Travelog Perth : Day 2 , Caversham Wildlife Park

11:28 PM

So back to Travelog Perth pnya ceritera, from Fremantle kitaorang gerak terus ke Caversham Wildlife Park. Dalam pukul 12 mcm tu.

Jarak lebih kurang 43km dari Fremantle ya. Around 54mins jugak.

Korang2 yang nak tau and rancang routes korang boleh la guna google maps ya. From there korang boleh tau jarak n masa yang diambil untuk travel dari saty tempat ke tempat yang lain ya. 

Actually Caversham Wildlife Park ni terletak dalam kawasan Whiteman Park ya. Dalam Whiteman Park ni ada macam2 park tau. Ada Motor Museum la, War Museum la apa bagai. Tapi kami hanya p ke Caversham Wildlife Park saja ya.


Ni la dia entrance kat Caversham Wildlife Park tu.

Entrance Fee:
Adult: Aud 28
Kid(3-14yo) :Aud12.50

Masa kami tu untuk Malindo customer ada 15% off tau kalau hampa masuk Caversham Wildlife Park tu. Janji kena bawak boarding pass hampa la ya.



Masa masuk-masuk tu kagum la jugak ada kertas tulis macam ni kan. Tak sangka pulak Bahasa Melayu jadi lingua franca mat sana. In fact masa kat Immigration hari tu pun ada officer dia mem tu siap greets kitaorg dalam Malay lagi tanya ada bawak ikan bilis or apa2 lagi. Gila tak kagum?

Perak sat tengok Wallaby. Aku ingatkan kangaroo. Rupa da sama. Kalau orang tanya aku mesti aku kata kangaroo ja sebab sama.

Wallaby. Aku ni asyik duk kompius la apa beza wallaby dengan kangaroo tu kan, so apa lagi sila lah bertnya kepada petugas2 di situ. Rupa-rupanya Wallabies ni ada 30 jenis spesis, while kangaroo cuma ada 3 jnis spesis saja. Kalau nak compared size, Wallabies ni kecik skit compare dengan kangaroo. 

Jom tour sekeliling kawasan.

Ada macam-macam sides tau. Koala, quokka, wombat. Pendek kata yang special-special yang ada kt Aus sana tu la.


Haaa apa lagi masuk feeding kangaroo la dulu.


Heran tak takut pulak mek ni.


Siap cakap-cakap and pujuk lagi suruh kangaroo tu makan.


Da besar anak dara kami bila tengok gambar ni.

Si papa pun nak feeding si Kangaroo.



Mama pun xmau kalah la kan.



Haa ni masa Show Wombat & Friends.


Time ni aku tengah beratur untuk bergmbar dengan Si Wombat tu.




Yang dua lagi da selamat bergambar dengan si ular tu. Euhhh geli aku. Ni tengok gmbaq ni pun aku geli geleman. Si kenit tu siap cakap aku apa la mama ni, dengan ulat pun takut. Dia bukan buat apa pun.

Hello sayang, ulat pun mama geli..ni kan pulak ulaq ok syg!



Our turn bergambar dengan Si Wombat. Berani betul la si kenit tu pegang2 usap2 si Wombat ni. Aku ni jugak yang takut2.




Dengan si mama koala n lil joey inside the pouch. Kat sana, anak2 koala ke kangaroo ke quokka ke wallaby ka klau duk dlm pouch depa panggil Si Joey. Dengan kami2 la si Joey kan.

Orang nak tangkap gmbar dia sibuk nak pegang2 koala tu. Alahai kak nena, awak ni tak tau takut ka sayang?

Lepas ja jalan-jalan pusing2 lagi maka aku pun dengan kepenatan yang amat dasyat cakap la aku nak p lepak kt cafe dia ja. Yang si papa n kak nena sibuk nk p tengok reptile. Eeeiii tak koser mak. P la korang 2 orang ya. Mama nk releks kat cafe dia jap. 

Sebenarnya lapaq tapi lupa pulak nak bawak turun nasi goreng yang tapau pagi tadi. Sabor je lah. So apa lagi. Tengok la apa yg ada di cafe.

Susu ni sedap nak mati!! Aku bagi laki aku rasa skit ja..pastu aku sruh dia p beli sendiri. Tak koser mak nak share2. Makan pulak dengan quiche spinach +tunaaa...
Perghhhh meleleh bila teringat. 
Quiche tu boleh pulak aku lupa nak snap kan.


So selesai ja makan, masing2 pakat serbu toilet. Yang paling bestnya, ni la satu2 nya toilet kt Perth yang ada PILI ok! Diulang ada PILI. dia punya nikmat jumpa toilet ada pili tu ssh nak cakap hokey... hahaha hoveer tauu. Lepas ja buang apa yang patut kat toilet tu  maka kitaorang pun gerak balik ke Scarborough. 

Jarak Caversham Wildlife Park ke Scarborough lebih kurang 26km, means lebih kurang 30min macam tu la kan. Elok sampai ja Scarborough kami singgah ke Coles. Coles ni pun dekat ja dengan hotel yang kami stay. Belakang skit ja pun.



Apa lagiii...grab 3 terus habuan untuk long distance keesokkan harinya.

Lobster weiiii baru Aud19.90. Untuk makan malam.

Nak tau berapa udang ni??
3 cucuk ni baru Aud1.50. Macam bonggok ja p amik 3 cucuk. Ni habuan umtuk masak bekal esoknya nak berjalan jauh. Masak sambal je.

Makan malam kami 3 beranak malam tu. Simple ja tapi berebut2 anak beranak.

Malam tu tidur awal la jugak. Pukul 10 da tdur dah. Terbiasa kat sana tidur awal kan. Ya lah sebab awal pagi dah nak kena bangun untuk masak bekal untuk perjalanan jauh ke Augusta pulak kan.

Nanti kita continue pasal Mandurah pulak ya.

Tata.



You Might Also Like

4 comments

  1. haritu ada prasan hari gi sana flight murah gila yak..

    bestnya.. harap ada peluang jugak pi sana.

    ReplyDelete
  2. pasni kena repeat selalu lah aliaaa
    sbb baby dah terkenan kat sana kut hahaha
    ke mama dia yg terkenan hahaha kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Botak kepala bapak dia nnt๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

      Delete