Tarikan Terbaru di Pulau Pinang : Design Village Outlet Mall

10:18 AM

Rasanya orang-orang Penang da lama pu serbu Design Village Outlet Mall yang terletak di Batu Kawan ni kan. Ye, aku ja yang ketingalan bhai. Maklumlah, 44 hari siap badan dengan harapan  nak jadi macam RCW ( Haktuihhhh Alia oii😝😝😝)

Yes...orang abih pantang tak sampai 2 weeks da kembali mengganas menyerang ke Mall tanpa belas kasihan. Bagi chance la wei.

Tahan sabar je tau bila Design Village Outlet Mall ni grand opening time aku tengah berpantang tau. Ahh tapi rileks macam la kalau ni aku jenis serbu time-time orang ramai tu. Idok ler teman.

Well at least menjadi salah satu choice untuk kami anak beranak melepak weekend nanti selain dari Gurney Plaza.


I love the surrounding here! So green...i'm in love💕💕💕


Masa kami hari Sabtu lepas, takla berapa ramai orang dah. Tapi ok la, kedai-kedai yang ada pun best-best jugak. I'm hoping there will be Coach Outlet in future...crossing finger...wink2. Dah 4 tahun tak shopping handbag Coach lah. I'm a cheapskate like that.

Selain dari kedai, ada jugak train yang sudah pasti akan meruntun jiwa anak2 hampa. Nasib baik la the fare is ok. Kalau buatnya sekepala RM10 ke atas memang takdak maknanya la. Naik la dengan apaknya sudah. Mama nan hado nak naik kalau fare mahal ke daung. Cheapskate talking here!


Nampak 70% off tu tak?


Tapi paling aku suka sebab ada Cotton On Kids. Yeayyy. Lepas ni baju raya depa 2 beradik borong kat sini ja. Kasut raya mama da nampak da kat Hush Puppies tu jek sebab murah! Tu pun kalau kasut yang duk pakai ni tak melingkup lagi. Heyy kena hingat 2017 tahun berjimat cermat yaww.


Ni haa train ride tu. Maafkan RCW terlebih yeast ni.

Haaa penuh muka aku kan. Kasik chance la. Naik tren ronda2 dalam tu tak sampai 10 minutes. RM5 per ride per person. Aishah je naik for FREE. Yerp menyesal duduk yang open air tu sebab bunyi bising gila dengan bunyi honk2 drebar ketapi ni duk tekan-tekan. So nasihat aku takyah le mengkome gatei2 nak duduk depan konon-konon nak open air la sangat. Ni semua laki aku punya pasal.

Cuma satu la yang aku tak berapa kenan tu sebab kedai makan tak banyak lagi. Ada Wendy, Coffee Bean , Starbucks and food court ( yang nampak asal boleh ja). Hopefully there will be a lot of choices for food places in future kan. 

Korang kalau mai bercuti ke Penang boleh la singah ke Design Village Outlet ni yang terletak di Batu Kawan ni ye. Mungkin dua tiga bulan ni makin meriah dengan banyak lagi outlet-outlet yang bakal dibuka. Finger cross for Coach Outlet yeahh.

Nak tanya, hampa da shopping untuk raya ka? Dengar kata tailor da stop taknak amik tempahan baju raya. Betul ke? Aku pakai baju raya tahun lepas yang baru pakai sekalu tu je..aci dak?

You Might Also Like

4 comments

  1. Bagusnya...ada mall baru kt penang...nanti ada rezeki nak pi penang lagi boleh terjah tq dear

    ReplyDelete
  2. wahh next pit stop dekat penang ni .. leh terjah..

    ReplyDelete
  3. Lama x pi penang..another place to put in my wish list..

    ReplyDelete