Bagus ka Pra - sekolah ni?

Sebelum bercerita dengan lebih details.. Maka elok lah aku intro skit pasal pra sekolah ni. Untuk pra-sekolah biasanya dah boleh memohon untuk anak yang berumur 5 tahun dan 6 tahun.

Aku memang dari awal-awal lagi memang dah set kan dalam diri untuk apply and masukkan Adriana ke Pra-sekolah masa dia umur 6 tahun. So bila ja dia umur 5 tahun last year, cepat-cepat aku apply online untuk dia masuk ke Pra-sekolah.

At first aku gamble ja lah kan isi, kalau dapat-dapat lah memandangkan dia punya syarat gaji tak boleh lebih dari RM3000 kan. Tapi serius la gamble and berserah ja lah kat Allah. Kalau dapat Alhamdulillah kalau tak dapat bukan rezeki kami.

Nak dijadikan cerita aku lupa gila nak check last year dia dapat ka dak ka Pra-sekolah ni. Sampai sekolah called la Tanya berminat tak nak masukkan anak ke Pra-sekolah sebab aku tak hantar lagi surat confirmation kan.

Time tu kelam-kabut jugak la. Nak hantar semua dekat sekolah bagai kan. Alhamdulillah Dapat jugak Adriana masuk ke Pra-sekolah. Ya lah biasa kan orang sekarang mana nak masukkan anak dekat Pra-sekolah dah kan sebab konon2 Pra-sekolah ni macam out dated bagai kan.
Kalau hampa nak tau salah OK tanggapan tu.

Seriously Pra-sekolah ni lagi bagus sari tadika2 dekat luar sana. Sebab silibus dia semua dipantau oleh Kementerian Pendidikan kita kan. Unlike some of the kindergarten yang buat silibus suka hati dia. Pulun nak budak membaca.. Tapi menulis ke laut.. Kahkah. Yang ni aku dah cerita sebelum-sebelum ni.

Macam-macam la aktiviti anak aku kat sekolah tu. And cikgu akan update aktiviti-aktiviti yang depa buat dekat sekolah.

Ni aktiviti buat biskut cornflakes madu masa bulan posa hari tu. 






Ni tak ingat dah aktiviti apa.. Mama makan semut banyak sangat. 




Ni masa aktiviti buat fruit salad. Kelass kauuu. 






Ni pun mama dia tak ingat dia buat aktiviti apa. 




Ni aktiviti pembelajaran pasal buah-bahan tempatan. 



Awai2 dia request suruh papa dia beli durian untuk kawan2 dia makan. 


Ni pulak masa check kesihatan. 


Basically kat Pra-sekolah ni aktiviti depa pun fun jugak la. Takdak la belajaq jaaa kan. So takdak la boring. Anak aku suka ja pi sekolah sebab fun kan. 

Masa perjumpaan parents dengan parents pun, Cikgu bagi tau Adriana dah boleh menulis, mengira, kenal huruf Dan baca perkataan2 ringkas kan. Alhamdulillah la aku buat keputusan yang betul dengan keluarkan dia dekat satu tadika fames ni. 

Lani aku cuma nak kena guide dia skit2 la. Mek ni dekat sekolah cikgu selalu lantik dia jadi assistant masa class English. Dia dengan kawan dia Samira  Sree the one and only Indian girl kat dalam class tu. Kalau kawan2 tak tau words apa2 nanti dua orang ni la jadi assistant cikgu masa English class. 

Nanti aku cerita pulak pasal Kumon ya. Ada yang nak tau pasal Kumon tak? 




16 Comments

  1. Oo.. baru tahu pre school lagi baik dari tadika. Thanks for sharing 😊

    ReplyDelete
  2. wow, dlu masih kecik x kt tadika tak pernah sekalipun ada aktiviti memasak. pra-sekolah skrg dh mcm kelas Kemahiran Hidup pulak haha best lah bkn asyik baca buku shj

    ReplyDelete
  3. Bagusnya pra sekolah macamni bukan macam zaman kita dulu. Rasanya pra sekolah ni macam banyak membantu dan seronok tengok anak alia banyak belajar macam ni lebih-lebih lagi dari peringkat awal

    ReplyDelete
  4. Prasekolah ni mmg bagus gak. Cuma nya kitorang xleh nak masukkan Balqis sbb takde transit. So carik tadika yg ada day care siap-siap sbb parents keje. Hehe.

