Indoor plant

12:59 AM

Hai semua. Seperti yang hampa sedia maklum rumah kami da di make over kan oleh laki kami si kontraktor ganas! Ganas sebab dia lempaq habis barang-barang hiasan bini dia seperti bunga hiasan lavender dan tulip kesayangan.....grrrrr. sakit ja hati ni!! Tak lupa juga belanga kesayangan bini dia ni...memang pissed off gila hari tu. Lepas ni kalau masak char kueytiaw pun rasa tak best sebab belanga/wok kesayangan dah takdak!! Paling best dia buat dengan licik masa aku tengah berpantang kat kedah.

Haihhh habis semua bunga-bunga decoration mak ni!!! Arghhhh bikin hangin ja mamat ni tau. Tapi takpa lah, kita deko-deko rumah sekarang dengan more and more indoor plant je lah. Lagipun indoor plant bukan saja nampak "sejuk" mata memandang, indoor plant ni boleh jadi natural air purifier tau! Tak ke jimat tu. Takyah nak beli air purifier mahal-mahal dah.

Jom tengok indoor plant yang aku guna untuk dalam rumah ni.



Best gilos dapat fiddle fig ni RM20 saja dekat nursery yang biasa pi tu. Rezeki la nak dapat harga tu kan.


Ni la money plant. Senang hidup. Suka air yang banyak. Bila ada effect warna hijau daun ni terusss walllaaaa.


Ni selit jugak letak dekat rack hyllis from Ikea 


Yang ni panggil pokok lidah mak mentua. Pun senang hidup dan beranak pinak. Letak dekat trolley Ràskog ni nak comel terus!


Ni anak pokok lidah mak mentu tu. Cabut semai kat dalam mug tak digunakan. Mug jotun, mug free suami dapat bila order berlori-lori tong cat untuk projek cat bangunan bagai. Mak jem kan nak standardize semua mug dan pinggan mangkuk. Yang mana tak sama tu kita tanam la pokok ye. Kan comel je tu.


So korang yang cepat stress kat tempat kerja korang boleh la letak indoor plant dekat atas meja korang habuan nak release stress sikit sebab bila tengok menda-menda hijau ni In Sha Allah mata tu akan jadi tenang. So takdak la focus korang ke laut sangat. Hihihi. Paling senang koramg beli ja money plant or cactus yang memang tak banyak songeh untuk dijaga. Lepas ni memang nak beli cactus la untuk projek terrarium pulak.

Jom deko-deko rumah dengan indoor plant.



You Might Also Like

6 comments

  1. cantiknya ! boleh beli time nk masuk rumah baru nanti

    ReplyDelete
  2. wah cntik.. kemas ja. dan rasa fresh tngok warna hijau. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni part yang kemas..ada part yg serabut jugekk

      Delete
  3. haritu beli lavender... cuba macam ni. last baru 2 mggu dah mati pokok.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah..samala...lavender x sesuai indoor...tpi tu la agk tak sesuai ngn cuaca msia kot...beli yg artificial lavender ja lah😅😅😅

      Delete