Kebun balcony apartment

9:57 PM

Saja nak update perkembangan kebun kt balcony dengan kat luar rumah belah satu lagi tu. Sebab ada jugak yang telah tamat riwayat masa ditinggalkan oleh owner dia ni untuk ke bumi Kangaroo dan Koala.

Kita mana boleh tengok pokok kita mati!!!
So hasilnya, kebun balcony ni harus dihijaukan kembali.

Process semai benih baru. Hopefully hidup dengan sihatnya.

Selain tanam pokok3 herba, pokok2 bunga pun pilihan hati jugak!

Sebelah pokok bunga tu pokok ketumbar jawa atau nama omputihnya Culantro.

Pokok cabai jambak kot

Daun bawang. Dari kena beli agak-agak nampak bawang tu nak naik daun letak ja kat tanah terus haa. Dapat gak hasil. Paling senang hidup!

Rosemary, sweet basils, selasih( thai basils ) n pegaga.

Ni pokok lemon. Cepat la sayang berbuah😊😊😊

Ni kat bahagian luar rumah dekat pintu masuk tu. Ada pokok kari, pandan, aloevera, halia, kunyit n latest baru semai lemongrass!


Harap-harap semua pokok ni hidup baik2 ya. Nak pokok sehat kena selalu bajakan and sembur racun organik kat pokok. Tanah pun kalau mampat kena gembur-gemburkan.

Tu ja lah nak update pasal kebun kt tingkat 6 ni haaa. Walaupun rumah tak landed tapi jiwa berkebun tu tetap hadooo. Ko hado?



You Might Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. Alia guna baja kopi dengan baja organik yg buat sendiri ja ekin...

      Delete
  2. Rajinnya.. niat dihati Reen nak menanam juga, tapi sampai sekarang tak buat.. buat. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah...
      Reen jom la berkebun beramai2...
      Seronok tau tgk hasil dia...
      Terapi untuk mata

      Delete