Travelog Perth : Day 3, Mandurah

12:02 PM

Perjalanan untuk hari Ke 3 di bumi Perth, Western Australia agak jauh. First pit stop untuk hari ketiga adalah Mandurah. Mandurah ni terkenal sebagai bandar kedua terbesar di Perth, Western Australia. Ni. Untuk pengetahuan, Mandurah ni jugak terkenal sebagai pusat pelancongan di WA kerana menjadi lokasi tumpuan ikan lumba-lumba/ dolphin. Paling femes di Mandurah ni tak lain tak bukan Mandurah Cruise.

Masa hari ketiga ni, seawal pukul 4.30 am aku da bangun untuk sediakan breakfast dan bento untuk perjalanan jauh kami kali ni.

Suasana pagi di Scarborough. Tenang ja rasa. Pukul 6 am kalau tak silap time ni.

Pagi terakhir di Scarborough.

Penginapan kami di Scarborough selama 2 malam. Hotel lama, tapi bilik agak besar. Ada katil queen dan single bed. Kalau 4 beranak pun muat lagi ni. Siap ada pakej microwave. Ni paling suka sebab ada microwave.

Pukul 7.30am da gerak dari Scarborough untuk ke Mandurah. Agak jauh jugak ya. Kebetulan pagi2 kan takut jugak la jam ke apa ka. In case la, kena well prepared. Rancang perjalanan tu paling penting.



Senang sebagai rujukan. Masa kami nak pi tu hujan and ada jalan tengah buat or maintenance something like dat so kami punya perjalanan sangkut jugak la. Lebih kurang 1 jam 30 minit jugak la kalau tak silap.

Sehari sebelum ke Mandurah aku da email siap2 pihak Mandurah Cruise untuk book seat kami anak beranak untuk cruise pukul 10. Kelam kabut jugak bila menghadap jam sepanjang kat Perth city tu. Sempat ke tak sampai ni haaa. Bukan boleh main pecut macam kt Malaysia cerita dia ni. Lap peluh jugak la walaupun time tu tengah sejuk gedi. Sekali check-check emel diorang cakap yang trip pukul 10 delay bawak ke pukul 11 due to weather. Fuhhh selamat jang. Time tu memang da nak dekat2 Mandurah dah bila baca emel tu. Pukul 9.30am kalau tak silap. 

Ni lah dia office Mandurah Cruise tu. Dalam tu ada sourvenier shop jugak tapi aku tak beli pun sebab agak mahal kan.

Masa sampai kat Mandurah tu memang tengah hujan and angin tengah kuat jugak la. Adoi nak terkucil ja rasa. Lapaq semua pakej lengkap. 

Masa kat dalam Mandurah Cruise pnya shop/office tu tanya la yang pukul 11 ni ok ke nak jalan sebab tgh hujan ni, dia cakap ok sebab this trip use a bigger cruise compared yang pukul 10am tadi. Ok lega mak dengar tau.

Jalan punya jalan dalam hujan tu sekali nampak Cicirello apa lagi terus serbu la. Lapaq kot. Dah la sejuk. Masuk2 terus order and pilih duk dekat dengan heater. Kalau kat Malaysia asyik nak cari port ada kipas or ekon..sini xdak maknanya lahai.


Budak kelaparan ni makan chips dulu sebelum makanan sampai.

Mama pun nak posing gak ngan sweater bulus2 mama ni.


Shrimp pasta dia sedap gilos. Big potion, ckup kami 3 beranak makan dengan pelahapnya.
Harga dalam Aud15.90 mcm tu kalau tak silap.

Calamari rings. Rasa mcm biasa2 je. Tapi better la dari order sotong goreng tepung tapi yang mai cucoq sotong kan.
Harga Aud6.90

Haa kat depan tu la kami nak naik cruise.

Hujan pun hujan la janji boleh tengok dolphin kan..




Selfie la anak beranak.

Ada saty time tu Adriana menjerit mana-mana dolphin. ALLAH malunya la dia ni buat lawak apa pulak dah.

Sepanjang pelayaran tu memang akan lalu kawasan-kawasan rumah di tepi teluk ke apa ya orang panggil ni yek. Tapi setiap rumah memang stok kaya2 ada kapal la semua nya. Apa la bisnes depa ni ya.


Dua gambar di atas dari pakcik gugel, ni some ideas la bentuk geography Mandurah ya. Dia macam teluk ke apa orang panggil pastu macam masuk ke dalam pastu sebab tu la selamba ja dolphin2 tu jinak kemain main2 kt depan2 rumah org tu. Ehh manja sangat. Macam nak lepuk2 je sebab aku tak sempat pun nak tangkap gmbaq sekoq pun dolphin.


Sepanjang 1.5hrs pnya pelayaran ni selain dari tengok dolphin, duk ternganga tengok rumah2 besar dengan kapal2 besar la kt depan rumah depa. Baik punya parking.


The biggest house kat sini bak kata travel guide tu. Ada 8 rooms n 8 bathrooms. Walaweh.


Verangan tak sudah2 bila tengok gambar rumah ni. Bestnya2. Dah la depan rumah dolphin duk mai main mcm tu ja. Tak payah nak pi jauh2 pun.

