cloth diaper....

in , , , , by Alia Farhan, 1:58 AM
well...bila cakap psal keinginan aku nak bagi baby aku pkai cloth diapers byk jugak hamba2 Allah yang tak kurang jugak suka2 hati mngkritik...ekeleh..aku tak kritik korang pkai diposal diapers pun besaq tuah ye dak..memang agak costing..ya lah paling murah satu CD harga dia pun rm23..depends dengan jenis...so sekarang ni aku mmg tgh eager gila kumpul beli CD..every month beli dalam 5 mcm tu..Insya Allah..bln Dec ni husband nk provide budget for CD..tu pun selepas aku wat calculation brapa duet akan melayang kalau guna DD berbanding ngn CD...xleh blah kan...dasar kedekut!bukan kedekut la..aku ni berjimat...nnt next2 baby aku pun boleh lgi pkai CD anak sulong aku ni...mmg la leceh CD ni..nk kena basuh la..xmcam DD...pas pkai ja bleh lempaq dlm tong sampah..yang ni hang kena basuh..tp xdak la renyah mana...pad pun aku da pkai cloth pad...xkkan la kat anak aku..aku xleh bagi yang terbaik...
why cloth diaper alia..why?!!

1...Bahan kimia Dioxin. Tahukah anda disposal diapers mengandungi Dioxin.Dioxin nie ialah bahan yang terhasil dari proses pelunturan.Kertas yang digunakan utk buat disposal diapers tu perlu dilunturkan sehingga nampak putih ,bersih dan cantik..upss,tapi selamat ker utk baby?? Dioksin juga merupakan toksin yang bersifat karsinogen dan ini merupakan penyebab kanser..banyak negara sudah mengharamkan penggunaan karsinogen kerana keburukannya...jadi,,fikir-fikirkan,sanggup kah kita biarkan anak kita memakai lampin berkarsinogen

2...Sodiom polyacrylate Ini pula bahan kimia yang menyebabkan Disposal diapers menyerap dengan banyak. Bila basah,ia akan bertukar menjadi gel.Haaa,inilah bahan yang menyebabkan kulit bayi jadi kemerah-merahan sampai kita asyik terpaksa tukar jenama disposal diapers. Gel ini juga boleh menyebabkan muntah-muntah,jangkitan kuman bila lambat ditukar dan demam bila berlaku alahan yang kronik. Hmm...gel ini tak lagi digunakan dalam tampon wanita sejak diharamkan pada tahun 1995 kerana dikatakan penyebab Toxic Shock Syndrome.

3...Tributyl Tin
Ini perosak alam nie....huhuhu,ia merupakan environmental pollutant dan sangat bertoksik.Bahan ini mengganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
4...Kesuburan
Pada tahun 2000, satu kajian dijalankan di German mendapati bahawa lampin pakai buang ini menaikkan suhu sekitar skrotum (takutnya!!) dan boleh merosakkan mekanisme penyejukan semulajadi...Kesannya???..ini akan mempengaruhi kesuburan di masa depan..

Tahukah anda??? 27 juta disposal diapers masuk ke tempat pelupusan sampah setiap hari di seluruh dunia.

500 tahun masa yang diambil untuk Disposal Diapers nie mereput.

50% domestic sampah dalam rumah yang ada anak kecil ialah Disposal Diaper.
Semua ini takkan berlaku kalau anda menggunakan Cloth Diapers.

Hahahah,ini bab yang paling menarik...Penjimatan Kos

Dengan pakai Cloth diapers, percaya atau tidak anda mampu berjimat

Lihat pengiraan dibawah:
Katakan anak anda menggunakan 7 keping lampin secara purata setiap hari sejak dari lahir sehingga pandai ke toilet.Katakan anak anda pandai ke toilet pada umur 3 tahun.
7 Keping x RM0.50 (ini harga bila beli time sale) = RM 3.50 sehari
RM 3.50 x 30 hari sebulan = RM 105.00 sebulan
RM 105.00 x 12 bulan = RM 1260 (perbelanjaan utk setahun)
Kalau sampai pandai pergi toilet pada umur 3 tahun
RM 1260 x 3 tahun = RM 3780..
Wow..banyak juga kan,ini untuk seorang anak..macammana kalau ada 2-3 org anak?

Sekeping Cloth diaper berharga RM25.00
Rm 25.00 x 20 keping sehari = RM 336.00

Sebulan kos masih RM 500.00 

Setahun kos masih RM 500.00

3 tahun kos masih RM 500.00
 

Anak ke 2..masih boleh dipakai ..jadi kos masih RM 500.00 
Jimat kan??? 
boleh guna sampai anak ke berapa ntah kan..tak macam DD....



takut nnt anak umoq 2 tahun da tak muat?dunt worry...CD ni boleh laras ya cik kak..cik kak sekelian...


so memang berbaloi kan?
kalau baby sitter korang refuse?ala...suh dia humbam masuk dalam wetbag...xyah dia ssh nak basuh...korang basuh sdri la...relax la..sementara nak besa kan...

source from: pamperyourbaby
SHARE 0 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS