Travelog Phuket : Day 1 , Roadtrip to Phuket Part II

8:35 PM

Previously on 

Travelog Phuket : Day 1, Road trip to Phuket Part I



holaaaa...
ada yang tertunggu-tunggu ke entry Travelog Phuket secara roadtrip ni?
sabar ye...jangan marah. Nanti kita cerita elok-elok ye.

So dari entry yang lepas, lepas ja kami setel brunch kat Danok maka kami pun gerak la ke Phuket, please bear ni mind dari danok ke Phuket adalah dalam 7-8hrs journey so memang lebam ya. Oh ya, sebelum hampa meninggalkan Malaysia sila la isi minyak kereta hampa full tank ya! Wajib sebab minyak kat Thailand harap maklong memang mahal tapi depa ada ja minyak murah iaitu RON91. Kami memang isi full tank siap-siap sebelum masuk ke Thailand. 

Dalam 1hr perjalanan, kami singgah di petrol pump yang besar. Biasanya kat petrol pump yang besar-besar ni ada 7 Eleven atau Family Mart ada jugak coffee cafe ala-ala Starbucks tapi version Siam. So masa kat 7E memang aku borong habis la segala burger frozen, sausage frozen yang tentu-tentu HALAL la ya. Takkan aku nak amik yang tak halal pulak kan. Jangan tanya aku boleh caya ke tak HALAL diorang ni. Aku percaya ja. Ko ingat kat dalam satu dunia ni kuasa HALAL tu dekat JAKIM sorg je ka? Ko ingat kat tempat lain takda orang Islam ke? Kalau semua menda ko tak yakin sila duk mereput di Malaysia ja kekdahnya.Bhahah..Berletiaq pulak dah.


Ni sedap nak mampusss ok


Ni pun sama...aku angkut 3 4 cups habuan aku selaku co pilot di belakang layan borak dgn pilot kat depan. Eh untuk pilot la jugak kan. Nampak stok aku tapau tu???


Ni paling the best of the best.



Ni pun sedap. Aku da tak ingat berapa harga dia. Tapi masa balik hari tu aku singgah 7E Danok aku borong licin sebab sedap nak mati. Aku tak paham kenapa dekat 7E Malaysia xda menda ni and kenapa 7E kat Malaysia mahal nak mampus and tak best!


So bayangkan memang long hours journey ya, macam-macam la aku duk membaham dalam kereta. Ala standard la kan, Aishah pun makan tidoq ja. Asal lepas dia menyusu ja memang aku terus lapaq la wei. Nasib da tapau makanan. Semua yang halal frozen food tu habis kat kami ja tau. Masa nak bayar tu suruh diorang heatkan siap-siap so nanti dalam kereta boleh baham ja terus kennn.


Makan tidoq..makan tidoq pot pot mama ni. Nanti nak travel jauh sila duk dalam carseat ya. Kalau tak..nanti kena saman dik oiii.


Ada la singgah jugak berhenti kat petrol pump kecik dekat Trang tapi dekat sini takda apa ya. Toilet pun asal boleh je lah. Kalau kat petrol pump besar tu best wei, dah macam RNR kat Malaysia. Meriah gitu! Perjalanan diteruskan sampai ke Krabi. Dekat Krabi ni kami singgah petrol pump besar and ala-ala RNR siap ada food court lagi. Ada la 3 kedai makan Muslim. Nasib la aku masih boleh cakap sikit-skit bahasa nenda ku yang satu ni. Paham la jugak apa yang makcik tu kata. Habis-habis tak paham, terus Mero Pang(tak paham maksudnya) hahahahha . Masa dekat sini aku makan nasi dengan ayam masak pedas(Khai phed) nak resipi ni sila click SINI, sedap tapi pedas nak mampus. Air teh ice depa as usual la memang stock potong kaki! Kalau mengandung kompem GDM berganda-ganda. Korang boleh cari petrol pump besar ala2 RNR kat Krabi ni tau nanti in case nak makan ke.


Nampak ja bukit2 batu kapur ni da lega sebab tau da sampai kat Krabi.

Lepas ja makan, aku terus serang 7E. Memang addictive betul nak masuk 7E kat Thailand ni. Pakai pelaris pa ntah, yang pasti 7E depa murah nak mati. Boleh tengok kat entry 7E ni kenapa aku da macam addict asyik nak masuk ja 7E depa. Family Mart pun best gak kat sana oi. Aku baru plan nak angkut segala mak neneks burger sedap tu, sekali suami aku kata I da borong tadi. Yahuuuu. Boleh buat bekal dalam keta and kat hotel nanti.

Untuk pengetahuan korang, jarak dari Krabi ke Phuket ada la berbaki 1 hr 30 min to 2hrs lagi. Kematu jugak la kan. Penat memang penat. Yang lagi penat si driver la.hahahha. Sampai dekat Phuket time tu da hampir senja. So kat sini masing-masing kereta da mintak nak minum kan. So terpaksa la tuang minyak kat sini ya. As I said la kan, harga minyak kat siam ni memang mahal tapi korang xpayah la nak pakai RON95 or RON97 la sangat kan. Kitaorang pun bagi keta minum RON91 ja masa kat sana hari tu. Ala sekali sekala jamu dia minum minyak murah yang tak murah sangat kan. Tapi still ok what, Siam mana ada tol charges. Jalan raya pun elok ja haa.

