Edible Balcony Garden

6:35 PM

Selain mempunyai hobi dalam bersolek, melancong,melencong ,dan memasak aku juga seperti insan yang lain. Bahahhahahha. Tetapi aku juga ada satu lagi hobi yang bisa buat pak menteri menyayangi ku. Bahahahhaha.


Yes...i love gardening. Especially the edible one. Kan pak menteri suruh bercucuk tanam sendiri uolls. So rumah i di tingkat 6 ni tidak ketinggalan jugak.


Ni pokok selasih or thai basils. Ni memang favourite sangat-sangat. Buat ulam sedap. Buat letak dalam rencah masakan pun sedap.



Ni pulak brazillian spinach ya. Bukan brazillian wax😆😆😆😆
Selalu mat2 salleh buat ni as salad sebab crunchy nak mam. Ni kat jusco mahal berdenggung wei. Yang ni paling senang nak hidup. Cukup baja. Cukup air. Gemok la dia macam tuan dia.


Ni pulak pokok tomato cerry. Bab pokok tomato ni memang fail and susah skit. Tapi harap-harap kali ni ok la kan.



Ni kalau ada stock makcik bawang yang da tumbuh daun skit tu, terus ja letak atas tanah. Boleh la guna as codiment dalam masakan kan. Yang dalam satu bekas dengan daun bawang tu nama dia ketumbar jawa or nama omputih dia culantro. Bau dia sama macam daun ketumbar biasa tu 


Abaikan ya mop tu. Bahahah. Ni pulak pokok inai. Pokok ni aku beli ya sebab aku suka pakai inai. Masa sampai hari tu pokok ni da nak botak. Sekarang getting better after letak baja organik. Dah banyak bibit-bibit daun mula keluar. Lepas ni boleh la berinai.


Dah nama pun sekangkang kera ja kan. Maka kena la be creative. Beli ja rack ikea Hyllis ni untuk letak segala pokok2 renek n herbs ni. Next time In Sha Allah nak tambah skit-skit lagi apa yang patut. 


Ni masakan campak-campak. Pastu nak bagi rasa kick aku letak thai basils ni masa tengah masak.



Ni la guna daun makcik bawang kat balcony tu. Daun bawang memang tak pernah beli ya kat rumah ni.

Kalau ikut semua pun nak tanam. Husband aku sampai stress dengan bini dia. Aku cakap biarlah aku buat hobi aku yang satu ni dari aku duk membawang bergossip dengan kak leha kak timah kat bawah tu. Maka laki aku pun pasrah ja lah dengar aku membebel. Sambil membebel tu aku selalau akan cakap..Ya Allah murahkan rezeki suami aku ni supaya boleh beli rumah landed pulak one day! Amin...senang aku nak bercucuk tanam lepas ni. Hahahaha

Sebenarnya aku ni pun tak pandai tara mana pun bab gardening tu. Tapi aku belajar la skit2 dengan orang yang pandai bab-bab ni. Diorang cakap no such things as green fingers ok. Semua nya kena belajar and gali knowledge.  Tak tau kena bertanya. Kalau tak nanti sesat jalan gitewww haaa

Ok la chow. Nak pi kemas rumah n masak pulak ye. 




You Might Also Like

26 comments

  1. Wahh ada taman dalam rumah bagus lah nanti kita pun nak buat macam ni hehehehe nak ada tanam syur-sayuran yang boleh dapat segar dari balkoni rumah thanks share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanam yg simple2 ja maha...
      Xda yg xtreme2 pun

      Delete
  2. Ruby pun baru berjinak-jinak tanam pokok kat balkoni rumah ni. Ruby plan nak tanam daun bawang, serai, cili dan daun kari. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. rajinnya..tp memang gardening ini terapi yang paling best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..ni terapi la ni..dari layan perangai org..baik layan pokok..ckp2 n belai pokok...dpt hasil jugak

      Delete
  4. Aha...good idea..jimat semua tu kan penting kan dalam masakan...kalau akak asal nak makan sedap ada ulam fresh je shoot balik kampung yang x berapa nak jauh...best woo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg mana boleh jimat kita jimat kan je...rumah mak kita pun byk gak pokok2 ulam...seronok kalau balik sbb sayur n ulam semua x pyah nk beli dah

      Delete
  5. Rajinnya dia bercucuk tanam hahaha kalau hanis awal-awal je excited pastu tunggu lambat sangat dia nak berhasil (tak reti sabar) terus malas nak jaga dan abaiknnya haha btw pernah jugalah menjadi satu tanaman cili banyak keluar hasil mak petik mak masak hahaha pastu pokok tu mati sebab lupa siram kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala syg nya mati...tpi kan seronok tau bila keluarkan hasil..heppy dia lain mcm skit

      Delete
  6. Your plants look nice. Don't think I have the patience to keep it well.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha...minat punya psal...jadi la jugak

      Delete
  7. Sis memang minat nak bercucuk tanam ni..tapi masalahnya tangan sis ni panas, dah banyak kali cuba...asyik mati je tanaman sis...sedih...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha...sama la kak hanny...pokok mati tu biasa...pastu selalu tnya2 petu org mcm mana nk bg pokok kluarkan hasil n sihat...

      Delete
  8. Oh macam tue rupaya pokok selasih.. tak pernah tahu pun... ingatkan tadi mop itu sejenis tumbuhan yang ditanam juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha...mop tu tanaman alaf baru...xyah ssh2 nk tanam

      Delete
  9. Bagusnya sebab boleh menanam - saya pula tangan panas, asyik mati je kalau saya yang tanam hahaha

    ReplyDelete
  10. kiranya bahagia la jugak ade balkoni tu..blh cucuk tanah letak rak bagai..kite punye balkoni sekangkang arnab jer...x leh nak letak rak.. ngam2 satu pasu jer... *hantuk pale kat bucu balkoni*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee ya ka..ingat balcony i da kecik sgt dah...ada lg kecik rupanya

      Delete
  11. Haha. Lawak pak menteri sayang tu. Kita pun suka bercucuk tanam. Tapi kat rumah flat ni susah. Adalah tanam pokok pandan, kunyit nak buat memasak kan. Btw, bagusnya tengok edible garden tu, sy suka!

    ReplyDelete
  12. Wah rajinnya...kami rumah atas tanah pun malas amat ni adehhhh


    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  13. Yassss edible tu penting. Pergi tepi rumah petik cili padi is lifeee

    ReplyDelete
  14. Balkoni rumah lia kecik. Tak cukup nak gardening. Suka thai basil tu. Kalau order daging bakar mesti ada je ulam tu.

    ReplyDelete
  15. nice effort. I love your green balcony too

    ReplyDelete
  16. Menarik la idea ni. Macam nak try jugak

    ReplyDelete