    ReplyDelete
  5. pra sekolah memang bagus. cuma nak kena “berebut” dapatkan tempat. mak pak kena alert bila waktu pendaftaran. bukan macam daycare n tadika yang boleh masuk bila-bila masa.

    ReplyDelete
  6. Baru tau yg ada beza tadika dgn pra sekolah. Teringat pulak masa saya tadika dulu, mcm2 benda diajar. Rasa mcm nak kembali ke zaman tu je haha

    ReplyDelete
  7. Untuk 2 anak Ruby sebelum ni, memang tak lepas mohon pra sekolah ni. Memang sedih sangat. Penduduk ramai. Tapi kelasnya terhad.

    So tahun ni Ruby cuba lagi apply untuk anak ke 3. Syukur dan seronok bila cek nama anak, alhamdulillah dapat.

    Tengok aktiviti kat pra skolah ni best, sebab anak anak sedara ada yang bersekolah pra .

    Area rumah ruby memang sangat lah tadika swasta

    ReplyDelete
  8. bagus pra sekolah ni, alia. now, sebenarnya, di tempat aida, permohonan pra-sekolah overloaded.
    aida tak layak. pe nak buat... bukan rezeki anak-anak aida.
    as for kumon, bagus.
    tapi aida x anta :)
    anak buah aida dari darjah 1 hingga now, darjah 4. maths nyer congak jer. marveles.
    english baru 2 thn. so far ok aida tgk.
    from that, aida ajar anak aida la. aida ajar anak maths & english kat rumah.
    mana terdaya.

    ReplyDelete
  9. Bagus juga masukkan ke Pra-sekolah kan. Kalau silibus dipantau memang tak perlu risau lah nak hantar anak-anak daripada kat kelas yg ajar ikut suka tu. Hehe. Sampai sekarang Sis masih ingat nasi lemak yg tadika bagi masa tadika dulu..seriously sgt sedap sampai sekarang sis ingat ye!

    ReplyDelete
  10. Wahhh pra-sekolah pun ada banyak buah-buahan hehehe bagus lah kecil-kecil kena dedahkan dengan buah-buahan tempatan baru mereka lebih cinta untuk makan buah tempatan kita paling geram tengok Durian tu hehehehehe...

    ReplyDelete
  11. Serinoknya tgk anak2 happy kt sekolah mcm ni...banyak aktivito bermanfaat dia adakan disekolah ini....boleh juga cadangkan pada kawan2 utk hantar anak mereka kesini...tq share infor

    ReplyDelete
  12. Sama la. I pun masukkan anak I ke pra. Before this, duduk kat tadika pasti since umur 4 tahun. Tapiepas masuk pra ni baru pandai 3M..aduuhh 2 tahun kat tadika belajar apa huhuhu

    ReplyDelete
  13. Kak ana nak apply kan syafi pra sek next year tapi syarat tak lepas. So masuk je lah tadika kemas lagi. Ok lah kan. Pokok pangkal ibu bapa juga mainkan peranan dlm pembelajaran anak2.

    ReplyDelete
  14. Atul pun ada rasa nak anta anak p pra untuk 6 tahun, tapi April hari tu tak mohon online pulak. mohon tahun 1 je.
    agak2 kalau tanya sekolah ada kekosongan lagi ke tak untuk tahun depan, boleh ke tak ye?
    Kalau x boleh, sekolah je la kat sekolah sekarang.

    ReplyDelete
  15. Ada juga dengar pra sekolah lagi better dari tadika. Banyak juga aktiviti yang buat di pra sekolah. takdelah belajar semata-mata kadang2 budak2 ni cepat bosan. Dorang suka bermain kan kena bagi aktiviti fun.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas info ni. Mouse mommy baru tahu rupa2nya ada pendidikan pra-sekolah disediakan. Tapi, bila periksa kat JPN Selangor, bukan semua sekolah rendah mempunyai kemudahan pengajaran ni kepada kanak-kanak umur 4 hingga 6 tahun. Harap Kementrian Pendidikan dapat selaraskan semua Tadika atau Pra-sekolah punya pembelajaran supaya semua kanak-kanak dapat belajar dengan berjaya.

    ReplyDelete

Post a Comment