Travelog Phuket : Day 2, Ronda-ronda Patong Beach & Fantasea Phuket

3:35 PM

Holaaa

Jom nak sambung cerita pasal Travelog Phuket ya. Untuk breakfast pagi tu kami cuma panaskan segala makanan yang kami bawak, menda paling senang adalah beli telur dan rebus. Bawak sambai dan ikan bilis goreng. Lepas tu aku masak ja nasi untuk breakfast and beli roti sandwich dekat 7E sana. Oh ya untuk trip ni aku siap bawak Philip Pressure Cooker (PPC) aku lagi..kata mai ngn reta kan. Apadehal kan.




Buat kentang n carot lenyek untuk Aishah guna PPC ja.


Orang kuat tengah breakfast.



Hahahha. Jauh dia berjalan sampai ke Phuket. Apadehal.


Lepas makan...mandi duluuuu.


Untuk Day 2 ni kami cuma pusing-pusing sekitar Patong beach sahaja. Nak island hoping semua malas sebab aku ada baby kan. Lagipun da banyak kali kot island hoping dekat sini. Nak-nak pulak dari hari kami sampai Phuket tu memang hujan ja kejanya. So the best way just ronda-ronda Phuket ja lah.


Abaikan muka sememeh ku.


Sedar tak sedar jauh jugak la kami da jalan-jalan kat sekitar Patong tu. Mula-mula masuk ke Jungceylon shopping mall. Pusing-pusing dalam tu, xda menda sangat pun dalam tu. Kebetulan time tu ada street food bazar dekat open space Jungceylon, mak aih mampu telan ayaq lioq ja lah. Sebab nya bukan muslim yang jual.


Dalam Jungceylon. Macam biasa mall ni takdak la best mana pun.


Keluar ja dari Jungceylon ni kami menapak lagi. Kali ni menuju ke Hard Rock Cafe Phuket pulak. Boleh tahan la jauhnya. Dulu masa pi kami laki bini merempit ja, ya lah time tu honeymoon kan. Ke sana sini merempit la. Ni dah ada anak nak merempit macam mana kan. Selesai ja shopping tshirt untuk kami laki bini kat dalam HRC tu. Maka kami pun menapak la balik ke hotel. Mak oiiii jauhnyaaaaaa.


Ke Rock Shop la kiteeee.



Selesai membeli belah di Rock Shop.



Budak-budak paw ballon kat HRC.


Sampai-sampai hotel masing-masing kelaparan. Terus serang makanan yang ada lagi. Lepas tu kids semua terjun pool balik. Aku pun sama naik bawak Adriana and Aishah mandi depan bilik la. Seronok sebab buka-buka pintu bilik ja pool kan.







Yang paling penting, the kids happy sebab dapat mandi kolam sampai lebam kan.


Untuk malam tu, aku tak join ke Fantasea sebab badan Aishah start panas dah. Demam pulak si Aishah. So laki aku bawak la Adriana untuk join the others. Nak cerita pasal Fantasea pun nothing much sebab aku tak dapat join kan.


Tapi dari gambar-gambar yang depa share kat group WhatsApp tau semua orang enjoy la kan. Seronok tengok muka Adriana pun ceria ja. It's ok, mama jaga Aishah ja kt hotel. Malam tu aku cuma buat nasi goreng guna ppc. Nasib ada ppc, standby ja perencah nasi goreng seri aji tu, dengan beli ja sosej halal and teloq dekat 7E then boleh buat dah nasi goreng. Oh ya, untuk trip ni memang aku bawak la bawang besar, bawang putih and cili padi cukup-cukup untuk masak yang simple-simple ja.



Adriana and friends.





Colourful Fantasea Phuket.

Untuk pengetahuan, harga untuk Fantasea Phuket adalah :

Show+buffet = 2200B
Show only =1800B

Tapi kalau tak silap kami dapat harga melalu ejen 1500B seorang.

Yes quite pricy kan.

By the time, pukul 11 malam Thailand macam tu baru la Adriana and papa dia balik. Aku pun time tu da boring tahap gaban dah. Masing-masing pun dah kepenatan, maka eloklah tidur dulu and simpan energy untuk keesokkan harinya. Nanti aku cerita ya sambungan hari ketiga. Ok byeeee.



You Might Also Like

16 comments

  1. Pernah lalu Fantasea ni tapi tak pernah masuk. Sebabnya dinner je. Pastu nak balik Krabi balik.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah sampai Phuket. Teringin juga nak bawa keluarga bercuti di sini. Nampak macam2 aktiviti menarik blh kita ikuti di sini. Makan makanan HALALA pun mcm senang dicari....anyway comel2 anak u :-)

    ReplyDelete
  3. Bestnya pergi jalan-jalan di Phuket bersama keluarga. Tak tahu pula ada tempat yang dinamakan Fantasea di Phuket. Hebat namanya

    ReplyDelete
  4. The swimming pool looks fun. I'm sure your children had enjoy themselves so much for the trip.

    ReplyDelete
  5. phuket mmg lawa hasil tengok dari org lain share pergi sana..zaza pun tak pernah sampai lg..seronok dpt bercuti mandi2 kolam..nikmat :D

    ReplyDelete
  6. rindunya nak pergi phuket. tak sempat nak round habis hari tu

    ReplyDelete
  7. colourful fantasi phuket ni , kalau terjah waktu malam memang cantik , tak len move on lah dari situ

    ReplyDelete
  8. Haritu singgah Patong Beach je. Tak puas sebab tak dapat teroka habis. Tak sempat sbb ikut trip cruise. Nanti nam datang lagilah!

    ReplyDelete
  9. seronoknya alia... cantik pula tu view kat sini ya.. budak budak la suka nii. cantik betul ,macam alam fantasi pula

    ReplyDelete
  10. seems like you had a great time there!

    ReplyDelete
  11. Dah lama i tak pergi phuket, i love the food and the beach there.

    ReplyDelete
  12. Bilalah boleh sampai phuket nih. Budak-budak kalau dah jumpa kolam memang excited semacam ☺☺

    ReplyDelete
  13. Menarik... Teringin nak pergi bercuti dekat Phuket

    ReplyDelete
  14. wah siap bawa pressure cooker skali tu.. barulah makan kena dengan selera kan - JMR

    ReplyDelete
  15. I have been there and the shopping mall is small. But I like to go their night market. Big and food is cheap.

    ReplyDelete
  16. Harga pun boleh tahan. Tak de la mahal sangat.

    ReplyDelete