Resipi : Sup Tulang ala Siam Mudah Dan cepat dengan Philip Pressure Cooker

Quick update....
Disebabkan musim Qurban and husband aku pun buat korban tahun ni.. Maka dengan ini.. Lepas bagi2 dekat orang pun still banyak jugak daging yang ada kat kami ni.

Untuk bahagian tulang ni memang xda la kan nak buat menda lain. Memang dalam otak nak buat sup ja. Plan nak buat semalam tapi sebab sakit gigi gilos kelmarin.. Maka aku tangguhkan dulu niat aku...

So hari ni bila da bangun.. Gigi pun dah ok.. Apa lagi... Pi kedai aceh cari paste Sup Siam Adabi tu. Beli saderi.. Beli tomato.. Beli cabai melaka.. Daun ketumbar... Dah siap Barang2 untuk sup tulang siam ni

Sebelum aku cerita dengan lebih merapu lagi jom tengok bahan-bahan yang aku guna ya and cara aku buat sup siam ni ya...



Bahan-bahan:

8 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Akar daun ketumbar
Saderi
Tomato 1 biji
Paste sup siam adabi
Tulang lembu+sedikit daging
Cuka / air perasan limau nipis/limau kasturi
Garam
Serbuk perasa
3 serangkai-buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang.

Cara-cara nya:

1. Blend bawang putih dan bawang besar.

2. Dalam Philip pressure cooker, panas kan minta. Set baking vege, 3minit. Bila minyak dah masak tumiskan bahan blend dengan tiga serang kau tadi tu. Biar sampai bahan tu is tu naik bau ya.

3. Tambah air dan masukkan tulang lembu yang hampa beli atau hampa Dapat sempena korban ni.. Tambah lagi air kalau air terlampau skit. Untuk yang Guna pressure cooker macam aku ni.. Just bagi air tu lebih skit ja dari paras tulang/daging tu.

4. Masukkan paste sup siam Adabi ya

5. Set knob valve ke Pressure dan tekan button beef/tendon. Masa yang dia bil dalam 30 minit ya.

6. Lepas 30 minit +, plus sebab dia akan pressurised kan dulu dalam pressure cooker tu.. Sebab tu jangan letak air banyak.. Kalau letak air banyak.. Lambat masa nak ambil untuk pressurised kan dalam pressure cooker tu. Bila dah bunyi beep, release venting valve dan biar sampai semua pressure dah release.

7. Masukkan Akar daun ketumbar, tomato dan daun saderi. Jangan lupa perasakan sup siam hampa ni. Aku lupa nk beli limau nipis/limau kasturi.. So aku guna ja cuka. Atau sapa yang ada air limau nipis yang dari Siam tu boleh ja Guna tu. Bagi balance tiga2 rasa ni... Pandai2 la balance kan garam, perasa dengan cuka tu.

8. Dah siap. Boleh cedok and letak garnishing macam daun ketumbar dan bawang goreng. Lagi banyak lagi sedap.


Sebelum jamu laki makan.. Amik dulu gmbaq OK... Pasrah ja lah bila bini hang ni blogger kannn... Sharing is caring b oiii


*** bagi yang takdak pressure cooker... Masa memasak hampa akan ambil masa lagi lama sebab nak tunggu segala urat2 n isi tu lekang dari tulang akan ambil masa jugak kan.








12 Comments

  1. sedap tu sup siam. selalu masak tomyam je.
    done follow your blog.
    www.zukidin.com

    ReplyDelete
  2. now aida masak sup tulang, paka pc jer, alia.
    senang.
    cepat.
    confirm mudah nak ngap daging & tulang tu :)

    ReplyDelete
  3. Kecur liurrrr! Boleh nampak dari segi kuah yg daging tu baru and lemak dia terurai kat sup. pergh mengancam tgok gambar je sebab kuah pekat likat! Eiiii nak sup dagingggg sekarang!

    ReplyDelete
  4. indah nya masa masak dengan pressure cooker. memikat betul la sup dia.

    ReplyDelete
  5. macam menarik. nanti saya nak cuba resepi ni. pressure cooker pun tak pernah guna lagi. tersimpan je. mungkin resepi ni boleh jadi resepi yang pertama untuk rasmi pressure cooker kat rumah tu huhu

    ReplyDelete
  6. wah! sedapnya nampak! terus rasa nak makan sekarang sebab perut tiba tiba berbunyi tengok gambar resipi ni. haha! ada delivery tak?

    ReplyDelete
  7. sedapnya hirup sup..Yaya suka makan dengan roti..hihi..
    ye lah..kalau ada pressure cooker mmg membantu..tak lah masak sup sampai berjam lamanya

    ReplyDelete
  8. waaa! sedapnya! balik kena cuba esipi alia ni. nampak yummy kalau dapat cicah roti memang terbaikkkk!

    ReplyDelete
  9. memang betul senang masak guna pressure cooker ...saya ada sebijik walaupun bukan brand philips ....nanti nak tiru resepilah

    ReplyDelete
  10. Baik. Rawlins nak share dengan adik la - biar dia try and Rawlins jadi penilainya kemudian.
    haha.
    Thanks sebab share resipi ye

    ReplyDelete
  11. adeyhh. ni yg terasa nk buat jugak ni. masalhnya bila buat makan berdua. hmmm. tk feel. kena ajak kawan mai makan kot baru rasa mewah skit makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
  12. Thank you untuk resepi, tengah fikir apa nak masak hari ni, buat sup tulang pun best jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment