Teruknya lahai hospital kerajaan ni

8:03 AM

Terpampang la kat media-media sosial macam fb tu bad service hospital kerajaan. Nak beranak kena tidoq atas lantai la. Aduhhhh memang aku takleh nak hadam sangat cita ni oii.

Tu belum lagi cerita misi gila nak tengok konek lelaki. Doktor laki pulak berebut-rebut nak tengok faraj mak-mak nak bersalin. Nah amik kau faraj lagi haaa..

Kalau nak ikutkan pengalaman aku, aku memang check up masa mengandung kat government ja. Klinik Desa Juru n Klinik Kesihatan Bukit Minyak. Sekali sekala ja balik scan kt angah kt HBSB. Pernah 1 kali scan dekat Pearl Maternity kat Penang ni and 3D scan dekat Mahsuri Jitra tu. Ikutkan semua pengalaman aku kat tempat-tempat ni semua ok ja.

Klinik Desa Juru paling lama aku tunggu turn utk misi check heartbeat baby aku semua cuma lah 30 minit. Klinik Kesihatan Bukit Minyak la yang lama berjam-jam pun. Tunggu dari pagi kul 12.30 pun x setel lagi. Perut lapaq n klinik tu pulak panas nak mampos oi almaklumlah klinik lama. Sekarang dah rasmi guna yang baru and I can't wait to try. Tapi bila time doctor check tu ok ja. Siap dia explain satu2. Cari heartbeat baby slow-slow and ajaq aku tengok kaki la jantina la kepala la apa la (walhal aku tak paham n nampak pun okey!

Disebabkan tu jugak la dari nak amik half day off terus jadi full day off. Hahaha. Ater da abih kul 12.30. Nak makan lagi. Pompuan mngandung kan slow. Dah taraf2 ikan paus slow mo la jadiknya.

So bila aku da cerdik sikit. Bila ada check up kat KD n depa nk refer aku ke KK..aku akan mntak check tengah hari. Elok aku keluaq dari kilang kul 1.15 tu. Sampai dalam kul 1.40 mcm tu. Tunggu2 main tenet sat. Pintu bukak aku org first yang masuk. Fuhhh lega. 2.30 da siap boleh balik lena lagi kat rumah.fuhhhh lega wei. Lagi 1 nak habaq na, kat KK biasanya depa pakai system kwasan ok. Contohnya untuk kawasan Juru ni akan kena check up kat KK setiap hari Khamis setiap minggu. Hari lain utk kawasan lain pulak. Jangan la hampa suka2 p terjah tak ikut kawasan. Depa pun ada system depa nak kena follow kak oi. Ni pun untuk kemudahan bersama jugak. Kalau semua mai serentak bayangkan la macam mana jadinya.

Pernah masa mengandung disebabkan false contraction / braxton hicks masa 33 weeks aku kena tahan kat Hospital Seberang Jaya. Mak oiiii masa duk check CTG kat dalam bilik tu aku dengaq la riuh rendah mak2 dalam tu duk mengerang sakit. Ada yang SAKITTTT MISSIIII...ada yang AYOYO...AYOYO. memang riuh la padahal da pukul 1 pgi time tu. Tu belum lagi misi-misi duk amik order tengah2 malam nak makan apa. Nasik goreng kampung la nasik pataya la nasik kandaq la. Aku ni haa telan ja la ayaq lioq.

2 hari kena tahan kat HSJ. fuhhh azab. Dengan crowded nya. Memang diakui la ada misi2 yang cengey macam kena makan dengan tebuan. Ada la yang berdrama ayaq mata sebab sakit. Kalau aku nak bersalin, memang awai-awai aku lari p GH Penang kalau terpaksa. Sebab angah pun cakap GH penang lenggang sebab orang-orang kat Penang byk bersalin kat private. Otak aku memang da set kalau tak sempat lari balik Jitra memang aku p lari beranak kat GH Penang ja lah. Azab aku tengok kat seberang jaya tu. Dah la hospital lama, bilik ayaq pun eerie wei.

