HUKUM MEMAKAI EMAS PUTIH BAGI LELAKI

1:52 AM

Dari Abu Musa, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari
umatku dan diharamkan keduanya terhadap kaum lelaki.”
Terdapat satu riwayat bahawa Rasulullah S.A.W. pernah
melihat sebuah cincin dari emas di tangan seseorang, maka
Rasulullah S.A.W. meragutnya lalu membuangnya lantas
bersabda, “Seseorang dari kaum sengaja memegang bara
api dari neraka lalu diletakkan di tangannya” lalu Rasulullah
S.A.W. meninggalkan lelaki pemilik cincin tersebut dan
membiarkan cincinnya terbuang di hamparan bumi lantas
sebahagian orang berkata kepada si pemilik cincin,
“Rasulullah telah pergi, ambil cincinmu dan pergunakanlah,
lelaki itupun menjawabnya dengan tegas,” Tidak, demi Allah,
aku tidak akan mengambilnya apa yang sudah dilempar
Rasulullah”.
Menurut para Fuqaha’ golongan Maliki, bagi kaum lelaki
boleh memakai cincin dari perak asalkan tidak lebih dari dua
dirham dengan syarat bertujuan mengikuti jejak Rasulullah
S.A.W.

Berdasarkan analogi cincin ini, maka setiap benda yang
diperbuat daripada emas (termasuk emas putih) yang dipakai
untuk berhias oleh kaum lelaki, maka benda-benda tersebut
hukumnya tetap diharamkan bagi mereka.
Rujukan:
Terjemahan Halal Dan Haram Dalam Islam,
Halaman: 705 & 709
Yunus Ali Al-Mudhor

Sebab-sebab lelaki haram memakai emas
Terjemahan : Dari Abu Musa, bahawa Nabi S.A.W. bersabda,
emas dan perak itu dihalalkan bagi kaum wanita dari umatku
dan diharamkan bagi kaum lelakinya.
(Riwayat Nasa’i, Termizi dan Ahmad)

Islam menghendaki agar perempuan itu mempunyai tabiat
khusus, begitu juga dikehendaki dari kaum lelaki. Oleh sebab
itu maka Islam mensyariatkan agar masing-masing dari
keduanya ini (lelaki dan perempuan) tidak menyerupai antara
satu sama lain sama ada dari segi berpakaian, tutur kata,
tingkahlaku dan sebagainya.

Dari Ibnu Abbas R.A., Dia berkata: Rasulullah S.A.W. telah
melaknati orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan
dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. Dan
dalam satu riwayat, Rasulullah telah melaknati orang-orang
yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang
yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan.
(Riwayat Bukhari)

Islam mengharamkan pemakaian ini hanya kerana memakai
emas boleh menjurus kepada dua perkara. Pertama; menjurus
kepada gaya hidup yang mewah dan berlebih-lebihan yang
tidak diperkenankan oleh Islam. Kedua; menjurus kepada
kemewahan yang dapat merosakkan bangsa dan mensiasiakan
harta yang tidak sepatutnya bagi kaum lelaki.
Rujukan:
Terjemahan Halal Dan Haram Dalam Islam
Halaman: 706
Yunus Ali al-Mudhor

Emas Putih terbentuk hasil daripada campuran beberapa unsur
logam iaitu emas kuning, tembaga, nikel dan zink. Emas kuning
yang digunakan untuk membentuk emas putih adalah dari emas
kuning 18 karat (750) atau emas kuning 14 karat (585).

Kadar campuran unsur logam bagi membentuk 1 gram emas putih
dalam peratusan adalah seperti berikut:-
Emas kuning (18K) : 56.94%
Tembaga : 26.77%
Nikel : 11.96%
Zink: 4.33%
Emas kuning (14K) : 55.55%
Tembaga : 19.00%
Nikel : 13.78%
Zink : 11.67%

Persepsi masyarakat hari ini, terdapat dua kategori emas putih
iaitu emas putih yang mengandungi emas kuning dan juga
platinum, kedua-duanya dipanggil emas putih.

Campuran unsur logam bagi membentuk platinum tidak
mengan-dungi unsur logam emas kuning. Berikut adalah
kadar campuran unsur logam bagi membentuk 1 gram platinum
dalam bentuk peratusan:-
Platinum : 10%
Palladium : 50%
Perak : 40%

Dengan ini adalah disyorkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam membuat
keputusan mengenai hukum emas putih yang dipakai oleh golongan
lelaki.

Dengan keputusan ini diharapkan segala permasalahan yang timbul
berhubung perkara ini dapat diselesaikan terutamanya kategori
antara emas putih dan platinum yang telah menimbulkan kekeliruan
pada masyarakat.
Disediakan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Selangor,
Shah Alam.


boleh rujuk kt situ...
sebenarnya aku pun da copy leh kata 100% utk peringatan dan pengetahuan utk kita semua..eventho aku ni graduate chemical engineering pun..aku stil duk ingat emas putih tu free from Au or emas kuning but actually it is not...and to be precise orang2 kita ni slalu ckp yg emas putih ni platinum..so kalau ikut platinum ni dia bukan Au..nama pun platinum so it shud be Pt....tetapi...kita da salah dah tang ni...
and as for the info...aku rsa ramai jugak pakcik2 kat luaq sana yg stil lagi duk pkai cincin suasa...suasa ni pun xleh k...sebab ada campuran emas...
and daripada pembacaan aku(cewah..pembacaan tu tak tahan...koya mati pnya ni), jam2 yg kaler gold pun lelaki xleh pkai..mmg patut la kan..stil jam tu di plate ngn Au...
so mmg xleh la ya Tuan2..pakcik2...Dato2 sekalian...
aku kan keja kt company electronics..so da sinonim la ngn Au plating ni....(sebenaqnya nk plate Au sendri pun da pndai..setakat nk plate cincin silver aku ngn Au ni dah lpas...cuma kena bg aku rectifier ja lah)
aku pun pernah la dok koya2 nk beli kt amir cincin emas putih a.k.a platinum kunun...wlahal two dif things ni...selamat la dia pun baik...cincin kawen pun steady ja mintak cincin silver...ikot sunnah Nabi katanya...Alhamdulillah...selamat duet aku sebenaqnya...kalau betoi kang dia mntk cincin Pt mau mati aku...

apapun...pasni nk kena p tgk blik cincin silver hari tu....
dia da brkenan yg tu dah...
so layanzzzz saja lah...



You Might Also Like

0 comments