Ni masakan dinner semalam.... 
Buat pumpkin soup + garlic bread + squid ink pasta ja. 

Kali ni nak share cerita pasal pumpkin soup. Yang stail orang putih buat tu..... 
First time makan pumpkin soup ni dekat Mizi Bistro.. Sedap sangt pumpkin soup dia. So kali ni kita buat sendiri ja lah kan. Bahan-bahan pun simple and mudah-mudah ja. 

Jom la kita tengok bahan-bahan and caranya ya. 

Bahan-bahan

Sedikit minyak untuk menumis
9 ulas garlic 
2 biji bawang besar
Setengah biji labu (size sederhana kecil) 
Kiub ayam
Santan /cream
Garam
Gula 
Black pepper

Cara-caranya...

1. Panaskan sedikit minyak dah tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dipotong tadi. 
2. Biar sampai naik bau barulah masukkan labu dan masukkan air sama paras dengan labu dan masukkan Kiub ayam. 
3. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api. 
4. Boleh guna hand mixer untuk blend bahan-bahan dalam periuk tadi atau pindahkan ke dalam blender dan blend. 
5. Lepas tu boleh panaskan balik dengan api dan perasakan dengan garam dan black pepper.
6. Last step boleh masukkan santan /cream. Aku xdak cream so aku guna ja santan... Santan is nice also what.... 
7. Dah pekat elok macam yang kita nakkan.. Boleh la tutup api.... 

It's done.... 


Acah2 sangat last finishing dengan letak santan skit dekat atas diaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Masak dalam cast iron pot senang... Dari atas stove sampai ke hidang pkai pot yang sama ja... 


Cicah dengan garlic bread memang sedap oiiiii.... Xdak garlic bread... Guna roti gardenia pun da sedap namatiiii... Ok la.. Puji diri sendiri... 

Korang tak percaya try la buat... Next time aku nak buat dengan butternut squash plak.. Mesti lagi sedap.. Nyumss nyummms








Addiction.... Beli emas

in , by Alia Farhan, 7:13 PM

 Ada orang suka beli handbag... Beli kereta mewah.. Tukaq2...Ada orang suka beli high end make up... Ada yang suka deco n ubah deco rumah setahun 5x...and ada macam2 lagi perangai...lain manusia. Lain kesukaan dia...

I used to like beli hi end make up dekat sephora.. Ya lah.... High end la untuk aku kalau beli dekat Sephora kan.. Tapi xla level2 Yves St Lauren ka Gucci ka CD punya make up la.. Setakat Fenty Beauty.. Nars.. Ja lah level2 aku beli dulu.... 

As time pass by.... Here I am...i'm no longer obsessed with make up anymore.... Hang duk kat rumah ja... Beli sebotoi foundation Fenty Beauty tu tak mengkala nak habis....

Dah bila tak gila dengan make up... Dah pulak gila dengan beli emas.... Ehhh ni dah lama gila.. Hari tu Pandora.. Dah habis kumpul sampai 2 bracelets aku stop... Shopping Pandora dekat Oz best la sebab murah.. Balik2 Msia da xminat dah nak beli kt Pandora Malaysia ni.

So kampoi la duk kumpul untuk bangle Gdora pulak. Sampai la dah penuh.. And then stop..until baru2 ni aku pi trade in yg bangle tu utk buat bracelets Gdora untuk diri aku....

So bila guna bracelet ni rupanya banyak lagi ruang kosong... So apa lagi🀣🀣🀣 kena la tambah lagi  ruang kosong yang ada. Hahahhaha. 



Ada hari suka pakai 1 bead..ada hari suka pakai semua... Ada hari 2 3 beads da cukup...  Seronok pkai Gdora ni sebab boleh pakai ikut mood kita. 


Ni pun sama la... Simple2 ja lah... 
Mmg sejenis mcm ni... 

Bukan tak suka yang tebal-tebak tu... Ok ja... Ada jugak macam tu.. Tapi kalau yang tu mostly my husband la bagi. Aku suka ja. pakai la rotate2 kan. Anggap la yang husband beli ka apa  sebagai pelaburan di masa hadapan. 😝😝😝😝😝


Comel dooh... 


Still need to find fund to complete this bracelet. Slowly but surely.... 

