Tips Melancong Ke Australia

9:24 PM

Salam.

Travelog ke Perth pun x siap2 lagi. Tapi nk share some tips melancong ke Australia. Takpa la kan janji blog ber update dan tak terbengkalai. Maklumlah time-time pantang ni orang tua-tua suruh berehat. Berehat tu maksudnya tidur! Tapi tetap jugak nak share few tips melancong ke Australia.



Oklah first thing first, meh kita bagi tips paling-paling berguna;

1. Kenalpasti musim melawat.

Australia ni negara empat musim yang terbalik dari empat musim di Eropah. So korang masa nak beli tiket flight tu elok check dulu musim apa kat Australia time tu. Bukan apa takut nanti, summer tertukar ke winter, winter tertukar ke summer.

Penting untuk kita tau season untuk preparation ke sana. Kalau time summer tu ok la tak payah nak beli baju sejuk semua, macam kami pi time winter tu memang banyak jugak la kena berangkut dengan cardigan tebal, winter coat bulus2, kasut boots anak lagi. Mana nak beli winter coat murah-murah? Ala, kami beli dekat kedai bundle ja winter coat bulus kami tu. Jimat banyak, bayar RM10 saja instead of RM150++. Lagipun bukan nak pakai selalu kan?

Coat bulus ni beli RM10 ja kat kedai bundle. Okla, pakai pun sedap.

  • Musim panas (summer) – Disember hingga Februari.
  • Musim luruh (autumn) – Mac hingga Mei
  • Musim sejuk (winter) – Jun hingga Ogos.
  • Musim bunga (spring) – September hingga November
2. Nak masuk Australia perlukan Visa.

Untuk masuk ke Australia, memang kena pakai Visa. Visa ni buat tak mahal pun, RM20 saja. Ada juga yang kata kena sampai Aud20. Tapi kami anak beranak kena sorang RM20 ja. Beza banyak kot RM20 dengan AUD20. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Yang berminat nak buat visa RM20 boleh la contact orang ni ya; amirfaisal.latfi@yahoo.com

3. Check facilities hotel/ resort.

Kebanyakkan hotel atau resort di sana sediakan microwave untuk kegunaan pelanggan. Kira BINGO sangat la boleh la masak and reheat apa yang patut. Kami siap masak sardines guna microwave lagi😊😊😊

And boleh check juga katil yang available dalam bilik tu. Kadang-kadang mentioned untuk dua guest tapi diorang sediakan katil king dan katil single. Mula-mula macam kompius juga kata 2 guests tapi ada katil queen and single pulak. Tapi bilik ni da selesa untuk kami tiga beranak hari tu. Empat-empat hotel and resort kami p semua macam tu. So memang quite comfortable la kalau untuk parents and 2 kids pun.

3. Immgiration Australia strict.

Kalau nak tau Immgiration Australia quite strict. Mula-mula masa que untuk check in kat immgiration tu rasa seram jugak la. Tapi bila cakap-cakap tu, diorang ok ja. Tapi tu belum masuk lagi part immgiration Australia check lugage. Bila nampak tong-tong sampah besar kat tepi tempat diorang check lugage tu lagi seremmmmm. Punya pikir selamat tak sambal ikan bilis omak den nanti haaaaaa...

Alhamdulillah semua lepas. Japgi kita share apa yang patut korang buat untuk permudahkan urusan dekat immigration ni.

Oh lagi sstu nak share, makanan atas flight pun korang kena habiskan masa kat dalam flight ya. Kalau masa check tu korang terbawa turun makanan dalam flight korang boleh kena denda tau. NO COMPROMISE gitu.

4. Make a list.

Ok. Ni pun dapat tips ni dari group travel ke Perth jugak la. Based on pengalaman-pengalaman orang lain. Banyak yang suggest untuk buat list of food, drugs/medicine, formula milk yang kita bawak.

Memang sebelum pi ke Perth hari tu, da buat list panjang berjela and print list barang yang bawak hari tu. Memang orang kata details habis la. Sampai immgiration kat sana pun tengok list tu terus puji
"Good, good. This list is good. You guys Malaysians are good."
Kami pun apa lagi, bangga bila orang puji Malaysians are good kannnn.

Alhamdulillah takda pun stock makanan kami yang masuk dalam tong sampah besar tu. And depa check pun gitu-gitu ja. Hat-hat orang lain dari negara lain yang tak buat list memang kena check details.