Tapi Allah permudahkan urusan aku, masa nak bersalin tu aku ingat lagi time tu baru 37weeks+ so memang aku asyik rasa senak macam nak berak pun ada. Aku memang sungguh-sungguh tahap killer whales dah. Slow mo gila. Perut pun melayut-layut. Aku siap da kawtim la ngan doktor aku sorg tu nak amik MC ja kan. Penat ahhh nak usung perut boyot aku tu kat production. Dengan bau chemicals lagi. Aiyoooo.

Alhamdulillah dapat beranak di HSB seperti yang aku rancang. Layanan memang first class. Hospital pun baru kan. Dapat pulak bilik yang sorang tu. Lega laaaa. Tapi sunyi gak la kan. First and second day tu aku memang xbf lagi Adriana sebab susu tak keluaq lagi. Pastu nanti siap ada misi yang bahagian penyusuan lagi mai courage pasal bf tau. Terharu mak jem oi. Memang overall aku berterima kasih sangat-sangat lah kat staff2 wad bersalin kt HSB tu haaa.

Ok la mai cerita part baby pulak, seingat-ingat aku masa Adriana masuk 4 bulan kot dia ada demam-demam and batuk-batuk. Time tu memang da risau. Mau tak mau memang time tu bawak dia p HSJ. Memang kena tahan la jawabnya, doctors semua ok. But the annoying parts are, kalau ada 10 orang doctors wat ward round, 10 orang la hang kena jawab soalan yang sama. Yang tu memang aku nak bebai gak la. Can't u just read the report. Aku da explained in details habis da kot. But knowing they just following their procedure aku layankan ja lah. Banyak yang menanya pun HO gak. Satg tak tanya kena bambu ngn MO depa pulak. Kesian pulak kan. Pastu part katil rapat2 tu la yang agak sadis. Dah la dengan nak bf Adriana lagi kan. So dari situ la husband aku nekad amik AIA insurrance untuk kami anak beranak. Geng-geng Prudential jangan la sentap pulak aku takmau amik Prudential naa. Aku memang taknak Prudential pun, memang dari awal2 da suruh husband aku sign up for AIA. So stop asking why AIA? sambil wat muka cencorot tu naa.

Ok since da ada inssurance, mesti la sakit nak guna inssurace and check in private hospital kan? Ye dak??? So ada satu time tu Adriana umoq berapa bulan tak tau la. Maybe 1 tahun lebih skit kot kan, demam taknak kebah and ada macam kahak. So kami pun bawak la dia ke KPJ BM ni. First jumpa paeds dia pun aku rasa da fail gila dah! Time tu dia sorg ja paeds kt KPJ tu tapi dengaq kata lani ada peads lain dah. Adriana ni macam besa la fobia apa ntah kalau dengan doctor tu. Baru doctor tu nak check dengupan jantung dia, dia da reyau sekuat-kuat alam. Terus doc tu taknak proceed check. Dia macam takut-takut nanti Adriana teriak lagi. Aiyooo boleh pulak macam tu eh.

So tengah hari tu check in la kat ward. Sebab takut la kan. Diorang pun nak amik sample kahak Adriana sama takut la ada viral infection ka apa ka. Kami stay kat bilik yang 3 orang tu. And esok petang tu kami boleh discharge sebab result kahak dia takdak apa-apa. Can u guess how much they charged us?RM1K++ per nite for 3 persons/room, dah la tak drip apa pun. Over gila nak charge sampai 1k plus macam tu. Memang tobat lahom la nak p aku kata kt husband aku. Dengan bilik tak best nyam doctor pun macam kehampeh-san tu.

