Food Review : Meat Freak BBQ, Alor Setar

OK la kali ni nak cerita tempat makan best pulak dekat Alor Setaq sebab aku balik Jitra baru-baru ni.

Disebabkan petang tu kami merayap2 di area Aman Sentral depan dia tu yang dekat Menara Alor Setar tu.. So terus la cari makan sekali kan Alang2 tu. Ajak mak aku, dia penat n kenyang lagi sebab baru ja balik  dari reunion sekolah dia. Ada wat makan2 bagai. Kelas kau maktok reunion tak berenti balik mai Jitra ni.

So kami pun pi la 4 beranak kami. Adik aku pun pernah tagged aku pasal kedai ni dekat post fb tapi biasa la tak ingat yang mana satu. Ni pun laki aku la duk cari tempat viral. Sekali nampak smoked ribs ni bergelora la member.

Aku kan tengahhhh dietttttt... IF la eat clean la... Sekali balik Jitra... Hilang IF Lama2.. Jadi eat clean ja.. Malam tu jadi keto diet pulak. Kahhhh!

Disebabkan Aman Sentral dengan tempat ni pun bukan jauh mana pun. Maka dengan  ini harus la kena pi kan.

Located dekat Jalan Putra, setentang dengan sekolah STAR. Dekat nerai cimb n maybank tu... Tapi kedai ni kat dalam skit. So hampa kena cari la skit. Tapi tak susah pun nak cari. Senang ja.


Ni Haa kedai dia. 


OK la nice environment. Not bad. 




Ni ha menu2 dia. Bagi aku quite cheap and reasonable. Tapi rasa time ni tak tau la lagi macam mana kan. 


Ni yang smoked line dia. Bagi aku harga still consider as reasonable. Kalau kt Beard Brothers kat KL laki aku mau berdarah juboq nak bayaq. Kahkah. 


Simple! Aku suka tengok kedai ni... 


So jom tengok kami order apa... 


Nin dia Haa.. Kami mintak yang for 1-2 persons tu. Tapi sadly ribs dah hbis sebab tinggai utk org yg da reserved sajia. So kami add on dekat pulled lamb. 


Pulled lamb n beef brisket. Sedap uiii


Side dish. Aku mintak roti gardenia tu banyak2.. Then stuff everything dalam tu and ngap macam sandwich. Sumpah sedapppp yakmattt. 


Ni spicy beef macaroni yang Rm8.90. First bite... Wala weiiii.. Sedappp lah. Laki aku pun terkeduuu. Kahhhhh


Ni untuk anak2 aku. Aku tak rasa pun. But laki aku kata sedap not bad at all. 




Lepas makan.. Big boss pi bayaq. N borak2 ngan tokey dia. Guess what all in RM90+


Ni tokey duk prepare untuk yang dah reserved siap. Macam ni la kalau tidak yang ribs tu. Next time boleh balik makan lagi. And booked awai2. 


Komen aku... Sedap, murah, berbaloi untuk Cuba. Aku boleh cakap ni.. Adalah the new level of Malay's Western Food untuk area2 Alor Setar. Aku ni kalau kedai so so memang aku jarang nak review masuk dalam blog tau. Nak2 pulak kalau makan bayaq sendiri. Definitely be back again! Semoga murah rezeki tokey kedai ni sebab serve a good food with a reasonable price. Caya lah.. Steady broh! 


Overall rating:

5/5


Details :


No 22, Kompleks Perniagaan Litc Seberang Jalan Putra, Jalan Putra, 05150 Alor Setar, Kedah


Phone

0175928669





4 Comments

  1. Adoiii...terus akak lapar teruk tengok entry ni...siyes nampak sedap dan akak percaya ianya mmg sedap..nasib jauh..kalau dekat dah lama langgar pantang dah

    ReplyDelete
  2. taktau pun wujudnya kat alor setar...boleh pi try makan..tq for review

    ReplyDelete

Post a Comment