Cara claim GST tax di Australia


Credit to Maverick.com


Haishhhh lamanya menyepi dari blog ni.. Kali nak cerita skit pasai macam mana nak claim GST masa beli barang dekat Australia.


Hahahha. Setelah setahun lebih from my last visit kan. Untuk claim GST ni of course la kena claim dekat Airport kan. Ada dua cara, satu dengan berator dekat kaunter kastam diorang. Atau boleh drop off ja macam yang aku buat.


Credit to Google. 
Bayangkan dua tiga pagi nak beratoq menghadap Muka officer hat mengantuk2 tu. Baik tak payahhhh

Aku pilih method drop off instead off beratoq dekat kastam diorang tu. Satu sebab masa aku nak masuk dalam departure tu dah tengah2 malam buta. Time tu rasa nya dekat2 pukul 3 pagi. Kena pegawai yang kena tu mood tak baik.. Chances nak kena reject tu tinggi gila kan. So aku opt for second method ja.

Kalau kat Perth Airport dia ada kaunter untuk tulis2 n isi detail untuk nak claim. Kat dalam borang tu boleh tulis kan num Bank card korang. Aku masukkan ja num debit card aku. Sebab sepanjang dekat Perth memang aku banyak shopping Guna debit card aku ja. FYI aku xda credit card.




So bila da isi semua borang2 tu hampa kena tulis address hampa dekat sampul tu. Jangan lupa letak semua receipt2 yang hampa Dapat masa shopping. Kalau kat Chemist Warehouse, boleh sekali kan satu receipt tu. Then kepilkan sekali. Kiranya number ABN untuk company yang hampa shopping tu kena sama mcm tu la. Macam aku ada dua or 3 kot. Kmart, Pandora and Chemist Warehouse. So aku kena isi Rig borang yang berlainan untuk claim GST refund untuk tiga2 kedai ni. Rasanya min untuk boleh claim balik min pembelian adalah AUD300. Masa tu aku ada open order untuk perfume dengan Pandora. So banyak la aku beli kan.


Ni sampul yang kena tulis nama n address sendiri tu. 


Oh ya dekat bahagian ni tak leh tangkap gmbaq hence why no pics here. Dah la pegawai2 kat situ cengei2 Muka dia. Aku baru bukak fon nak tgk details apa.. Nanti dia mai kata no picture please. Seram aku...

So kalau hampa punya ni lulus atau kena reject.. Nanti depa akan hntaq surat mai macam aku punya ni. Untuk pengetahuan rasanya dalam seminggu dua da sampai surat ni. Mula2 tengok sampul ni ingat kan ada saman dari Ausie yang sampai sekali tengok ehh tulisan aku la. Ni GST refund.

Bila buka tengok wahhh Dapat balik noksss. Sebab hat first time aku pi Perth aku xdapat dia kata ada yang tak lengkap. So aku tak sure apa yang tak lengkap. So untuk hampa yang nak try refund GST masa kt Ausie elok lah try macam aku ni instead of pi kat kaunter.  Sebab aku tengok yang beratoq kat kaunter semua Muka pasrah ja. Ada yang blah Muka hampa xleh claimed kot.


Boleh la habuan nak makan kepsi anak beranak kan kat Malaysia. 


Benda boleh buat senang kan. Buat apa nak kena pi hadap orang yang tak ckup tidoq kan. Kiranya masa aku Dapat surat ni aku perasan duit da masuk dalam account aku. Awal dari surat ni sampai. So kiranya nk refund GST ni tak la susah pun.

OK lah... Sampai ketemu lagi Ozie.



Mode: tengah pening pikiaq next iti. 




0 Comments