Resipi : Daging Goreng Kunyit Sedap dan Mudah

Actually hari ni dan semalam aku kena lower back pain. Eh aku rasa dari hari Ahad malam. Ni kira nak masuk hari ketiga. Tadi ingat nak beli ja makanan kat luar. Tapi memandangkan aku kena makan ubat n lagi sakit aku nak kena bangun berdiri banyak kali dari kereta untuk beli makanan semua tu. Maka struggle la masak walaupun tengah tahan sakit. Sapu lah krim Mustajab penuh pinggang oiii.

Bila dah siap masak Dapat la makan nasi and makan ubat cepat2. Dengan harapan sakit go away. Ni rasa OK skit bila baring dekat katil and bed rest. Tapi karang nak bangun dari katil dia punya sakit tu mmg boleh menangis😩


Senang nak buat. Janji sedap ja



Sebab da sakit.. Nak cepat. Masak yang simple2 ja lah janji sedap kan. Daging bawak keluar dari freeser terus Guna microwave set untuk defrost. Kalau nak tunggu defrost sendiri memang tak makan la aku.

Lepas 10minit defrost daging.. Mostly part daging dah tak kejung dengan ais. So da boleh potong and bila dengan air bagi hilang ais2 tu skit. Jom lah tengok bahan-bahan dan cara aku buat daging goreng kunyit yang sedap dan simple ni.

Bahan-bahan:

Daging.. Potong lawan urat.. Kalau tak keras
Bawang besar
Bawang putih
Cabai melaka.. Aku letak ja sebijik2 macam tu.. Nak makan tenyeh sendiri
Cabai besar.. Potong la serong2 skit.
Kacang buncis
Daun bawang
Serbuk Kunyit
Garam
Serbuk perasa
Gula
Sedikit lada hitam kasar

Cara-caranya:

1. Panas kan minyak. Bila nampak minyak dah start panas masukkan daging yang da dipotong tadi dan masukkan serbuk kunyit sekali.
2. Goreng seketika sampai keluar semua air daging sampai la air daging tu kering. Then masukkan air skit.
3. Biaq sampai air tu kering and masukkan bawang besar yang dipotong.
4. Then masukkan bawang putih, cabai melaka dan cabai besar td.
5. Jangan lupa perasaan dengan garam, serbuk perasa dan gula.
6. Sebelum tutup api masukkan kacang buncis dan goreng kejap. Then last sebelum tutup api masukkan daun bawang dan kacau sekata. Time ni boleh letak skit lada hitam yang kasar2 tu.
7. Dah siap untuk dihidangkan. Kalau suka berkuah. Letak air skit. Macam aku ikut mood. This time nak makan yang tak berkuah sangat. Cukup lah minyak yang dari goreng daging tadi tu.


Macam ni da sedap. Siap terus makan dengan nasi and makan ubat. 

And lepas tu kalut pulak pi amik Adriana dekat sekolah tadi. Now nak bed rest sbb taknak banyak gerak since pinggang ni sakit kan. Ni pun ok skit sebad dah makan ubat. Rasa nak ja bedrest jap kat hospital tapi tu la. Nanti anak2 dengan husband kesian pulak. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

Ada tak yang ada masalah sakit pinggang yang kronik? Aku risau la nak pi check tapi dalam masa yang sama tak tahan sangat skit ni. Ni dah kali ke berapa dah kena ni. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”



4 Comments

  1. Mcm ni pun dah sedap dah mkn dgn nasik panas yummms

    ReplyDelete
  2. ammi bukan lower back je yg sakit..semua bahagian back sakit. Tapi Alia better gi check. Ammi dulu puas menahan sakit...sekali gi check muscle kat belakang tu mcm bengkak. Doc bagi ubat (arcoxia) nama ubat tu..makan 2 bijik dah baik. Punyalah menahan bagai nak rak. Kalau tau senang ubatnya awal2 dah gi hospital.

    ReplyDelete
  3. semoga cpt sihat.. =)

    msk simple mcm ni pon sedap dh..

    ReplyDelete
  4. wah.. nampak menyelerakan. boleh try pasni

    ReplyDelete

Post a Comment