Second time Adriana demam panas tak baik-baik kami laki bini decide nak bawak dia hospital kat belah island since husband aku pun keja belah2 sana kan. And aku pun time tu da start tak kerja dah kan. Called our agent, which one to go LWE or Gleneagles? He told ua better for us to go to Gleneagles. Bukan LWE tak bagus. LWE ok ja. Tapi agak crowded since charges dia agak murah. Personally he told us the rate tak banyak beza pun. Nearly the same. So kitaorang pun decide untuk ke Gleaneagles ja.

Kat Gleneagles, paeds yang kitaorang jumpa time tu Dr Chea. Suka cara dia handle Adriana yang kuat menjerit tu. Kewl ja dia. Dia kata takpa menangis pun xpa. But doc needs to check u Adriana. Suka aku. Kompiden kat situ da satu hal dah. Doctor pun cekap n kemas!

And paling best kitaorang stay kt Gleneagles utk 1 bilik sorg tu for 4 days 3 nights tau dak charges dia berapa? Rm2k++ ja. Berbeza tak dengan rate KPJ yang bongek tu? Memang lepas-lepas tu kitaorang kalau Adriana sakit xmau baik2 ja bwak check in ke Gleneagles la. Service tiptop. Doctor cekap. Nurse pun ok. Kalau KPJ tu dulu masa aku kena operation removed tonsils pun aku panggil mngadu sakit kat tempat drip ayaq n ubat tu and mintak tukaq p tangan sebelah da wat muka bagai. Aku lesing kang baru akai. Choi sangat2 lah. Memang menyampah lahai kat KPJ tu!

Tu la kan, pendek kata tak semua hospital kerajaan tu teruk nak mampos sangat. And tak la semua hospital swasta tu bagus gila. Ada yang tak bagus pastu mencekik darah pulak tu. Aku lempang jugak kang.. yang misi2 n doctor bajet baguih tu tak kira la kat swasta ka kat government ka tu bukan masalah hospital tu sebenaqnya. Yang masalah tu depa ja. Nak2 kalau yang keja government tu, dah la tak cukup orang. Pastu kena cover keja 2 3 orang, kalau aku pun mungkin sehari ja aku jadi doctor yang hari lain-lain aku jadi HULK terus ja.

And lagi satu dari kita membebel2 taknak doctor lelaki sambut kelahiran bini kita or misi pompuan basuh anu bapak hampa, baik hampa set kan bila ada anak pompuan nanti bagi depa pelajaran bagus2 and suruh depa jadi MO / Specialist kat O&G department. Pastu anak lelaki hampa pulak set kan la jadi misi lelaki. Boleh dak lagu tu? Negara kita pun kekurangan misi lelaki wei!!!

And satu lagi, kepada pihak hospital swasta tolong lah jangan terlalu mengambil kesempatan dan duk over charges just because of that piece of shit ( inssurance card) wei. Over la hampa ni tauùuuu. Memang la rawatan perubatan mahai. Tapi takkan la 1 malam sampai 1k kot????apa ke menda ni woi?

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

7 comments

  1. mintak Allah permudahkan segala urusan kita kalau dengan mana2 hospital sekali pun..
    risau jugak kalau kita sakit, pastu orang buat layanan tak elok kat kite.

    kite ni dah la ratu air mata..
    hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2...
      Baik swasta or gov hospital kena la bg servis yg baik...
      Betul tak?

      Delete
  2. Ohsem said alia..
    Akak tagged alia kat sini..
    http://kasihkuamani.blogspot.com/2015/12/buku-fixi-giveaway-by-yaya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk..tq kak..yg hr tu pun xsempat lg..actually yg entryni pun brzaman duk dll draft sbenaqnya

      Delete
  3. huurm macam2 pengalaman kan.. tengok and baca tak sama dgn kita yang dah face the isu kan ? tabahlah untuk those yang dilayan dengan teruk tu..

    ReplyDelete
  4. Assalam alia,
    kat mana pun kita dapat treatment, yang utama kita kena tahu patient rights
    & then kita fight for our rights gitew he3

    ReplyDelete