Food Review : MIKER, Ipoh Murah Dan Sedap

7:47 AM

Hai hampa. Kali ni untuk segmen food review nak share satu tempat makan yang sedap dan murah for me dekat Ipoh.


Sejak dua menjak ni selalu jugak singgah ke Ipoh. Ada satu time tu saja-saja nak makan Dim Sum kat Greentown. Yang ni Deepavali hari tu kami terjah ke Kaison Aeon Kelebang Ipoh untuk beli some stuff untuk deco.

Bila da habis shopping tu memang masing-masing dah lapaq gila kot. So bila tanya orang Ipoh deme sajes makan kat cafe hipster katanya dekat Ipoh tu nama nya MIKER. Ye aterrr kate Peghok...miker miker la kan. 


Miker ni terletak dekat padang apa ntah. Sory aku tak expert sangat bab-bab Ipoh ni sebab maklumlah jarang mai kan. Tapi kat padang ni macam.best la kan malam-malam orang duk lepak-lepak kat tepi tu. Tenang and chill ja lepak-lepak kat situ. And disebabkan kami time public holiday maka Miker tersangatlah full house wei. Udoh ler teman datang beramei-ramei. Nasib dapat port utk teman and d gang.

Disebabkan masing-masing kelaparan tahap nak mams...maka banyak gila kot kitaorang order. Konsep dia konon order banyak-banyak letak tengah untuk dibaham beramai-ramai, pakat rasa sorang sikit la kiranya kan.

And nak dijadikan cerita banyak jugak la makanan yang da habis. Nak order pun jadi jem la jugak. Tapi terus tanya apa yang special nya kat Miker ni..diorang sajes mee goreng, lamb chop and pizza. 

Jom la jamu mata tengok apa yang patut dulu ya.


Me n Aishah pot pot.


Jemah clans


Lamb chop. Sedap and harga pun dalam belas2 ja tak silap.


Pizza apa tak tau. Tapi sedap. Wayyyy betterrrr than PH.


Pizza kampung style. Ada ikan bilis and cili padi. Suami aku tak tahan pedas. Aku ok ja makan pizza ni. Cabai melaka aku buat ulam kot.


Chicken grill cheese.


Kueytiaw goreng seafood-RM6.80. Portion besaq. Rasa not bad.

Other recommended food yang takdak dalam gambaq sebab da kena serbu sebelum amik gambaq adalah :

Mee goreng--> serius sedap namateyyyy
Nasi goreng sambal paru-->sedap..harga tak silap aku tak sampai RM9 kot. Sambai paru pun banyak gila wei. 

Hampa kalau makan kat Miker ni sila la order food variety yang berbeza. Boleh rasa-rasa kan.

Untuk pengetahuan, harga makanan kat sini amatlah berpatutan. No wonder always full house wei. Kalau hampa nak tau kami order:

4 set lamb chop
2 nasi goreng sambai paru
1 nasi goreng ikan goreng
1 mee goreng
3 char kuey tiaw
1 nasi goreng special Miker
1 nasi goreng tomyam
Air ( tak ingat, macam-macam kot..air  buah la air tu la..)

PRICE : RM160+

Pizza pulak kami order 3 jenis yang Large ye. Kalau tak silap dalam rm70+ ( yang ni kena bayaq asing ya) macam tu. 

Bagi aku, makanan kat Miker ni stil consider as reasonable lagi la. Somemore quite big portion jugak kan.

So selesai ja makan kami pun feeling2 la jadi orang Ipoh. Lepak sat kat padang / dataran tu. Bagi anak-anak main sat kan. Tetiba aku rasa jatuh cinta kat Ipoh. Sebab satu best gila kot Ipoh ni. Tenang dan aman ja. Takdak la macam Penang ni mana hala pun reta bersepah-sepah. 


Hampa kalau singgah kat Ipoh tak tau nak makan kat mana, boleh la try makan kat Miker ni. Sedap pun sedap. Murah pun murah kot.

Okla, chow sin chi.


You Might Also Like

32 comments

  1. Simply an indulgence and i am tempted to enjoy them d

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes simply indulgence...
      I'm so in love with d food

      Delete
  2. Semua tentang western memang best...apatah lagi bila harga berpatutan dan rasa yang sedap...kalau akak mmg x tolak ni...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tersangatlah berpatutan..selalu kalau kami 3 family yg ramai ni makan susahla kalau makan yg mcm2 ni bawah dari rm200 kan

      Delete
  3. Padang polo ke kak ? Rasa situ kot sbb byk kedai kecik2 mlm2..sedap mkn kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa bukan padang polo..sebab xda kedai kecik2 yg lain pun..yg ni bgunan kerajaan lama diorg buat cafe

      Delete
  4. Harga bagi ai murah lah. hari tu pergi ipoh tak tau nak makan kat mana. last-last makan kat food truck je.

    ReplyDelete
  5. Yumm,kecur liur nampak gambar. Dahlah tengah lapar ni,rasa macam nak makan je phone ni haha

    ReplyDelete
  6. wah berbaloi itu kalau rm160 boleh order lebih dari 12 hidangan dan macam2 air. nampak menyelerakan. memang terbaiklah kalau ada kedai macam ni dekat shah alam juga huhu. i is jealous.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hrga dia berpatutan...
      No wonder masa kami pi tu fullhouse

      Delete
  7. Lama xturun Ipoh.. dulu siap tahu mana port best untuk makan etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee...lepas ni bro boleh try dekat MIKER ni pulak ye

      Delete
  8. Wow sedapnya bestnya dapat makan banyak tu hehehehe tak apa nanti kita cuba datang makan kat sini best pulak makanan tu..

    ReplyDelete
  9. puas hati eh dpt mkn camtu..pizza tu sedap sgt eh..siap bercili syoknye la

    ReplyDelete
  10. comel je entry hehe pizza bakmai skitt^^ salam kenal alia farhan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi eyra...thanks for dropping by
      Nnt jom kita makan kt MIKER

      Delete
  11. Miker.. nama yang unique! haha but i bet the signboard is the attraction for photo!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  12. yang western tu nampak sedap . craving pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Believe me sedap ok...
      Yg pling best..mee goreng diaaa

      Delete
  13. Dulu selalu juga turun ipoh. Xpernah singgah miker lagi. Cafe lain penah try. Next time nak cuba ni.

    ReplyDelete
  14. What a scrumptious meal! Looks extremely delicious especially the pizza. Nxt tone can visit Miler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes...mmg delicious...u can try wan...also very cheap

      Delete
  15. Yaya hantu western tapi terliur tengok Mee goreng dia nampak sedap sangat. Boleh masuk list nanti kalau pergi ke area sana hee

    ReplyDelete
  16. Greentown tempat asal teman tp bila kw Ipoh x tau lak asa kedai Miker ni,,. selalu g makan kat restoren Assam House je... delat padamg... sedap gak...

    ReplyDelete