Resipi : Kerabu Perut Sedap dan Mudah

3:39 PM

Hai.

Kali ni untuk segmen resipi nak share pasal kerabu perut yang simple dan mudah.

Apa pun jom tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buatnya.





Bahan-bahan:

Perut (direbus dan dipotong nipis)
3 sudu besar Sambal belacan
2 biji Bawang besar (hiris nipis)
2 biji Tomato (hiris nipis)
2 sudu besar namfla (kicap ikan)
1 biji limau nipis / 2 sudu besar air limau nipis
Bunga kantan (hiris nipis-nipis /optional aku tak bubuh sebab takda stock bunga kantan kat rumah..kalau bubuh lebih kick)
Garam
Gula
Perasa

Cara-caranya:

1. Masukkan perut yang da direbus dan dihiris ke dalam mangkuk.
2. Masukkan sambal belacan dan gaulkan dengan perut. Kalau tak cukup salut lagi, masukkan and tambah lagi sambal belacan.
3. Then masukkan bawang besar, tomato dan *bunga kantan.
4. Lepas tu, masukkan air limau nipis, namfla, garam,gula dan serbuk perasa dan gaulkan semua sekali bagi mesra.
5. Da siap untuk dihidangkan.


Kecur pulak air liur bila tengok ni. Aku memang hantu kerabu. Suka meratah macam tu jek.


Senang kan. Aku memang selalu kalau nak buat kerabu memang direct guna sambal belacan ja. Unless la kalau buat kerabu yang takyah nak letak belacan ni macam kerabu ikan bilis ka apa ka. Yang lain-lain kalau guna belacan memang selalunya akan amik ja stock sambal belacan.

Tip: biasanya aku akan buat sambal belacan dalam satu bekas tau foo fah tu. Simpan dalam peti ais. Nak makan keluarkan habuan nak makan ja. Memang senang, nak guna untuk nasik goreng ka ceduk ja tak payah nak susah-susah menumbuk bagai. Takpun kalau aku balik Jitra, memang biasanya nanti mama aku akan tapaukan aku sambai belacan dia yg super power dan super menyegat tu. Pedas nak mati, tapu asyik nak tambah lagi.

You Might Also Like

31 comments

  1. Saya pernah makan sekali je perut lembu. Tapi memang tak boleh terima dek tekak. Mungkin sebab waktu tu saya makan kenyal gila isi dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah quite kenyal..tpi maybe org tu rebus kejap sangat kot. Kalau lama xda la kenyal mana

      Delete
  2. Ririey tak boleh terima perut ke limpa atau hati ni, tak tau knp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita makan ja wak..mak kita org ssh dulu2..dia kata nenek kita ajr ja makan semua kt lembu tu

      Delete
  3. Akak suka perut babat ni buat kerabu dan masak lemak cili api campur rebung...huiii lama tak makan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh..sedap kak masak lemak cili padi ngn rebung tuu
      Aduhhhh

      Delete
  4. wah.. sedap ni.. TB memang tak selalu makan, tapi pernah lah makan sekali dua tu.. officemate yang masakkan.. sedap gilerrr..

    ReplyDelete
  5. nampak menarik dan sedap tapi xreti makan sure sedap kan..

    ReplyDelete
  6. Baru semalam makan kerabu pucuk paku hahahah tapi kerabu perut mmg fav kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh..kita semua jenis kerabu fav kita..suka sgt

      Delete
  7. nampak sedap gila, tapi sis malas sikit nak beli bahan2 n masak. Thank you for sharing resepi ni nanti saya cubaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..
      Kerabu2 ni mmg fav saya..
      Selalu guna bhan2 yg avail kat dapur ja

      Delete
  8. Tak pernah cuba dan makan kerabu perut. Bolehlah Bella cuba nanti. Rajin juga Alia memasak yer. Suka!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la kak bella..sedap tau
      Alia mmg suka kerabu2 ni..
      Apa2 jenis kerabu mmg fav kita

      Delete
  9. suka makan kerabu2 ni, tapi kerabu perut tak makan coz tak makan organ dalaman.

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun fav kerabu2 ni
      Perut ni salah satu la
      Hihi

      Delete
  10. alaa... saya tak pandai makan bahagian dalam macam perut. tapi nampak sedap dan menarik juga menu ni.

    ReplyDelete
  11. nampk sedap. kalau rajin Ika try la. Dah lama tak makan kerabu perut ni,

    ReplyDelete
  12. fuhh kerabu perut!!! ratah begitu sahaja pun dah layan kan

    ReplyDelete
  13. Marsha suka sangat makan kerabu perut ni. Memang favorite. Tq sharing 😘

    ReplyDelete
  14. Bonde memang suka perut lembu... Selalu masak lemak cili api, thanks share resepi,resepi ni boleh cuba nnt...

    ReplyDelete
  15. Banyak-banyak kerabu, yang satu ini Rawlins tak sanggup telan sebab geli tengok tekstur perut hahaha

    ReplyDelete
  16. perut~~ i think i can only accept those masak with kari or at least sauce yang pekat so that i rasa sangat the texture and taste of perut.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  17. sha memang peminat kerabu tapi kerabu perut takpernah rasa lagi, takmau ras kot haha sebab takmakan perut :p

    ReplyDelete
  18. Look healthy the dish. Ulam style and I like it. Simple yet delicious

    ReplyDelete
  19. Favourite kita wakkkkkkkkkkkkkkk kerabu ni, makan dengan keropok keping pun sedap,hihi

    ReplyDelete