Tempat Makan Menarik Di Penang : Western Breakfast Sedap di Viva La Pasta

8:07 PM

Cakap ja pasal Penang, mesti terbayang makanan-makanan sedap dekat Penang kan. Cakap la nak makan time bila..pukul 6 pagi, 3 petang..12 malam..semua ada kat Penang ni.Name it, kueytiaw thng la char kueytiaw la tosai la capati la semua ada. Tak kurang jugak dengan Western Breakfast style kan.

Kali ni nak cerita pasal Western Breakfast pulak. Takkan nama Penang ja nak cerita pasai nasik kandaq..nasi kandaq..nasi kandaq kan...boring lewwww. So kita lari dari kebiasaan, kita breakfast ala barat sikit.

Untuk food review kali ni, aku berpeluang untuk try Western Breakfast set di Viva La Pasta. Viva La Pasta yang terletak di Georgetown ni baru memulakam operasi sejak 2 bulan yang lalu.

Apa pun jom kita tengok breakfast set yang available ok.


Terlioq pulak tengok gambaq ni tau. Alahai. Sedapnyaa.



Set A


The American - scrambled eggs, chicken ham, chipolata, hash browns, french toast , sauted mushrooms , baked beans


Set B

Egg Benedict - poached eggs on English muffins with beef bacon and hollandaise sauce.

***personally this is my favourite. Sebab i love poached eggs. Buat poached eggs tak pernahnya jadi. Sedaq diri tak layak lagi jadi masterchef sebab poached egg pun tak lepaih lagi buat😂😂😂



Set C

The Simple Italian -  Scrambled eggs with chicken ham bruschetta


Set D

Healthy Egg Wrap- scrambled eggs , chicken ham and cheese in wholemeal wrap and chipolatas.


Set E

Jumbo & Mash- Grilled jumbo chicken sausages served with mashed potatoes in brown sauce



Untuk pengetahuan setiap set didatangkan dengan pilihan jus oren , milo atau susu segar.
 Selain itu, terdapat juga FREE FLOW untuk minum pagi (kopi/teh).

Harga RM20 nett.

Masa hidangan untuk breakfast set ini adalah dari 7.30am-11am.


Jom jangan lupa kunjugi Viva La Pasta untuk breakfast lain dari lain. Because capati tosai are too mainstream for Penangites



96 Jalan Rangoon, Georgetown,
10400 Penang

04-2267618

Waktu beroperasi:

0730-2300



Kepada yang bercuti ke Penang ni boleh la menginap di hotel bersebelahan dengan Viva La Pasta ni yang baru beroperasi kira-kira tiga bulan, iStay Hotel.

Harga yang ditawarkan di iStay Hotel juga amat berpatutan bermula dari RM130 /day.

Kepada yang akan bercuti di Penang, selamat bercuti semua. Selamat menerokai keindahan Pulau Pinang, Pulau Mutiara ni. 

Muahhh ciked😗😗😗

You Might Also Like

28 comments

  1. Pulau Pinang memang selalu memeningkan kepala bila tiba bab nak pilih makanan. Haha. Thank you sebab bagi pilihan ni. Nampak sedap dan boleh cuba kalau pergi lagi ni! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..jgn pening2..
      penang mmg food heaven kan

      Delete
  2. Alahaiiii... Kecur ailio nengok. Dah lah tak keluar lunch ni... huhuhu...

    ReplyDelete
  3. banyak2 tu ana suka set A sebab ada scramble egg. my all time fav menu tu. tapi.......semua pun nampak sedap dan menyelerakan. kena bookmark ni bila ke penang.

    ReplyDelete
  4. Eh eh. Cantiknya deco luar kat cafe nie. Macam best plak nak buat photoshoot. Eh. Silap komen - tak komen pasal makanan plak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik Rawlin..sebab dia connect to iStay Hotel. dua2 dalam bangunan lama...i mmg suka kalau bangunan2 heritage kat penang ni

      Delete
  5. tu la..dengar Penang terkenal dengan makanan yang best-best ..wishlist !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mai penang..jgn lupa singgah sini ya

      Delete
  6. Memang Penang port makanan pun. Orang kata syurga makanan lah kononnya. Tapi yang set B tu, egg benedict tu spoil sikit sebab saya tak suka telur cair macma tu hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pilih set lain la jwabnya..
      tapi serius sedap semuanya

      Delete
  7. La yang putih kat atas pancake tu kita ingat bawang putih rupanya telur putih kan hehehehe sedapnya...

    ReplyDelete
  8. uiks pagi2 tertengok post ni.. telan ailio..semua nampak sedap.. igtkan penang ada nasi kandar, jeruk pakli, pasembor jer..western cusine pun menarik gak rupanya - jmr23.com

    ReplyDelete
  9. penang, here I come... nak makan kat kampung sendiri.... jom balik penang

    ReplyDelete
  10. Wah menu breakfast dia pun menarik lah. Nak cuba lah. Orang penang beruntung makanan sedap2.

    ReplyDelete
  11. Paling suka makan kat Penang! Memang syurga makanan la penang tu kan..hihi

    ReplyDelete
  12. I feel hungry after see the nice food. So tempting. Another wonderful place serve nice food.

    ReplyDelete
  13. Penang mmg terkenal gan makanan sedap2. Tapi sis kalau kesana sure cari nasi kandar, mee udang, pasembor dan laksa. Nak cari makanan lain2 mcm terblur tak tahu mana satu yg sedap. Dah ada geng yg buat cite makan kat penang ni senang lah nanti kalau sis ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh2
      kalau akak ke sini jangan lupa roger saya tau kak...

      Delete