Jangan tanya aku mana gambar dolphin ya. Penat aku pegang camera standby nak tangkap gmbaq depa, time aku tak ready la depa nak munculkan diri. Last2 aku enjoy tengok depa without capturing them. Yalah, nak menghayati rumah2 mewah tu lagi, dolphin lagi. Arghhh biarlah tersemadi di dalam otak aku ni je lah.

Oh ya bagi yang bertanyakan berapa fees Mandurah Cruise ni, korang boleh click SINI ya.

 Fees biasanya untuk:
Adult: Aud28
Kid(3 -14yo): Aud14

Tapi untuk trip kami ni, kami kira lucky jugak sebab survet dekat Group on Australia-Perth ada promo untuk ticket Mandurah Cruise ni. Untuk trip ni kami dapat untuk family tickets( 2 Adults, 2 kids) cuma Aud39. Mana nak dapat oii rega tiket gitu. Walaupun kami bertiga ja stil consider cheap gila kot Aud39 tu.

Lepas ja selesai 1.5hr cruising sepanjang kawasan Mandurah tengok dolphin dan rumah2 org kaya tu, maka kami pun kena la sekali lagi merentas hujan rintik. Dia punya rintik tu mai sekali ngan angin, terasa wei sampai ke tulang sejuk dia walaupun lemak aku berjuntai-juntai. Arghhh stresss asyik nak terkucil ja. Sebab tu kat sana jarang aku minuk air sebab takut nak terkucil dengan cuaca maciam tu. Abeh kering tangan n muka mak tauuu.

Setelah berlari2 dalam hujan, maka pantas kami menyerang Chocolatier San Churros yang terletak bersebelahan ja dengan Cicirellos. Hai laaa....

Raksa gorgon mnyerang.


Adoih. Stress aku tengok gmbar churros ni. Serius memang sedap dah la panjang nak mampusss. Kat Msia kontot2 ja. Apa la yang cuba digambarkan dengan churros kontot gitu kan. Gila kedekut. Guna tepung and butter je kot!!! Sila jangan suruh aku buat sendiri ok. Mood memasak aku ke laut Indian Ocean sekarang. Paling dalam sekali. 

Perjalanan kami diteruskan lagi lepas ja melantak churros sedap tu. Lepas ja isi minyak terus amik turn untuk drive, husband aku da nak demam time tu. Selsema tahap air hingus turun meleleh2 ja. Oh ya kat Aus ni, isi minyak dulu penuh2 then baru bayar. Kalau kat Malaysia ka buat macam tu mau bankrap semua petrol pump. Kahkahkah.

Plan asal nak singgah Bunburry tapi check punya check terpaksa skip sebab dah lewat. Maka kami terus ke Busselton.

Till the next one ya. 

Stay tune







You Might Also Like

18 comments

  1. Bestnya..nt kalau p Aus..boleh refer ur blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee...kami kaver skit ja ni alin....
      Aus tu besau sangat...duduk stahun pun ssh nak cover habis rasanya

      Delete
  2. bestnye!!! nk gak pi Perth. Bestnye naik Cruise!

    ReplyDelete
  3. fuyoo ade rezeki sy lak ke sane ye kak heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah...akk doakan awk dpt p perth 1 hr nnt

      Delete
  4. Salam Ziarah..

    selamat hari raya haji sis... seronoknya pergi bercuti jauh2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...
      Tq ziarah sis...
      Selamat hari raya aidil adha jugak utk sis...
      Seronok jln2 ni sbb nk tgk tmpt org..
      Budaya depa..yg mana baik boleh jadikan cth..yg x elok tu jadikan sempadan­čśŐ

      Delete
  5. tudia 6pagi dah terang benderang
    tgk cuaca sana pun sejuk alia woiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sana terang awai..gelap pun awai..kul 8 mlm da rsa mcm 10 mlm dah

      Delete
  6. best!! seronok baca travel entry kasi semangat nak gi merantau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila p merantau tmpt org...
      Boleh tgk apa yg best apa yg x best di sesuatu tmpt tu kan

      Delete
  7. Replies
    1. Hahahah...pantang btul bila dpt cucoq sotong instead of sotong celup tepung

      Delete


  8. Good day: you need an urgent loan to solve your financial needs, we offer a range from $ 5,000.00 to $ 10,000,000.00 loan Max, we are reliable, efficient, fast and dynamic, with a 100% guaranteed and we also gives credit to (. euros, pounds and dollars) the interest rate applicable to all payday loans (3%), if you are interested get back to us through ( ddffunds@gmail.com ) with the information below: full name: Country: Amount of the loan Address: Duration: Age: Gender: Occupation: phone number: Thanks. I await your urgent response


    Whats app +919650892379

    ReplyDelete



  9. Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
    in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
    categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
    loan at 3% interest rate, Contact us via email:
    trustedbusiness01@gmail.com

    (1) Full Name
    (2) Full Address
    (3) Country
    (4) Age
    (5) Occupation
    (6) Tell phone number
    (7) Sex:
    (8) Loan Amount needed:
    (9) Loan Duration

    Email us at: trustedbusiness01@gmail.com

    ReplyDelete