So kami kena cepat-cepat gerak ke Patong sebab dari pekan Phuket nak ke area Patong boleh tahan jugak ya.Tersesat jugak kami sebab tersilap, jalan dekat Phuket dah banyak perubahan ya compared to 2015 sebelum tu yang aku pi. Da ada flyover and ala-ala tunnel dah. Maju sekarang. Mall pun da macam-macam kat Phuket tu yang baru naik Untuk pengetahuan korang dalam banyak-banyak beach kat Phuket, Patong Beach antara yang paling happening dan padat ya.  Malam-malam biasa dekat area Patong tu memnag happening, takut banyak jalan yang kena tutup kan. Nasib memang set GPS untuk direct terus ke hotel yang kami book. Nama hotel tu Andakira Hotel, bak kata member laki aku...Andakira..Andabayar....


Semua cari wifi sampai-sampai ja kat hotel.




Tengok la d kids, semua heppy.  Habis senua welcome drink yang hotel provide kan.

Lepas ja check in dan letak barang semua dekat dalam bilik masing-masing. Maka kami pun gerak la turun ke bawah untuk cari makan. Walking distance ja hotel kami nak ke Bangla Road yang fames dekat Patong Beach tu ya. Jumpa ja kedai street food yang ada cop mohor HALAL dengan pantas terus order makan ya. Lapaq nauu sorang-sorang kan.


Mine with nasik putih. Tak ingat nama menu yang pasti prawn apa ntah.


Husband punya phad thai
Tangan gegor wei lapaq pnya psai.



Total makan malam tu agak mahal la jugak, kalau tak silap untuk nasi goreng beberapa pinggan, phad thai 2 pinggan ,omellete dan 1 magkuk tomyam ada la nearly to 1700B...seingat-ingat aku la. Nothing fancy pun makanan nya. Just untuk kenyangkan perut masing-masing ja kan. Tapi bab makan masa kat Phuket tu memang kitaorang banyak sep la kan. Nanti la kita cerita lagi. Sekali harung dengan review Hotel Andakira... Andabayar.

Stay tune na...




You Might Also Like

36 comments

  1. wah bestnya dapat pi jalan2 kat sana..teringin nak pi juga tapi belum sampai2 lg..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi la nadia...seronok...tpi penat skit la kalau roadtrip

      Delete
  2. sesuai bertolak siang ke malam alia..kalau malam jalan dia sunyi sangat tak?? nanti story na..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better gerak siang kak farah...sebab ada jalan yg sunyi..lg2 dr krabi ke phuket tu jalan gelap..kami pernah balik dr phuket ke krabi...dah lewat ptg...mmg gelap gelita sgt2

      Delete
  3. Phuket is a good place for leisure. Phuket has many nice and clean beach.

    ReplyDelete
  4. Boleh rujuk ni sbb plan nak kesana next year

    ReplyDelete
  5. Phuket antara tempat yang ada dalm waiting list. Kena cukupkan tabung ayam dulu baru boleh ke sana. Boleh refer sini nanti.

    ReplyDelete
  6. Wah best nya tapi 8 jam tu bawah anak kecil jenuh jgk dlm keta lama😅. Teringin nk ke krabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah mmg lama tpi best boleh tgk tmpt org kan

      Delete
  7. Seronoknya Alia...bagus si bujang kecik tu x banyak ragam eh..oh gosh makanan tu semua sedap..cepat2 update...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si kecik tu ok ja..makan mnum ckup..tdur ckup ok la dia

      Delete
  8. So nice going for a family trip to Phuket. I want to bring my children there too.

    ReplyDelete
  9. bestnya..akk teringin nak pi road trip ke phuket n krabi gak. Tpi 7-8jam ye..adoi hehehe. Berapa total kos semua trip ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak..overall kos nnt kena check blik nnt...kalau dr kl kena tmbah la lagi jam nya

      Delete
  10. Aira memang suka kalau berhenti pump station dekat thai ni. Memang best giler besar, luas dan cantik. Tandas pun bersih je :D

    ReplyDelete
  11. Bestnya pergi Phuket. Hari tu pergi kejap je. hhuhu

    ReplyDelete
  12. Laa,cuti kali ni dah plan nak pi Thailand tapi tak pula sampai phuket

    ReplyDelete
  13. Wah..bestnya drive sampai Phuket. Tapi jauh bebeno ye. Bestnya 7e dorang ade macam2. Boleh jadikan rujukan kalau ke Phuket nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai qisstiera..kalau mcm.ktorg yg stay kt kedah ni prefer lg roadtrip kot..kalau dr kl..better naik flight je kot

      Delete
  14. Biasa kalau ke Indonesia atau Thailand mesti tak berkenan dengan toilet awam dorang. Hehe. Siap ada kolah kecik. Tapi kt tmpt orang..kita hadapkan sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaah..agk la...tpi i suka lg thailand compared to indo

      Delete
  15. Wowwwww.... banyaknya bekalan alam kereta... Macam sama je perangai kita..

    ReplyDelete
  16. Phuket dalam next wishlist lia. Trang, krabi, hatyai dah pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila pi lia..seronok phuket...triple d fun of krabi...akk pi phuket dulu baru pi krabi..rsa krabi a bit boring

      Delete
  17. I miss Thailand, love the food and people. Can't wait to go back again nxt year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi shin lee..heppy holiday..i also live thailand so much...my fav asean country to visit

      Delete
  18. Syioknya!
    Eh, tak cuba naik tuk tuk ke hihi. Tak thailand la kalau tak naik tuk tuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha..thailand tu dekat sgt kot dgn kampung saya...tuk2 tu memang selalu dah naik...tpi jauh2 ni mana ada org naik tuk2...
      Tuk2 tu biasanya in city ja

      Delete