Travelog Phuket: Andakira Hotel Review

8:25 AM

Previous post :

Travelog Phuket :  Day 1 , Roadtrip to Phuket Part II


Courtesy of Agoda.

(Ni second time aku terpaksa write up balik entry pasal hotel ni disebabkan entah mananya hilang draft aku sebelum ni....stresss oiiii kenapa mengapa dia hilang!!! So mood aku nak type panjang-panjang macam the first one maybe dah larik tune...)

Berbalik kepada cerita hotel yang kami stay. Sperti yang kami habaq before this kan. Kami memang pilih untuk stay dekat Patong ja memandangkan Patong lebih happening, lebih tarian tiang, lebih banyak pondan   tipu ok tipu bukan sebab tu la yang oii...of course sebab kami nak tempat yang lebih easy access gitu haa.


Courtesy of Agoda


Untuk pengetahuan hampa semua, Andakira Hotel ni terletak dekat ja dengan Bangla Road. Jangan tanya aku kenapa nama dia Bangla Road walhal aku x nampak pun abangla mahupun adikla di situ.

Jom kita tengok dulu la apa yang best sangat kat Andakira , Andabayar Hotel ni.

Salah satu feature yanag kami nak adalah pool for the kids to enjoy their vacation kan. Tup-tup Andakira Hotel ni menawarkan pool access from room gitu ha.. apa lagi. Cargas ja kami booked yang pool access ni. Harga dalam rm230+semalam kalau tak silap aku. Not bad la kan for the price.

Dan pada aku yang verangans nak me time la sangat ni kan. Of course la aku nak yang ada bath tub. Kira lengkap la ada bath tub macam aku nak kan.

So lets check it out yoo


Drebar yang kepenatan. 


Spacious. Tengok la mek ni buat apa. Aku combine kan dua katil single ni. So jadi macam katil superking wei.


Clean bath room


Bath tub ni antara pilihan wajib aku sekarang sebab aku da macam boring kot nak mandi swimming pool bagai ni



Ok la siap ada bath robe bagaikan.


Pool access from our room


The kids da mula terjun seawal yang boleh. Lepas ja breakfast dengan balcony. Masing-masing berkuak lentang bagai. Seronok wei. Lapaq naik makan. Lepas tu terjun balik. Memang serious seronok la kan.

Oh untuk pengetahuan, Andakira Hotel ni takda la dekat sangat dengan laut kan. Kalau nak jalan tu memang basah keti la mau nya. Please note kalau hampa nak cari yang dekat pantai please tengok map hotel dulu. Kami sebab dah kali ke 5 ke Phuket ni esp Patong ni so xda la excited dah dengan pantai nya. Tapi pantai dia best ok! Tapi kalau hampa nak stay kat Andakira Hotel ni boleh ja hampa sewa moto and ronda-ronda Phuket ni. Aku honeymoon dulu memang sewa moto ja ngn laki aku. Lebam kamo lenjan moto tu sampai ke Kamala Beach la Kata Beach la..Kathu la. Memang kami explore gila-gila la.


Courtesy of Hotel.com

Aduh.rindu la pulak pantai yang cantik ni😅😅😅


And of course la rate yang semakin dekat dengan beach semakin mahal. And banyak "brand" hotel terkenal dekat /berhadapan beaches ni. Tengok nama Andakira Andabayar Hotel pun dah bunyik macam apa ja kan. Lain la kalau Hyatt ka kan. Tapi kemudahan kat Andakira Hotel ni aku puas hati la. Memang tiptop. Aku suka. Selesa and servis pun bagus. 

Apa pun yang penting, nak berjalan ni kena tengok poket masing-masing. Kalau poket korang tebal ok ja kan nak duduk yang mahal pun. Apa de hal. Yang tak berapa nak hado2 macam aku ni. Andakira Hotel ni pun da kira ok sangat-sangat dah tau.

Hampa kalau nak book Andakira Andabayar Hotel ni..boleh ja book melalui medium sperti Agoda, Booking , Expedia, Traveloka, Trivago  n etc. Cari la mana tau dapat murah kat salah saty ni. Macam kami hari tu guna Agoda ja.

 Oklah wei. Aku da ngantuk ni. Nak chow dulum seram pulak malam-malam kul 12.20am ni duk dengar sora budak-budak duk main kat luar tu. Kejadah apa la malam-malam ni nak main2 nak oi. Aku lempang kang kalau budak betul yg duk main2 tu. Kalau setan pulak sila main jauh-jauh. Aku dah la baru lepas habis geram dengan setan ni sebab mengacau Si Aishah. Jenuh pagar rumah bagai.

Okla, hat tu nanti cerita lain na. Okey babai.

