Senarai keperluan bayi dan ibu ke hospital

12:20 AM



Sedar tak sedar sat ja dah nak masuk 34 weeks. Memang kali ni nak kata dugaan mengandung kali ni pun kalau ikutkan lain la jugak dari dugaan mengandung Si Adriana dulu. Sebab tu la orang kata setiap anak tu tak sama kan.

Dup dap dup dap gak sebenarnya ni tau. Satu sebab harap-harap sangat la kali ni boleh normal deliver si adik ni. Tak sanggup lagi nak rasa ngeri and nyilu lepas csec tu. Memang la tak rasa apa masa nak deliver tu, tapi hanya Allah je tau perasan bila doc bagitau kena csec sebab baby da lemas time tu. T__T
tapi tak pe lah, mana-mana pun takpa janji baby selamat dan sehat ye dak.

Kalau ikutkan si Adriana dulu masa 37weeks 3 days da beranak dah. So possibility nak keluar awal tu ada la jugak kan. Ye dak? Barang-barang pun alhamdulillah duk prepare da. Cuma tak masuk-masuk lagi ja dalam bag. 


Perasaan tu of course bercampur baur. Ada rasa cuak, ada rasa takut. Allah ja lah yang Maha Mengetahui kan. Tapi at the same time tak sabar jugak nak jumpa dengan si montel dalam perut tu.

Jom kita semak checklist untuk ke hospital:

Senarai Keperluan Bayi


2 helai tuala mandi
2 helai selimut
20 helai pampers
4 helai baju
4 pasang seluar panjang
4 pasang mitten & booties
2 helai receiving blanket/ napkin untuk bedung baby




Senarai Keperluan untuk Si Mama:



1 helai tuala mandi
1 helai tuala muka
1 pek besar pad (overnite-aku memang prefer pakai overnite masa confinement)
3 helai baju tidur (bawak lebih pun xpa, kalau kena cser lama jugak dekat hospital)
2-3 pasang stokin
1 pasang selipar
3 helai nursing bra
6 helai seluar dalam
barang mandian
bedak nak tempek masa nak balik (tapi aku nak feeling2 che ta leh dak kali ni buh mascara n lipstick skit)
pakaian balik ke rumah
breastpump (untuk elak bengkak susu or nak stimulate pengeluaran susu masa awal2)
susu/ horlicks / milo
thermos + mug
IC mama
buku merah check up tu.


Perghhhh banyak nau mama kena bawak barang mama ni nanti. Waduh2 nasib deliver kat HSB. Ada angah n mama boleh tolong tengok2 kan. 




Macam da tak nyabor nak start balik BF session ni. Rindu bonding ngn anak. Kak Nena da tak heran dah ngn mama baby boo. Nanti baby boo geng ngn mama ya. Biaq kak nena geng ngn papa.

Korang-korang doakan urusan aku dipermudahkan ya.

Segala salah silap mohon diampunkan.








You Might Also Like

2 comments

  1. In sya Allah.. Reen pregnent dan nak bersalin nanti, boleh guna tips Alia. Doakan Reen ya 💋

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah reen.
      Alia doakan Reen pun merasa detik2 mcm ni

      Delete