni haaa.... Rumah ni semua hantu kueytiaw.. Kalau mee makan gak tapi kena betui2 sedap.. Kalau dak.. Dalam tong sampah la pengakhiran dia. Lagi pun sesetengah mee kuning tu kan rsa kapoq dia teruk sangat. Sucks wei. Kueytiaw ni sennag bagi aku. Goreng pi la kot mana pun mesti jadi punya lah. 


Petang ni punya.. Kueytiaw uneee... 

Meh nah sapa nak try cara aku buat kueytiaw goreng kompem2 jadi sedap. Meh sini aku ajaq na. 


Bahan-bahan:

  • kueytiaw sebungkus
  • 2 sudu paste cili kering blend
  • sos tiram
  • kicap manis
  • kicap ikan
  • Minyak bijan
  • SOS cili
  • Cuka
  • Ayam
  • Daging
  • Udang
  • fish ball
  • Sawi 
  • Taugeh
  • crushed garlic
  •  minyak utk menumis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa


Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng udang/sotong sekejap dan angkat asingkan. Dengan minyak yang sama, tumis kan bawang putih. 
2. Masukkan cabai kering yang da diblend , sos tiram , kicap manis dan kicap ikan. 
3. Masukkan daging dan sedkit cuka. Jangan lupa tambahkan air dan masak sat bagi daging agak lembut. Then bila nampak kuah makin pekat masukkan fish ball dan kemudiannya kueytiaw. Jangan lupa perasaan dengan garam, gula dan serbuk perkasa. 
4. Ratakan dan kacau kueytiaw sehingga sebati dengan bahan-bahan tadi.
5. Bila da sebati masukkan sawi dan taugeh. Kalau ada sayur lain macam kucai boleh gak letak. Then last sekali masukkan udang/sotong yang da digoreng sebenar tadi. 

6. Gaul udang/sotong biar sebati dengan kueytiaw tdi. 
7. Taraaa...sedia untuk dingappp.




Ni hat few weeks before. Memang terbukti rumah ni hantu kueytiaw wei... Esok2 kang ada la minta kueytiaw sup pulak. 

Esok tak tau lagi nak masak apa kat Budak2 ni... Cer bagi idea sat nak masak apa lagiiii
Macam mana la mak aku duk ataoq menu tiap2 hari Dulu2 kan.. Aku ni megelat gak tak masak hari.. Mai baloq liat makan luaq ja reja... 

OK la chowwww... 




4 Comments

Post a Comment