Movie Review : Lion King 2019




Minggu pertama Lion King ni keluaq aku da excited semacam nak pi tengok. So apa lagi. Moh la kita ajak laki aku pi tengok cerita ni. Yalah, anak2 pun angkut sekali la. Dah ada anak kan.. Takkan nak tinggai kt orang lain kot. Lain la kalau aku ada maid... Memang aku tinggai la jugak kan... Kahkah.

Untuk Lion King kali ni aku ajak laki aku tengok dekat Queensbay sebab aku ada motif tersembunyi nak pi shopping kat Sephora lepas tu. Kahkah.


Hat hujung tu muka bara kena mai tengok kt GSC... 


Hat ni penat buat kacau kt homestay. 



Laki aku macam biasa la dia anti gila dengan GSC lani. So he's a bit annoying with all the GSC stuff. Alaa tau la TGV VIP Holder punnnn.. Xyah laaa nak kekwat sangat plisss... Panggg satgi baru tauuu. Duk buat macam dlu2 tak pernah tengok kt GSC plak. Zaman duk bercinta dengan aku dulu reja duk ajak aku tengok wayang dekat GSC jugekkk kennn.

So untuk cerita Lion King 2019 ni kita semua tau sedia maklum adalah re-make dari cerita kartun Lion King 1994. Haaa tdiaaa masa tu umoq aku 9 tahun ja. So it's a bit sentimental la untuk Orang2 umoq macam aku ni untuk tengok cerita ni balik.



Omey2... Ecah kata meowwwwww... 
Memang macam anak kucen pun kan.. Geram akuuuuu. 


Rata2 yang pi tengok cerita ni kebanyakkannya parents with kids. Depa pun mesti macam aku takdak maid nak jaga anak so terpaksa la angkut anak2 kan. Pastu nak tengok gak childhood cartoon masa kita kecik2 dlu kannnn... Hampa yang bukan kaki wayang tak payah la sebuk nak bash orang sangat or yang jenis xdak anak lagi nak kata parents yang bawak anak2 pi tengok wayang ni buta Perut ka apa ka.. Just shhhh OK....

So at first masa booking seats ni laki aku pilih dekat seat row area F kira atas la jugak kan. And belah tepi kt saya tu. And paling best main dekat Cinema 1 dekat Queensbay which means Dapat wayang yang besaq.. So dekat tepi tu ada la 5 seaters. Binawe aci sebelah aku ni reja duk bergalak speaking serupa mai dari Jaipur Kodiang lagi. Meluat aku dia punya hingaq tu.. Aku rasa nak selotap ja mulut dua2 ekoq ni. Last2 aku ikut laki aku pi turun bawah kt seat2 yang kosong untuk tengok simba dengan lebih dekat.



Seperti yang kita sedia maklum... Cerita ni adalah remake dari cerita kartun kan. Yang ni dari cerita full CGI kan... So aku agak takut la jugak anak2 aku boring ka apa ka. Sebab cerita ni bukan macam hang pi tengok Toys Story ka.. Cerita ni macam cerita singa Yang REAL duk ada kat afrika safari sana... Kira macam duk tengok National Geography pun ada lah jugakkkk kannn.... Aku seram takut depa boring la kannnn... Psaipa depa ni bagi kami tengok National Geography ni... Dah la maktok suka tengok National Geography.. Ni mama papa plak bwak kami tengok kat sini pulakkk... Tapi nasib baik anak2 aku enjoy la tengok cerita ni... Lagi2 si kakak tu reja duk kompius dengan cerita Lion Guards tu. Eh mama, Simba tu bukan Ayah Kion ka? Eh mama Mufasa ni sapa....



Lion Guards - Protecting the circle of life. 


Dah aku kena explained pulak Mufasa tu tokwan Kion. Scar hat jahat tu tok menakan Kion. Haaa giteww. Scar  ni dalam Lion Guards ada tau...  Biasa la Budak2 kan banyak soalan dia. Anak2 aku dah generasi Lion Guards! Aku generasi Lion King! Ehhh...



Jalan cerita still sama jugak. Part sedih bila Mufasa mati tu la. Still sedih macam tengok cartoon dia tu jugak. Aku siap teriak dulu masa kecik2 tengok part pak dia Mufasa tu mati... Kali ni xjadi nak sedih sebab banyak sangat soalan Adriana wei.. Potonggggg....

Overall... Best la cerita ni. Cuma suka yang ni sebab dia macam tunjuk singa yang betoi like really a betoi one... Paham ka dak apa yang aku Cuba sampai kan. Dia punya real gang tak rasa dia mcm CGI ka apa... Semua nampak natural sangat.... Cute sangat simba masa kecik macam miow2 ecah kata. Tak abih duk meow2....
Aku suka part Simba jumpa Pumba and Timon tu... Hakuna matata... Hakuna matata.... Mangkaq la Pumbaa tu... Tak larat gelak part dia wei...


Dalam Lion Guards pun ada menatang skunk busuk tu duk nyanyi Hakuna Matata...nak cerita panjang-panjang pun xguna gak kan kalau hat Lion King 1994 pun hampa tak tengok lagi kannnn.

Nah trailer untuk hampa yang tak tengok lagi...


Aku harap in future Disney boleh buat sambungan Movie Lion King ni-Lion Guards ni. Version CGI jugak. Mesti gempak jugak kan. 


****credit gambar2 Lion King di atas kepada Google.


18 Comments

  1. Alia, kenapa juju tonton trailer Lion King ni juju sebak eh Alia, bila tgk simba dan ayahnya berkata padanya rasa sebak dalam2...penghormatan di beri sejak kecil kepada simba tu juju respect lah sbb satu kampung lion king mcm hormati...kena tgk ni dgn Abg Qi...hrp xd la aksi drama air mata juju tumpah dlm cerita ni Alia...trailer pun ju dah sebak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. Sebenarnya da sedih da part yg bapak dia nak pi selamat kan dia tu..
      Sebab masa tgk lion King dlu2 pun sedih n nangis part tu... Tpi mai ngn anak byk soal ni.. Hilang plak rasa sedih ty😅

      Delete
  2. hu hu hu aida x berpeluang masuk panggung, alia.
    anak ada ckp pasal movie ni tau. but a big NO lah nak gi.
    si adik nyer nak exam. kesian plak dia.
    kena tunggu kat astro first of netflix lah kot kan.
    nanti nak suruh anak tunggu dan cari.
    lion king ni mcm agak legend kan. ada kartun nyer.
    the name itself memang sgt familiar di bibir kita-kita.
    a must la kan tonton movie nih.

    ReplyDelete
  3. One of my favourite childhood movie. Saya masih x sempat tengok lagi the remake........... huhuhu........

    ReplyDelete
  4. tak sempat lagi nak tengok sebab busy.terima kasih atas reviewnya. sememangnya filem yang menjadi sebutan orang ramai sebab ianya salah satu chilhood movie! rasanya yg lebih excited adalah mereka yang dewasa! haha :) terima kasih share ya

    ReplyDelete
  5. Emi pun dah pi tengok movie ni. Bestttt, tapi spoil sikit sebab masa kat hall cinema tu, kebetulan there's a group of indian family dekat barisan depan emi. Tak pasti dorang pakai wangian apa, tapi bau dia kuat sangat sampai emi sakit kepala. So macam takleh nak focus sangat tengok movie.

    ReplyDelete
  6. sebelum ni ada orang review, bila dengar macam tak best je yg remake ni.. tapi bila baca review ni, rasa nak pula tengok. boleh la throwback zaman kecik2 dulu

    ReplyDelete
  7. Alia, dah lama saya tak ke panggung tengok movie. Sejak ada askar askar ni. Hehe

    Selalu kami tengok di astro first sajelah.

    Terima kasih atas review nya.
    Bukan budak je suka tengok, mak budak pun apa kurangnya(rubylah tu)

    ReplyDelete
  8. Masa kecil dulu tak penah tengok lion king, dah besar ni, baru hari tu tengok lion king, best! menanges part ayah dia tu. Budak budak mesti suka ceriat ni.

    ReplyDelete
  9. Belum berkesempatan lagi nak tengok cite nie..kalau anak anak tahu nie, mesti diowang nak tengok..btw trma kash atas reviewnya..insyallah cuti sekolah dah boleh plan nak bawak anak2 tengok cite nie

    ReplyDelete
  10. Inilah salah satu 3 Dimensi di dalam movie di Barat . hehe. Insha Allah akan cari movie ini walhal ia re-making daripada kartun kan. Terima kasih review

    ReplyDelete
  11. Tapi cerita lion king kali ni agak slow. Bawak anak2’pon tertido. Mungkin kalau diorang tgk yang kartun, baru layan kot. Cerita memang remake , so kita dh tahu jalan cerita. Tapi tu la. Little bit slow

    ReplyDelete
  12. anak dah aim verita lain dah ...tak sebut ajak nak tengok cerita nih , tapi memang best kan lion king nih...hakuna matata itu jer ingat

    ReplyDelete
  13. Masa iklan tu anak kinah tak habis2 ala comelnya. Tapi sampai sekarang tak pergi tengok lagi sebab tak sesuai lagi nak bawak dia masuk panggung. Kena tunggu keluar kat astro la jawabnya

    ReplyDelete
  14. bila dah berkeluarga ni kan akak, kadang rasa susah untuk bawa anak-anak masuk panggung, kadang budak-budak tak selesa sebab sound hall tu kuat dan cahaya yang terang dalam hall gelap.

    ReplyDelete
  15. oh tak tengoklagi..lama dh tak tengok wayang la ni..berabad tak pernh masuk lagi wayang..hahaha..cerita macam ni bawak anak memng best..tapi tu la pak depa takdamasa langsung..hahaa...

    ReplyDelete
  16. dah lama tak p pawagam bawa anak2..huhu mungkin cuti sekolah sempena raya ni boleh pi kot. Tengok ceta ni...dulu waktu first ceta lion king ni tengok kat library sekolah..haha

    ReplyDelete
  17. Cerita ni mmg feveret kita sejak dulu lagi. Tengok banyak kali pun sedih lagi. Siap menangis beria-ia. Cerita ni best sbb banyak pengajaran

    ReplyDelete

Post a Comment