Resipi : Otak Lembu Masak Gulai Minang

8:05 AM

Hai hampa
kali ni quick update tau. Nak kena type laju-laju sebelum si Aishah tu mengamuk kan.
Ada yang kat sini makan otak lembu tak?
Kalau nak tau ni adalah salah satu part terpaling favourite untuk aku. Tapi jarang sangat lah dapat makannya. Setahun ada la tiga empat kali makan macam tu sebab sudah jugak nak dapat  kan.

Cerita dia last week masa aku jalan-jalan kat pasar malam rumah aku ni cadang-cadangnya nak beli tulang rusuk ja sekali tengok-tengok ada pulak otak lembu. So apa lagi kan. Beli jalh..RM10 untuk seketul otak lembu.

Kalau nak tau, sebelum boleh masak otak lembu ni korang kena siang segala uart-urat kat otak dia tu tau. Merasa la jadi neuro surgeon sekejap. Memang kalau kat rumah mak aku pun..aku memang akan volunteer untuk bersiang otak lembu ni. Best wei. Memang kena teliti la nak buangnya. Kalau tak nanti hancur pastu kalau tak buang betul-betul nanti hanyir pulak sebab urat-urat tu kan ada darah.

Jom tengok resipi nya ya.

Bahan-bahan:

Seketul otak(yang telah dipotong kepada beberapa bahagian)
10 biji cili kering*
1 bawang besar*
5 ulas bawang kecil*
Halia-besar ibu jari*
Lengkuas-besar ibu jari*
Asam keping
Sebatang serai(diketuk)
Santan
Daun limau purut
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. Blendkan semua bahan yang bertanda *.
2. Tumis bahan-bahan yang dah diblend, masukkan asam keping, daun limau purut dan serai.
3. Tunggu sampai minyak pecah, masukkan santan dan otak.
4. Perasakan ikut tekak korang.
5. Agak-agak otak dah masak kiranya da boleh la tu tutup api ya.


Aduh terliur pulak tengok malam-malam ni.


Antara cadangan hidangan yang sesuai untuk masak otak lembu ni, korang boleh buat kurma, masak lemak dan telur dadar(cincang otak tu..tapi jangan sampai lunyai pulak ye..biar ada texturenya tu...haa giteww)

Korang yang tak makan jangan kecam pulak tauuu😋😋😋

You Might Also Like

32 comments

  1. first time tengok resepi otak lembu.. makan lagilah tak pernahhh... adui dui dui

    ReplyDelete
  2. Serius tak pernah lagi makan otak lembu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya...part paling sedap kt lembu ni adalah otak lembu..
      Tpi xleh mkn selalu la

      Delete
  3. OMG otak lembu kita bahagian lain tu makan lah ada dua bahagian jer otak dan juga telur lembu hehehehe yang lain masih boleh makan wakakkakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part paling sedap ni tau
      Torpedo kita pun xpernah makan...
      Hahahah

      Delete
  4. otak lembu? boleh makan ek.. wahhh kagum bila ada keberanian nak makn. saya daging pun baru 3 tahun blja makn..

    ReplyDelete
  5. Pernah tenbgokkk otak lembu , tapi tak pernah rasa teringin nak makan , entah camna rasa kan .. berlemak tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ja rasanya...ssh nk explain rsanya..
      Kena cuba sdri

      Delete
  6. Kalau keluarga mertua mmg suka dgn menu otak lembu, tapi saya blom pernah teringin lagi..maybe one day hihihi

    ReplyDelete
  7. 2 3 kali baca betul ke otak lembu..ingat otak2 lembu..hehe. ana tak pernah makan,tak tahu boleh makan dan tak pernah jumpa org masak resipi ni. boleh lah cuba kalau jumpa nanti

    ReplyDelete
  8. err.. otak lembu? mcm mana rasa dia? err. x pernah makan .. huhu.. tapi ada je org suka dan pandai masak otak lembu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rsa dia sedappp
      Susah nk dscribe...
      Kena cuba sdri baru tau

      Delete
  9. Great recipe.. I wonder how it taste like.. Tak pernah makan otak lembu.. hmm..

    ReplyDelete
  10. Tak pernah makan bahagian yang pelik2 kat lembu. Btw, teringin nak rasa otak lembu ni. Bahagian lain Bella tak nak rasa. Hehe. Tertanya2 macam mana rasanya ek, nampak macam gulai telur itik pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rsa dia lemak2..tpi xmcm lemak..
      Soft2 ja texture dia...
      Sedap pun sedap

      Delete
  11. pertama kali dengar pasal otak lembu..

    ReplyDelete
  12. 1st time dgr resepi rare ni. menarik jugak,ni. Akk suk asam pedas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try buat asam pedas plak lepas ni..mana tau sedap ke kan

      Delete
  13. alamak! daripada kecil tak biasa makan dengan organ dalam, otak apatah lagi. nampak sedap tapi... aduhai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhahahah...
      Jgn cuba..takut nnt jatuh hati pulak mcm kakak ipaq akak..
      Mula2 tak makan...skrg asal blik kedah ja tnya psal otak lembu

      Delete
  14. Tak pernah lagi makan masakan ni.
    Saya pernah makan gulai kepala kambing je.
    nanti nak try cari dan buat.

    ReplyDelete
  15. Terkejut jugak mule-mule tengok resepi otak lembu ni sebab tak pernah makan. Rasanya macam ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rsa mcm otak
      Kena makan baru boleh tau
      Describe susah

      Delete
  16. My saliva come out seeing this yummy recipe. Yum.. Yum..

    ReplyDelete