Biasa la kalau suruh anak2 simpan baju.. Kadang-kadang kelaut betul susunan dia.. Main sumbat pun ya. Datang mama punya sheikh tak boleh tengok.. Siap la korang...habis melibas semua...

Bila da susun-susun atur balik... Sekali banyak nya baju-baju yang lama... Yang da senteng tak leh pakai dah... So one shot terus sambil-sambil simpan sambil tu declutter mana yang size kecik-kecik tu boleh la kita letgo mana yang elok-elok lagi kan... 



Ni drawer baju adik si Aishah. Setiap drawer tu ikut jenis. Ni seluar and baju tangan panjang. 

 


Ni pulak tshirt dia. Banyak betholllll lahhh 😅


Ni section baju tidoq dengan dresses. Dresses kakak pun selit dekat sini jugak




Nin dia declutter baju-baju kakak and adik. Banyak gila oiiii! 


Ni section kakak... 
Mama no idea nak susun atur macam mana dia punya cupboard ni. 


Asal boleh ja letak dalam bekas tu macam tu. Sapa ocd xleh tengok ni nanti sakit mata sebab susunan ntah hapa2 🤣🤣🤣


Ni baju yang dah declutter. Ada lagi skit kat tempat lain. Tengok bila-bila rajin nak upload kt carousel ja. 


Tu la dia cara simpan baju anak-anak aku... Tapi rasa nk standardize baju kakak letak macam adik jugak.. Nak kena cari ikea rast lagi satu nampak gayanya ni... Yang cupboard dia tu nnt mana tau ada baby baru boleh baby baru guna... Ehhhh 🤣🤣🤣








 Baru2 ni terjebak balik dengan planner... Sebenarnya... I found its quite therapeutics to jot down something in our planner.

Lagi2 bila buat cute2 muit ja... Lepas ni kena jot down la balik dalam planner lawa2... 




Basically aku ada 3 planner.. 1 planner yang monthly tu.. Situ aku ada la jot down benda2 penting ikut tarikh dalam month tu...



Another one planner utk house chores planning etc. Kat situ la nanti aku akan jot down barang2 rumah yang stock dah nak habis ka.. Stock sayur dalam fridge ka... Stock home cooked meal frozen yang aku buat dalam freeser section.



Reminder jugak untuk aku bila belek2 yang aku tulis ni untuk beringat apa yang kena buat. Kadang-kadang kita ni selalu lupa apa yang patut kita buat. 

Ni ja lah bagi nampak hidup tu organize skit. Penat la kadang-kadang hidup lintang pukang macam ntah hapa2 ja.. At least this is my kinda healing points...ntah hapa2 ja kan... Tapi tu la.. It works at some point 🤷‍♀️🤷‍♀️🤷‍♀️


Another planner tu private skit untuk aku... Idok ler nak share yang tu... Stickers tu banyak aku beli dekat Mr DIY ja sebab kt situ murah-murah and lawa2...kalau kena stock lawa... Lawa la..Kadang2 nan hado gak yg best2... Tu belum lagi stickers mak kena tapau dengan anak2 dia... 🤪🤪🤪


My stickers collection...washi tape aku semua da kena main dengan anak2 aku.. Stressnyaaa... Nanti nak kena kumpul balik lahhh... 

Ok lah korang.. Tata... 







Sedih bila pikir-pikir pasal Covid 19 ni.. Banyak menda yang kita dah tak boleh nak buat. Antaranya... Tengok wayang. Aku rasa cerita last aku tengok wayang adalah Bad Boys III... Time tu tengok midnite movies dekat First Avenue Penang dekat TGV.  Tu la last movies yang kami tengok dekat cinema empat beranak kami. Sob sob sedih gila lah.... 


Lagi sedih hari tu bila tau The Witches lakonan Anne Hathaway ni bulan November lepas tak silap dah masuk cinema. Tapi memang takla kan dapat pi tengok sebab restriction budak-budak tak boleh masuk cinema kan.... Sedih weh... Aku memang suka tengok lakonan Anne Hathaway ni... Dari The Devils Wear Prada, Princess Diaries sampai la ke Ocean 8 hari tu... 




