Kebun Balcony Sekangkang Kera

6:36 PM

Haa tajuk macam apa ja kan
Kahkah..pedulik ahhh.
Saja nak update tumbuh-tumbuhan yang ada dekat kebun balcony sekangkang kera aku tu..
Tak banyak yang berubah pun cuma ada la tanam pokok2 baru untuk makan.


Daun limau purut ni makin galak berdaun baru. Bila amik ja daun lama nanti keluar daun baru. Suka sangat.


Ni pulak pokok yang tengah viral lani Rubber Plant omputih panggil or nama scientific dia Ficus Elastica. Yang ni aku amik pucuk dia kat tepi jalan sajia. Balik cucuk dalam tanah. Hahahha.


Ni pulak pokok montera delicosa aku. Tak tau la kenapa lahai daunnya cenggini. Katanya over watering..aku rasa macam watering seminggu sekali je kot. Huwaa. Ni aku letak dekat luar sebab nak bagi tanah dia kering skit. Harap-harap ok la mau keluar daun baru ka😣😣😣


Ni pulak pokok cili yang aku campak dari benih cili kering  tak silap aku.  Buah dah banyak berjuntai-juntai tapi sayang nak amik. Spesis apa la aku  i sayang nak amik pulak. Tengok la esok ka aku kutip. Hahahahaha


Ni pulak fiddle fig kesayangan atau nama scientific dia Ficus lyrata. Haa sama species dengan si Rubber Plant tu gak. Ficus ficus gitewww.


Ni pulak pokok kacang renek aku. Aku beli benih ni sekali dengan baja AB hari tu tapi ntah la aku rasa benih ni da tak elok. Semua benih dia yang aku beli pokok mesti bantut. Ada 1 biji benih yang aku amik dari kakak aku elok ja kejadian pokok dia. Yang ni tengok kacang dia keluar pun alahai nampak sangat terbantut. Walhal selalu buh baja tu. 2 mnggu sekali mesti bagi baja. 😑😑😑


Ni pulak pokok kangkung. Harap-harap nanti dapat la makan kangkung fresh from balcony kan..sayur sekarang pun dah mahal tau.
Hee sapa cakap aku pandai tanam pokok? Tangan sejuk? Tak jugak. Sebenarnya nak tanam pokok ni pun kena tau cara dia. Perangai pokok tu macam mana....ada yang nak air lebih..ada yang tak nak..baja pun kena tau bila nak bagi..semua ni kena belajar jugak. Pokok2 mati tu biasa dah. Kalau tak mati tu kira bukan part of learning process la kan. Tapi yang penting jangan give up ok.
Kalau nak ceduk ilmu2 berkebun and pokok2 ni boleh join group-group berkebun dekat Fb tu macam Kebun Dalam Bandar , Kebun Mini dan macam-macam lagi. Kat situ banyak input boleh dapat. Kadang-kadang boleh dapat benih free jugak kat situ. 😉😉😉

Nak tengok tranformasi balcony aku sebelum ni?? Tengok post ni---> Balcony Transformation.


You Might Also Like

19 comments

  1. Hi sis!Tengok entri ni buatkan saya teringat dekat mama saya. Dia memang tanam macam2. Pokok limau purut, pokok daun kari, pokok rambutan ada dan paling baru pokok durian. hahahaa. nice entry!

    ReplyDelete
  2. Wah,syoknya ada balcony yang menghijau macam ni. Jimat duit belanja jugak kan. Nak masak je, ambik sayur kat balcony tu.

    ReplyDelete
  3. I give up dah..My upstairs people like to throw things down always hit my plant. Bagus...sikit sikit lama lama banyak la.You will hook to plant more and more soon.

    ReplyDelete
  4. Seronok la tengok mini garden ni..walau sekangkang kera janji ada kan..slow2 tanam..semangat kena ada..jadi tak jadi belakang kira..geram tengok pokok cili tu ha..banyak buahnya

    ReplyDelete
  5. green fingers.. so nice to plant all these plants... it's really nice to see your mini garden... great one..

    ReplyDelete
  6. bestnya... teringin nak buat sendiri balcony.. tp macam en deraie taksetuju je.. sbb dia jenis suka clear je kawasan

    ReplyDelete
  7. wahh bagusnya ada buat kebun mini macam ni, kat balcony pon jadilah daripada takde langsung kan. Mmg rajin dan creative! Tanam pulak pokok2 yg mmg ada guna dlm masakan, mmg bagus, senang jugak stock dah ready je siap tanam sendiri lg tu hehe. Niceee!

    ReplyDelete
  8. serious i sanagt suka pokok Rubber Plant, i ada satu tapi kecik je sebab I tanam dekat pasu kecil, kalau I tanam kat pasu besar ... besar jadi nanti pokok ni.. apa pun tahniah sebab gunakan tanah yang kecil untuk dipenuhkan dengan tumbuh-tumbuhan dapat pahala tau...

    ReplyDelete
  9. Sis tgok alia ni memang rajin bercuxuk tanam. Walapun sekankang kera tapi menjadi apa yg ditanam. Jeles sis sb kat umah langsung tak ada tanaman..

    ReplyDelete
  10. Suka tengok your balcony and that space for relaxation that you have at home. I plak jenis yang tangan panas, memang takleh nak tanam anything sebab sekejap je akan mati - penat la jaga tapi still mati hahaha

    ReplyDelete
  11. Walaupun sekankang kera. Bijak menggunakannya dengan berkebun. Pasti ada hasil...

    ReplyDelete
  12. Kalau kita ni jenis tak reti duduk diam dan kreatif, ruang yang kecil pun boleh di manfaatkan sebaiknya untuk kebaikan bersama

    ReplyDelete
  13. Wahhh bestnya ada kebun sendiri mcm nie. Sangat menenangkan bila ada kehijauan dekat rumah. Nanti nak buat jugak lah mini kebun mcm nie

    ReplyDelete
  14. Kalau tanah yang kecil pun boleh di manfaatkan, apatah lagi yang besar kan sis. Boleh jadi petani berjaya ni. Hehe

    ReplyDelete
  15. Comelnya mini garden ni! Gambar yang Alia amik jauh sikit tu ampak deco dia lawa <333 Aip, pi petik cili tu jangan sampai kering pulak dua hahah.

    ReplyDelete
  16. alololo best nyer. sekangkang pun, ada jugak.
    aida lom ada lagi. sedang berangan-angan lagi, alia.
    tunggu pindah rumah. ada tanah. nak tanam kat tanah.
    yg aida da plan - cili padi kampung, bendi, daun kunyit, daun kesum, daun bwg, daun sup, ulam raja, serai, daun pandan.
    tu jer la. byk dah tu. byk tips dah aida save kat phone nih :) hi hi hi hi...
    tak sabar!

    ReplyDelete
  17. sejuk mata memandang tengok pokok2 menghijau ni kan kak alia.tapi rumah amni tak sesuai sebab pencemaran debu kuat sangat.risau takut mati je pokok2 tu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya klau ada byk pncemaran udara..lg elok tnam pokok..sebab dia akam cuci udara dekat kita

      Delete
  18. Rajinnya awak heheh sebenarnya memang bagus bila tanam sayur sendiri sebab dah tau tahap kesihatan utk sayur kite maklum bila sayur2 yg kita beli memang segar semua tp belum tentu sihat sebab byk racun dah

    ReplyDelete