Produk review : SAFI Shayla Pek Fleksi

2:40 AM

Industri syampu diraikan dengan inovasi terkini
SAFI Shayla Pek Fleksi: Pelbagai fungsi untuk lebih jimat tanpa kompromi


Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.

Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikannilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkansatu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.

SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. DenganSAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupunsebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shaylamelengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”



Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.


Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Dan untuk pengetahuan hampa semua, Safi Shayla ni shampoo dan conditioner dia semua best-best. Sebab apa kami kata best, sebab kami ni memang dah dekat 2 tahun gak pakai Safi Shayla ni lagi-lagi sebab apa kami suka Safi Shayla ni sebab shampoo dan conditioner dia diperkaya dengan habbatus sauda. Seperti yang kita tau kan, habbatus sauda ni mempunyai kandungan anti-radang, anti-bakteria dan anti-oksidan. And yang paling penting dia boleh mengurangkan keguguran rambut dan mempercepatkan pertumbuhan rambut baru. Yang keguguran rambut tu memang proven la untuk kes aku, Yang mempercepatkan pertumbuhan rambut tu kena check bali sebab my hair memang cepat panjang.

And kalau nak tau, Safi Shayla Pek Fleksi ni ada tujuh jenis pek ya. Setiap pek mengikut warna ada fungsi yang berlainan juga ya.


Jom kita tengok fungsi setiap pek berbagai warna ni:

HIJAU- segar bergaya
BIRU- anti kelumumur
UNGU- licin terurus
HITAM- hitam menawan
KUNING- kawalan minyak
MERAH- rambut rosak
HIJAU EMERALD- itch control

Biasanya kalau aku beli, memang aku prefer yang kaler kuning sebab aku ni memang mempunyai masalah kulit kepala berminyak. So selang dua hari biasanya, hair stylist aku suggestkan aku untuk cuci/syampu rambut ya untuk bersihkan scalp aku. Biasa kalau terlampau oily scalp aku, mulalah pores akan tersumbat lepas tersumbat tu akan lead pulak rambut gugur. Bila da gugur mula la nak stress! OH NO kan. Dengan adanya pek fleksi macam ni aku dapat la berjimatkan sebab pek dia pun lebih besar dari yang botol dia yang besar tu. Plus senang gak nak bawak ke mana-mana kan. Dan yang PALING PENTING, ENVIRONMENTAL FRIENDLY gitew haa. Dapat jimatkan pengunaan botol dan waste dari botol.



Lepas ni senang dah nak angkut balik kampung ke travel ke mana- mana ke. Orang macam aku ni memang kuat syampu rambut. Tak boleh la kalau berhari-hari tak cuci rambut.


Bila rambut and kulit kepala selesa, maka bila pakai tudung pun rasa selesa saja. Automatic boost kita punya confident level tau.


Kepada hampa-hampa yang mencari syampu Safi Shayla Pek Fleksi ni, jangan lupa dapatkan di hipermarket yang berdekatan dengan hampa, In Sha Allah jumpa punya la. Jom ber-Shayla di samping menyelamatkan Bumi kita dengan Go Green with Safi Shayla Pek Fleksi ni.





You Might Also Like

8 comments

  1. Reen guna warna hijau.. ;p selesa guna shampoo Shayla. Bau pun wangi..

    ReplyDelete
  2. perghh shawl pink gitewww
    haaa wangi kan syampo safi ni
    sesuai utk hijabista mcm kita tettttt hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijabista gitewww haaa...
      Sambil2 flip shawl

      Delete
  3. OMG so sweet. Comelnye tudung pink tuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  4. dh try pink dgn biru.. memang wangi di tahan lama kt rambut. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...akk ni mmg syampu jnis cepat abih sbb 2 hari s3kali mmg kena syampu....sedap ja pkai ni

      Delete