But.. Aku nak share ni.... HBO GO.. dah bawak masuk cerita The Witches ni pada 29 January ni. Yahuuuuuuu.... Boleh tengok lakonan Anne Hathaway ❤️❤️❤️


THE WITCHES DITAYANGKAN 29 JANUARI MENERUSI HBO GO|


Akhirnya, para peminat Anne Hathaway dapat menyaksikan kehebatan wanita berbakat besar dan versatil dalam menjayakan pelbagai peranan ini sebagai ganjaran istimewa di HBO GO. Dari ‘cat buglar’ kepada usahawan, saksikan bakat ikonik wanita ini dalam koleksi filem hebat seperti Locked DownDark WatersThe HustleThe Dark Knight RisesLes Miserables dan The Intern!




 

 Para peminat Roald Dahl tidak perlu menunggu lama lagi untuk  menonton filem terbaharu yang dibikin semula, The Witches apabila ia akan ditayangkan buat kali pertama dan secara eksklusif di HBO GO dan Astro On Demand dari Jumaat ini, 29 Januari!

 


Dibintangi pelakon jelita, Anne Hathaway (“Les Misérables”, “Ocean’s 8”) yang menjayakan watak sebagai Grand High Witch bersama bintang baharu Jahzir Kadeem Bruno sebagai Hero Boy, filem klasik yang memberi nostalgia zaman kanak-kanak ini mendapat sentuhan penuh teatrikal daripada sutradara yang pernah menggondol Oscar, Robert Zemeckis (“The Polar Express”, “Who Framed Roger Rabbit?”, “Forrest Gump” dan trilogi “Back to the Future”) dan pasukan impian termasuk penerbit Alfonso Cuarón (“Harry Potter dan  Prisoner of Azkaban”) dan Guillermo del Toro (“Rise of the Guardians”, “Book of Life”), penulis skrip Kenya Barris (“Barbershop 3: The Next Cut”) serta komposer Alan Silvestri (“Ready Player One”, “The Mummy Returns”).

 

Distrimkan terus ke skrin di rumah anda menerusi HBO GO, kombinasi hebat itu turut dibintangi Octavia Spencer (“The Help,” “Onward”) sebagai Grandma, Stanley Tucci (“The Devil Wears Prada” dan filem-filem “The Hunger Games”) sebagai pengurus hotel iaitu Mr Stringer, Kristin Chenoweth (Drama “Glee”, “American Gods”) sebagai tikus ‘Daisy’ dan Chris Rock yang menaratifkan pengalaman Hero Boy ketika dewasa.


 

Sebagai tambahan kepada barisan pelakon yang mengagumkan, tidak ada satu pun perincian yang ditinggalkan dalam mewujudkan pengalaman yang autentik dan menarik kerana pereka set, pakar prostetik dan pakar kostum mengambil inspirasi dari era yang lalu dan menggabungkannya dengan ‘special effects’ untuk menarik penonton ke dunia yang membuatkan penonton percaya ahli sihir sebenarnya memang wujud! Dari cetakan vintaj dan alat peraga autentik hingga rambut palsu mewah serta transformasi fizikal yang dramatik, filem ini adalah karya moden yang tidak boleh dilepaskan!

 

“Ia satu kisah yang diabolikal (jahat),” kata Zemeckis, yang teruja dengan peluang untuk membikin semula novel kesayangan itu. “Buku-buku Roald Dahl sebenarnya bukan sahaja untuk kanak-kanak. Sememangnya karakter kanak-kanak memegang watak utama, oleh itu mereka sangat menikmatinya, tetapi pembaca dari semua peringkat usia boleh menikmati bukunya, dan filem ini juga serupa.”




 

Dalam pembikinan semula karya Roald Dahl yang disukai ramai ini sebagai filem, Zemeckis menceritakan kisah komedi gelap dan menawan hati mengenai seorang anak yatim piatu pada akhir 1967 yang tinggal bersama neneknya yang penyayang di kota Demopolis, Alabama. Apabila budak tersebut dan neneknya menemui beberapa ahli sihir glamor tetapi sangat jahat, dia dengan bijaknya membawa cucunya melancong ke pusat peranginan mewah di tepi laut bernama Grand Orleans Imperial Island Hotel. Malangnya, mereka tiba pada waktu yang sama ketika Grand High Witch telah mengumpulkan rakan-rakan ahli sihir dari seluruh dunia untuk melaksanakan rancangan jahatnya untuk menukar kanak-kanak dunia menjadi tikus.






 

Seperti yang dijanka, Hero Boy tidak dapat membiarkan itu berlaku tanpa berlawan, dan dia bekerjasama dengan kawan yang baru dikenalinya, Bruno Jenkins, penuh dengan semangat keberanian yang luar biasa untuk menghadapi ahli sihir jahat yang benar-benar menakutkan. 