You Might Also Like

38 comments

  1. cantik hotelnya..betul tu sis..kalo nak bercuti, mmg ikut poket sendiri,...poket tebal..tebal la gayanya..poket nipis cam weols, cukup hotel selesa n selamat jer,...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul..ada banyak ja hotel yg jauh lebih exclusive..apa pun...tengok poket msg2...ada jugak hotel lain yg lagi murah dah selesa..apaun ikut selera msg2

      Delete
  2. Cantiknya view dia . siap pool access lagi tu. oklah dapat bagi chance budak2 mandi kolam kan. Harga pun not bad sebab ade bathtub tu. boleh kuak lentang sorang2 dalam tu. **nanti sambung cerita part last tu. nak tau jugak.**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la...yg penting anak2 njoy...makpak bwak bercuti ni utk anak2 gak..part last anak kena kacau tu ke

      Delete
  3. Oi yo cantik ya hotel nie kat phuket. Baru pergi tahun lepas mana tau tahun depan ade rezeki lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah. Nanti boleh try yg kt sini pulak kan

      Delete
  4. Siyesly hotel dia memang cantik la..entah bila dapa sampai ke Phuket ni..tahun ni kewangan tak berapa nak cantik..kena start mengumpul semula kalau nak pi bercuti luar dari Malaysia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah kak
      Nnt boleh bwak anak akk jln2 kt sni pulak

      Delete
  5. nampak cantik dan selesa. boleh lah masukkan dalam list kalau ke phuket ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selesa nisa. Mmg anak2 pun njoy

      Delete
  6. Kalau tak salah andakira hotel ni dekat dengan pantai patong kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huiiii...xdekat sgt...mcm da mentioned jauh gak..kalau jalan mau melecet kaki n lencun keti

      Delete
  7. Aduh cantiknya tempat tu. Siap boleh pool akses. Seronok la anak-anak. So dia tak takut dengan orang ramai. Or malu nak swim. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kolam tu mcm depa yg punya...seronok la deme2 tu wat mcm kolam sdri

      Delete
  8. bestnye bercuti kt phuket.. boleh masuk dalam list ni nanti tpi tah bila dapat pegi pon kite tak tau..hahahaha... kekangan bajet pon ye jugak.. seronok tgk kawan2 holiday sana sini kumpul kenangan.. kita dalam malaysia je la gamaknye..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah boleh pnya..actually bajet bcuti kt thailand silap2 lgi murah dr bercuti kt dlm msia ni..dalam msia kena tol..hotel mhal...kt thai hotel murah2 m jauh lebih selesah..tol pun xda

      Delete
  9. Bestnyaaa lahaii..bila la dpt pergi ni. Selalu kalau pergi bercuti kita lepak hotel je so hotel yg elok mmg priority.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi gak jln jauh2 duk hotel ja..kami dua2 kami xplore...sbb da jln jauh2 kan

      Delete
  10. Marsha pun suka bathtub kalau dok hotel sebab boleh berendam & me time. Kalau pool ni xleh nak me time sgt 😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Swimming pool mmg xda maknanya nak me time...hihi

      Delete
  11. Kita teringin nak pergi Phuket heheh tak pernah pergi lagi tengok tempat tinggal yang cantik ni dan pantai yang memutih tu memang akan pergi tahun depan terima kasih share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah
      .nnt maha pulaj bokeh cerita psal phuket kan

      Delete
  12. Hotel ni menarik lah. best sebab swimming pool boleh access depan je. Tak sabar nak gi phuket ni!

    ReplyDelete
  13. Seronoknya ada pool tepi bilik je. Annur pun suka pilih hotel yang mudah nak ke pool. Biasa lah mak-mak kan..hihi selalu pentingkan anak je. Nak diorang fun je. ^_^

    ReplyDelete
  14. bestnya view dia, lepas tu swimming pool sejengkal je ha

    ReplyDelete
  15. Best ni swimming pool access dpd bilik, memang mandi sampai lebam la kalau dpt kat anak2 ni. Tq yer sharing info..boleh masuk list.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sampai lebam pun budak2 ni kerjakan pool ni...seronok la depa mandi sampai biru bibir

      Delete
  16. bestnya Alia, akk suka tengok gambo ALia jenjalan. banyak tips ada. sok2 akk pi travel boleh refer sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak linda...kita pernah ada org kutuk2 ckp blog kita syiok sdri la..gmbar travel tak lawa la..apa la semua ada...tpi yg kutuk tu kan...sebenarnya habuk pun tarak...
      Baca komen akak ni buat saya tersenyum skit..thanks akk

      Delete
  17. Wahhh cantik betoi hotel dia, leh terjun pool dari dlm bilik. Kalau ada budjet lebih leh lah nginap kat hotel ni...:D. Sis kalau travel mmg ambik tempat budget je..janji bersih, sb sepanjang masa mmg akan keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..ni kes nk bg ank2 seronok je nih..klau mak ayah..duk hotel biasa pun da ok dah

      Delete
  18. Bestnya ada swimming pool access macam tuh..btw seronok baca entry nih..hehe

    ReplyDelete
  19. Baca pasal Patong tapi tertarik pasal pagar rumah plak. Haha. Nanti share ye pasal pagar rumah tu.

    ReplyDelete