Review | Perasmian Pembukaan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani Kedah

9:37 PM

***Entry tertunggak***

Perasmian Pembukaan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani Kedah


Pada 26 Disember 2015 aritu,team mak jem dari #projekbloggerutara diberi kepercayaan untuk review Pembukaan Perasmian MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani Kedah ni..tapi mak jem tak dapat join sebab time tu duk ada kt Krabi


MBO Cinemas telah membuka pawangan terbarunya di Malaysia bertempat di Central Square, Sungai Petani dan kini menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara.

Pawangan yang ke-26 ini oleh MBO Cinemas
menyediakan lapan dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk, dengan dewan terbesar mampu menampung sehingga hampir 300 orang.



ni la dia geng2 Projek Blogger Utara kami yang p hari tu



Yang bestnya masa perasmian hari tu, ada kumpulan ZERO MAHARAJALAWAK hampa tau dak. Kompem la hat mai tu tak kering gusi dibuat kumpulan ZERO ni.


Sempena perasmian MBO Sungai Petani, Cheah Chuan Wai, Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas berkata pada majlis pembukaan rasmi ; "Ini adalah hari istimewa kerana Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall di ibu negeri ini dan juga Landmark Central Kulim.


Tambah Mr. Cheah lagi pawagam MBO adalah antara yang pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrinnya.

Selain itu para pengunjung MBO Cinemas boleh menyertai secara percuma dan mendapat kelebihan dengan MBO Star Club terkini di mana sebagai ahli All Star mereka layak menggunakan Star Points untuk menebus tiket wayang percuma, popcorn, minuman dan barangan eksklusif premium.
MBO Cinemas memberikan pengalaman yang terbaik dalam hiburan filem kepada penduduk sekitar Sungai Petani dan rakyat Kedah serta pengunjung dan pelancong ke kawasan Utara.


Di samping itu juga MBO Cinemas menawarkan perbagai faedah dan keistimewaan untuk ahlinya dengan membolehkan mereka menggunakan lorong istimewa keahlian, mendapat tiket filem percuma pada bulan hari jadi serta menikmati tayangan percuma khas untuk ahli sahaja.

Tempahan tiket secara atas talian juga amat mudah dan senang dengan menggunakan telefon bimbit dan tidak dikenakan sebarang bayaran tempahan.

Satu lagi tarikan di MBO Cinemas adalah harga tiketnya adalah sama biarpun tayangan filem 2D atau 3D.Untuk tayangan 3D pengunjung hanya perlu membeli kacamata 3D dengan harga RM3.

Untuk mengetahui tawaran menarik dari MBO Cinemas bolehlah layari www.mbocinemas.com


Terima kasih buat MBO Cinemas dan Integrated Public Relations (IPR) kerana menjemput team Projek Blogger Utara ke majlis perasmian pembukaan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani.



Team Projek Blogger Utara bersama kumpulan ZERO.


You Might Also Like

6 comments

  1. amboi blk holiday boleh laa p mewayang plok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm xleh ja...jauh..permintaan nk tgk wyg jauh2 ni sure di rejek

      Delete
  2. untunglah depa @projekbloggerutara..p mana2 pun kecoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan untung lah kan...
      P mana2 pun ada muka org tuuu....

      Delete
  3. Hamboi.. sakan depa pi review no...
    Jeles nie...

    ReplyDelete