Cara nak buat homemade probiotic drink, Kombucha Tea...

Sebut kombucha tea aku rasa ramai orang Melayu kita ni tak aware apa ke benda... Tapi kalau sebut ja cendawan mekah.. Mud2 ka mesti depa ka ha tauuu... Hat masam mm piawww tuuu kannn... Euwwww tak sedapppp langsung

Tak sedap langsung sebab hampa tak reti bela n buat bagi sedap. Kalau nak tau kat negara2 mat salleh sana.. Depa siap buat commercial drink macam perisa lagi.


Credit to above mentioned ig

Ni haaa.. Siap commercialise kan lagi. 

And kombucha ni bukan lah Sejenis cendawan yang macam mana di claim kan tu. Mekah lagi la takdak kena mngena. Asal nak nampak Islamic ja hampa petik buh Mekah la Madinah la.. Kalau nak nampak yahudi skit buh cendawan Tel Aviv OK.

Dan sebenarnya... Kombucha ni adalah terdiri dari SCOBY (symbiotic colony of bacteria and yeast). Takdak kena mngena ngn cendawan pun haihhh! Scoby ni widely used in traditional food or drink. Salah satu ya cuka!


Credit to Google. 

Ni la Rupa scoby tu kalau duk biaq dia. Macam nata de coco pun ada. 


Kalau hampa nak tau benefits of kombucha.. Meh tengok kat sini apa dia benefits dia. Yang paling berkenan untuk aku... Memang dia improved aku punya  digistive system aku. Lpas minum ja standby la cari jamban. 


Credit to Google. 

Cara nak buat and prepare pun senang ja...



Ni aku buat pakai Teh biasa ja. 

But before belajaq macam mana nak buat sendiri kombucha tea ni... Hampa kena la ada starter dia. Starter dia ni consist of scoby and tea starter. Baru la jadi ya. Sama macam nak buat tapai kena ada ragi kan... Haa mcm tu la kombucha tea ni. 

Lepas dah Dapat starter.. Kena cari bekas yang sesuai ya. Tak boleh guna bekas besi/stainless Steel etc ya. Botol plastic pun x digalakkan... 

Credit to Google. 


So ni pulak cara nak buat kombucha tea. 


Credit to Google. 


Yang atas ni sampai Dapat yang base kombucha tea tu. Kalau nak tambah flavour... Boleh buat second fermentation letak buah2 macam aku buat ni... 



Ni first time buat 2nd fermentation letak buah. Guna passion fruit. Sedap hoiii


Ni mnggu ni. Sajia buat dua flavors.. Strawberry dengan passion fruit. Pun sedap

Yang 2nd fermentation boleh buat sehari and up to 7 days. Tapi buat 2 hari pun dah ok. 



Nampak tak beza warna dia? Full of flavour OK. 




Selain dari tu hampa kena tau gak keadaan scoby hampa after a while duk bela dia. Hat Lama2 tu boleh buang. Sebab setiap kali hampa buat new fermentation process, dia akan koi membiak dan beranak pinak OK. 

And suka lah diingatkan, boleh tuai untuk minum masa 7-10days..paling lambat 14 days. Kalau tak Guna n harvest gak dalam 21 days.. Boleh buat n Guna as cuka. Kalau dah berbulan2 tu jangan la gatai2 nak minum ya. Sebab time tu kandungan alcohol dia dah tinggi. Ya suka dimaklumkan di dalam cuka memang terdapat alcohol tapi kandungan alcohol dia terlalu sikit dan tak memabukkan. So hukum dia tak haram. Cuma bila kandungan alcohol dah tinggi dan memabukkan (khamer).. Maka wajib dan haram diminum. 

Cara nak jaga Scoby.. Hampa boleh tengok dekat bawah ya. Scoby ni biasa la dia boleh contaminated jugak dengan mold n bad fungi etc. So kita kena la pandai jaga jugak tau. 

Credit to Google. 

Macam mana rasa dia? 

Pernah minum zaple tak? Tu lah rasa kombucha tea. Kalau letak flavour buah.. Rasa la mcm sparkling juice or barbican tu. Dia ada macam gas2 jugak tau. Sedapppp. But of course this one is low in sugar. 


Layan woo minum Sambil tengok TV malam2. No nid coke or Pepsi dah. 


For those yang nak Dapat kan starter kit untuk Kombucha boleh wassap aku... 
0133363775. 














0 Comments