Ini lebih ketara apabila rambut palsu, sarung tangan elegan dan sepatu menawan mereka ditanggalkan untuk mendedahkan kepala mereka yang botak, kuku tajam dan kaki yang tidak berjari!






 

Ikuti HBO Asia di laman sosial dan gunakan #TheWitches dan #HBOGOExclusive untuk menyertai perbualan:

Facebook: HBOAsia

Instagram: @hboasia

Twitter: @HBOAsia

 

Muat naik aplikasi HBO GO dari App Store atau Play Store melalui peranti anda atau akses HBO GO menerusi Astro atau melalui pautan https://www.hbogoasia.my/. HBO GO tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV, Samsung Smart TV - dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

 


Astro On Demand tersedia untuk semua pelanggan melalui kotak Ultra atau aplikasi Astro GO. Selain itu, pelanggan Astro Movie Pack dapat menikmati akses HBO GO tanpa bayaran tambahan.



Yeay.. Lepas ni boleh tengok The Witches dekat rumah ja guna HBO GO. 


***all pics above credit to Google except the last picture ❤️


Hak Merancang Keluarga Hak Isteri

by Alia Farhan, 1:43 AM




Wajib merancang dan menghadkan jumlah anak jika:


1. Anda tak mampu nak sediakan bilik yg cukup dan selesa untuk anak². mengasingkan anak² lelaki dan perempuan.


2. Anda tak mampu nak beli pakaian yang elok² untuk anak² anda.


3. Anda tak mampu beli makanan yang berkhasiat dan elok² untuk anak² anda. (real food)


4. Duit bersalin isteri pun tak mampu nak bayar. Tiada kenderaan yang selesa dan selamat untuk bawa semua anak.


5. Kerja anda main Game siang malam pagi petang


6. Anda tak boleh nak redhakan emosi anak anda yang paling kecik untuk terima adik baru. Semua bini buat, laki buat donno, menangislah anak itu minta didukung dan anda tak mampu nak dukung sebab berpantang dan dilarang oleh orang tua.


7. Anda tak mampu beri pendidikan terbaik untuk anak². Anak² minta beli pencel colour 26 batang pun tak mampu. Nak kertas warna pun tak mampu.


8. Hari-hari gaduh laki bini pasal duit


9. Kerap sangat pinjam duit mak bapak/mertua/adik beradik/kawan² sampai org dah nampak true color laki bini


10. Emosi ke laut, asyik.jadi rimau je dengan anak² 😂


11. Hubungan dengan Tuhan berantakan



Hak merancang dan menghad bilangan anak adalah HAK ISTERI. Ustaz pernah pesan, tak perlu minta izin suami pun kalau suami memang sejenis tak membantu dan selfish, sampai biarkan bini pregnant setahun 2x sebab isteri yang membawa perut ke sana ke mari, pertaruhkan nyawa, risiko mati, tumpah darah dan banyak lagi. 


Belum masuk bab menyusukan, bab penjagaan pantang, emosi dan financial. Bagilah mereka berehat selama yang mereka mahu sehingga mereka bersedia. Suami perlu dimaklumkan dan tolong bersetuju. Positif dan empati.


Lahirkanlah anak² yang berkualiti. Bukan semata² bangga dengan kuantiti tapi anak lepas kat mak bapa dan mertua suruh jaga. Jangan kerana anak ramai berderet, menyebabkan depress. Anak² jadi mangsa marah² hingga tercalar emosinya kerana anak tu tak minta lahir ke dunia. Anda dah buat tolonglah jaga amanah tu sebaiknya! 


Siapa yang penyabar dan mampu untuk menyediakan kelengkapan di atas, teruskanlah punya anak² yang ramai. Kepada yang tidak mampu, janganlah membawang mereka. Keluarga mereka, hak mereka. Tak perlu campurtangan hal keluarga mereka. Rancanglah jumlah keluarga masing². Jangan sibuk plankan keluarga orang lain.m

Ingat, anak-anak bukan semata-mata rezeki tetapi AMANAH. Rezeki pun bukan turun dari langit terus tetapi perlu dicari, di ikhtiar. Stop serahkan semua konon ketentuan tetapi tak ada usaha untuk perbaiki kualiti dan ekonomi hidup.


Sumber: Nurul Fitriah

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS