Makan-makan di Dataran Bukit Minyak

OK la... Sebab ramai suruh aku buat entry pasal tempat makan yang sedap-sedap dekat Penang ni Maka dengan ni aku buat la serajin yang mungkin.

Dataran Bukit Minyak ni kalau dekat Penang ni tak la fames mana pun. Mainly Orang2 yang stay dekat Bukit Minyak ja lah pengunjung tetap kat sini. Aku sebab stay kat Juru.. So dekat la jugak. Food pun banyak choice. Dia ada dua side tau. Satu  belah yang ada nasi daging tu satu lagi kalau dari Jalan akan nampak Buger Cabin dekat tepi Jalan tu.

Kali ni mai aku cerita side belah yang Burger Cabin ni. Dekat belah yang burger Cabin ni ada juai macam-macam jugak tau, dari tomyam, sate, nasi lemak, chicken chop, ayam goreng ala KFC n etc. Belah yang satu lagi pun sama naik jugak. Tapi aku prefer lepak yang kat belah sini lagi. Tapi nasi daging belah sana dengan tomyam dia not bad.. Sedap jugak wei.

Biasa kalau mai makan tang sini mesti akan order chicken chop lah. Chicken chop Abang ni memang sedap. Aku suka. Ayam dia tak keras n over fried. Kiranya dalam dia still juicy and tak keras n kering mcm sesetengah orang buat tu.


The juicy chicken chop. Murah pun murah. 

Dia pun sama Loser duk amik gmbaq makanan nak tayang kat orang. Selalu duk kata kt bini dia kannn. Weekkkk



Adriana memang suka la dia punya chicken chop tu. Sekali ngan gravy dia calit sampai habis kalau makan tu. Tengok plate dia licin weiii.




Oh ya ni la kedai chicken chop tu. Selain chicken chop ada gak grilled chicken dengan lamb chop. Dua2 ni bagi aku sedap la. Secukup rasa. Yang chicken mozzarella pun best. Nampak tak betapa kedai ni memang port makan kitorang. Hahhaha. 


Selain dari chicken chop... Ada jugak kedai tomyam macam yang aku cakap tadi. Dekat sini ada juai kerabu meggi, mee celop, Dan standard la makanan2 siam yang lain.

Sebelum ni mcm takdak ja mee celop tu. Aku rasa tokey dia baru buat. So apa lagi.. Fav kottt...


Not bad. Tapi kurengg skit sebab dia ada campur Guna megi biasa. Macam tak Guna meggi serda yang full. Aku boleh detect sebab aku ni kan penggemar megi serda so aku boleh tau kalau meggi serda tu dia kenyal2 ni macam ada separuh yang tak kenal. Overall taste tu ada. Sedap ja. Cuma part texture tu la slack skit. But still sedap. 


Kueytiaw celop celoppp. 
Sedap! Faz bagi 5 HAA... Ehhh


Overall both sedap. Rasa Siam di situuu. 


Selamber montel ni nak makan kerabu meggi ni. Tak bagi menjerit2. Ehh sukati la nak makan. Dah makan Ayaqqq.. Ayaqqq... Padan mukaaa... 



Ni lah kedai tomyam nya. Ada gak jual ikan bakaq semua. Tapi kami xpernah makan so xleh nk komen la sedap ka dak ka. Yang tu kalau hampa nak tau.. Hampa kena try OK.

And sate dekat sini pun best. Ayam goreng ala KFC pun sedap. Kalau2 anak2 hampa hantu ayam goreng.. Boleh la bagi depa makan ayam goreng tu jugak. Overall memang kami suka la makan dekat sini sebab variety of food tu kan. 

OK lah.. Tu sajia... Chow chin cauuuu. 





9 Comments

  1. Hehe comel je bila si montel minta ayaq, pedas ya kerabu maggi tu?

    Eh, nampak sedap je chicken Chop tu, sampai licin adriana makan,

    Kalau macam ni, next time jalan2 sana, boleh la singgah ni. Nampak sedap makanannya.

    ReplyDelete
  2. sedapnya chicken chop! dah lama tak makan. sekali sekala seronok makan kat luar tempat hispter macam ni. semua nampak menyelerakan mulut. yummy!

    ReplyDelete
  3. Saya orang Penang pun kengkadang sampai rambang perut nak pilih nak makan apa. Memang banyak makanan sedap.

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa! Yng 5 bintang tu kenatry tu

    ReplyDelete
  5. Kedai macam ni memang offer makanan yang sedap, style kita and also price pun best kan. The kuey teow celop celop macam best giller.

    ReplyDelete
  6. wow the food looks so good. i am just amazed and their price looks affordable. need to go for some food hunting here too :)

    ReplyDelete
  7. Chicken chop tu nampak portion yang secukupnya dan nampak sedap. Nampaknya ada tomyam jugak, lain kali makan tomyam bagitau best tak.

    ReplyDelete

Post a Comment