5. Makanan yang boleh dibawa ke sana.

Paling selamat, korang beli la segala paste dari Brahim tu. Memang berguna sangat-sangat.


Kalau nak bawak beras beli la 1kg dulu yang dalam peket 1kg tu. Jangan pulak amik dari rumah and bawak dalam plastik berikat. Silap-silap kena humban dalam tong sampah. Sebab syarat dia kena seals elok-elok. Sambai ikan bilis omak den tu pun dia tak main ikat-ikat ya. Mama aku siap gunakan hot press untuk sealkan elok-elok. Kalau guna getah memang selamat dah la ya dalam tong sampah.

Oh lagi satu, barang-barang yang ada unsur beef or ayam memang tak boleh bawak ya. Dari ambil risk kena humban dalam tong sampah baik korang tak payah bawak tau.

6. Apa yang menarik pada season di lawati.

To be frank, memang saja kami book masa winter season sebab nak rasa macam mana winter tu. Ya lah, walaupun takda salji pun kat Perth tu and kebaranagkalian nak ada salji kat Perth tu sangat-sangat tipis tapi nak jugak la merasa apa rasa winter tu kan. Asyik rasa panas ja duk kat Malaysia niπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

So memang kami merasa dah la winter and sejuk gedi tu macam mana. Tapi sebab kami pi masa dekat-dekat hujung bulan 8 so kami dapat la tengok si tulips yang cantik sangat-sangat tu.


Walaupun tak sebanyak kat Holland, okla dapat juga pegang and cium bunga tulip ni. 
Ni dekat Araluen Bontanics Park.

7. Rancang perjalanan.

Rancang perjalanan atau itinerary anda dengan mengambil kira jarak dan masa yang diperlukan dari satu tempat ke satu tempat. Paling senang guna Google Maps untuk tau jarak dan masa yang diperlukan untuk travel dari satu tempat ke tempat yang lain. Kalau just stay kat satu tempat and stay kat city area is OK. Tapi kena tau ya, kebanyakkan tempat dekat Australia masa beroperasi tamat pukul 5petang ya.

Sama jugak dengan supermarket. Tutup awal ya. Coles ja hari tu yang perasan tutup pukul 8malam. Tu pun 8 malam sana rasa mcm 11 malam kat sini. Oh ya, dekat sana kalau nak drive jauh2 make sure korang sampai last put stop korang sebelum pukul 6 macam tu. Sebab pukul 6 pun jalan dah gelap sangat and takda kereta pun akan ada kat jalan-jalan highway yang jauh ke dalam tu.

Google Maps yang banyak membantu kami buat intinerary masa ke Western Australia.

Sebab tu kami kata kami tak puas lagi untuk travel ke Western Australia side. Sebab banyak lagi tempat yang kami tak cover.

8. Sentiasa bawa botol kosong ke mana-mana.

Ni paling-paling kritikal la. Sebab kat sana toilet dia memang takda pili ya. Kami memang sentiasa ja bawak botol air kosong ke mana-mana habuan nanti nak pi toilet ja senang.


Mampu nak celet-celet dengan tisu aje?
Idok le teman oi.


9. Isi minyak 

Bagi korang yang travel kat sana guna kereta sewa, dinasihatkan untuk isi tank minyak korang dekat bandar-bandar sebab harga minyak dekat city lebih murah compared to kawasan-kawasan pedalaman. Kami memang isi full tank setiap kali sampai ke city sebab nak berjimat. 
Kalau nak compare dengan minyak kita untuk taraf hidup diorang, minyak diorang lebih murah compared to nilai minyak kita dengan taraf hidup kita. 
Apa boleh buat kan...

Ni la sedikit tips yang nak share dengan korang pasal tips melancong ke bumi kangaroo and koala tu. Kalau ada pertambahan nanti kita update lagi di masa hadapan.





You Might Also Like

7 comments

  1. Sha pernah pergi Aussie sekali. Melbourne. Memang strict sikit. Kitorang kena tarik bawa masuk kena hidu anjing semua. Maybe sebab pakai tudung ye jugak kot. Btw, first time datang sini. Salam kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya diorg takla racist mcm US tp ok ja la..
      Btw tq for dropping by

      Delete
  2. nti lau ada rezeki pi sana..boleh lah alia tunjuk ajar ku sifu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah..yg mana tau boleh la share2..

      Delete
  3. Nice tips ada..dh take note..tq tau..😘😘😘

    ReplyDelete
  4. nak tanya, utk Brahim tu, is it okay kalau ada daging/ayam?

    ReplyDelete