Resipi : Gulai Ayam Kampung Mudah Dengan Rempah Kari Adni

Assalamualaikum.

Lama dah tak share recipe Masakan ya dak dekat sini? Kali ni nak share satu resipi gulai ayam kampung mudah Dan ringkas dengan mnggu akan rempah kari daging Adni.

Sebab time buat ni aku nak cepat. So aku main campak ja dalam Philip Pressure cooker aku tu. Dah la masak ayam kampung kan. Kalau atas dapur tu alahai bercinta noks.

Jom tengok cara aku masak guna Philip Pressure Cooker ni

Bahan-bahan:

Bawang putih+bawang besar yang diblend
Rempah tiga beradik(bunga lawang.. Bunga cengih.. Kayu manis)
Daun kari
Minyak untuk menumis
Santan setengah kotak
Rempah kari daging Adni
Air asam jawa
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. Panas kan minyak, untuk Philip Pressure cooker telan dekat CHICKEN mode dekat Button BAKE tu.
2. Lepas minyak dah panas, boleh tumis bahan-bahan yang diblend tu dengan daun kari.
3. Bila dah naik bau masukkan rempah Kari Daging Adni dan gaul sebati bagi nampak rempah tu garing skit masukkan air asam jawa.
4. Lepas tu masukkan ayam kampung yang dah dipotong dengan santan and air. Air bergantung kepada berapa banyak ayam korang pakai. Tips nak masak Guna PPC ni, air tu letak sekadar tenggelam skit ja bahan Masakan korang tu supaya lagi cepat process nak masak tu.
5. Lepas TU set kan Valve ke Tengah /SEAL   dan tekan dekat setting Chicken and press START.
6.  Lepas 30minit, akan ada bunyi beep. Korang boleh relasekan valve ke VENTING belah kiri dari SEAL tadi.
7. Lepas tu perasaan dengan garam dan serbuk perasa. Taknak pakai serbuk perasa suka hati hampa lah.



Dah siapppp.. Tadaaa... Dah boleh makan dengan nasi. Aku ni whenever aku rasa malas nak masak and malas nak kecah2 dapur. Memang aku akan Guna PPC ni. Tak payah la sat2 nak kena pi jenguk dapoq takut hangit ka apa ka. Less hassle gitu haaa.





2 Comments

Post a Comment