Cara simpan susu perahan

2:52 PM

***Disclaimer siap-siap tau. Tujuan post ni untuk bagi few tips about breastfeeding. Tiada tujuan lain di sini.

Hai hampa. Ada first time breastfeeding mom kat sini? Kalau ya, tahniah and selamat berjuang dalam nak complete kan 2 years journey. 2 years breastfeeding journey bukan satu journey yang mudah.

Bercakap tentang pengalaman yang lepas, memang 2 years tu penuh dengan dugaan dan air mata juga la dalam nak menjayakan misi 2 tahun penyusuan susu ibu ni. Lain anak lain ragamnya. Si kakak pattern menyusu lain si adik lain. Memang tak sama.

Tapi entry kali ni nak cerita macam mana nak simpan susu perahan hampa and bagi jimat space kat dalam peti ais hampa.

First of all, kebiasaannya susu perahan awal-awal biasanya kita akan simpan di bahagian chiller. Sebab mana tau kita nak pakai bagi anak minum ka masa kita keluar and tinggal dia kat rumah. Tapi after a few days biasa dalam 4 ke 5 hari kalau tak guna lagi aku suka pindahkan dia ke dalam bahagian beku.


Hasil perahan selalunya time kemuncak dapat banyak time tengah-tengah malam la. 8oz pun boleh dapat.


Berbalik kepada cerita penyimpanan tadi, kiranya dari dalam botol susu, aku akan pindahkan ke dalam plastic storage. Biasa aku guna yang 12oz tu and isikan 6 oz. 6 oz ni untuk dua kali feeding ya. Untuk sekali feeding aku akan letak dalam 3oz satu botol so untuk 1 plastic storage ni akan dapat 2 botol susu 3oz kat dalam dia.



Bila da isi, jangan lupa baringkan dia and susun macam ni. So dia akan leper ja.


Then masa nak bekukan simpan la secara meleper kat dalam tempat beku korang tu. 

Lepas da beku tu, korang boleh la simpan secara menegak dalam tempat letak barang  or bakul yang untuk organize tu. Biasa kat Mr Diy ada banyak jual. So bila korang letak dalam bakul an menegak gitu akan jimat la space dalam peti ais korang.  Aku takleh nak tunjuk sebab aku tak beli lagi bakul untuk simpan tu.  Nanti aku da balik Penang aku update ya macam mana cara aku letak dalam deep freeser aku ya. Sekarang ni mat rumah mak aku, tak boleh la nak ni kan. 

So basically, macam tu la ya kalau nak simpan susu perahan korang supaya senang and jimat space korang. 

Seronok bila tengok hasil perahan macam ni kat dalam peti ais tau. Hope that this post will help you guys yang mana still new to this journey.

Akhir kata, heppy breastfeeding to u and me yang sedang dalam journey breastfeeding ni.



You Might Also Like

2 comments