Bagi yang nak start beli bracelet Gdora untuk kumpul buat aset... Start skit2... Jangan terus nak beli penuhkan terus. Emas ni kita anggap pelaburan untuk masa depan. Nabi pun dah kata hujung2 zaman ni... Perak dan emas akan jadi matawang kita balik. Tengok sekarang ni sudah la.. Satgi2 online banking crash la apa la.. Seram jugak. Tak dapat bayang tiba2 bangun2 pagi esok.. Duit dalam bank dah yilek sebab bank da crash... 
Shhhhhh betul kan kalau jadi.... 

Nak beli emas.. Tak payah extreme terus nak beli yg tebal-tebal and berat2 tu. Beli kecil-kecil pun xpa macam cincin yang ringan-ringan tu... Ni kalau nak buat simpanan la kan... Lainlah kalau memang kaya gila.. The sokayyy la nk beli tebal 20-50g terus sekali beli. 

Jom la celik emas bersama-sama. 













Baru2 ni masa pi ke Tesco untuk beli barang2 rumah... Salah satu bahagian wajib pi adalah dekat bahagian frozen food dia. Benda yabg dicari tak lain xbukan nugget tempura Tesco yang sedap tu. Tapi frust sebab dah habis.. Huwaaaa...

So kita jengok la skit kat bahagian pizza tu. Hari tu tengok fb ada org share kata not bad... So moh ler kita tengok not bad ka idak pizza tesco ni haaa... 

Harga dia RM9.99..Tapi sebab ada discount jadi la RM8.99 saja. So kita beli la dua. Nak beli lebih2 kang penuh petu sejuk rumah aku ni. So ajommmm lahhh kita pilih2 skit.. Ada 4 jenis tak silap. Tak ingat la apa... Aku beli yang pepperoni dengan chicken mushroom. 

Untuk ni aku share experience aku.... Jom lah tengok aku punya ni... 


Pepperoni 


Ok la.. Ok laa... 


Cheese dia sendu skit. Padan la dengan harga kan... 


Aku topup cheese dengan basils leave.... Bakaq guna tefal pan ja.


Dah xdak rupa pepperoni pizza dah.. Hahahhahah.... 


Rasa dia ok la.. Not that bad. Padan la dengan harga dia... Nak sedap gila pi beli Dominos la kann.... Hahhahaha... Oh sebelum bakaq tu aku buh skit sos cili..tekak melayu kan.. Nak pedas skit... 

Overall.... 

Ok la not bad... Boleh improvise ikut tekak n citarasa kita kan... Kalau nak beli kt pizza hut ka dominos ka da berapa kan.... 
Kalau nak buat sendiri from scratch bercinta la jugak kan.. Memang x koser la nak buat pizza crust/base bagai ni.. Lain la kalau guna wraps ka roti ja ka buat pizza budus2 tu... Hahhahaha

Ok lah.. Nak tdoq ni... Gud nite


















Ada sapa2 kat sini pernah makan Loh She Fun? Atau laksa pendek goreng ni? Kalau dalam bahasa Cina depa panggil ni mee ekor tikus. 

If you wonder how does it taste like? Rasa dia macam kueytiaw jugak sebab buat dengan tepung beras sama macam kueytiaw jugak. 


Pic credit to Google. 

Haaa ni la rupa dia sebelum masak ya. 

Nak buat dia pun senang ja.. Xla susah mana pun... Buat sendiri makan puas skit kan.... Actually macam tak pernah jumpa Melayu jual loh shee fun ni... So nak taknak kena buat sendiri la kan. Nasibla ada halal laksa pendek ni orang jual dekat Tesco haa. 

Ok lah... Jom nak share skit macam mana nak buat and bahan-bahan dia. 

Bahan-bahan:

Laksa pendek 
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji Telur 
*2 sudu besar cili paste
*1 sudu besar garlic paste
*1 sudu besar onion paste
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap pekat 
Sedikit kicap manis
Sedikit minyak bijan
Serbuk cukup rasa 
Udang
Taugeh
Kucai /daun bawang

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis  bahan-bahan bertanda * sehingga naik bau. 
2. Sambil-sambil kacau tu tambahkan sedikit air dan masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan minyak bijan. 
3. Bila nampak dah ni boleh pecahkan telur dan kacau2 bagi nampak lawa. 
4. Lepas tu boleh masukkan laksa pendek dan sebatikan dengan kuah yang dibuat tadi. Kalau nampak tak bersalut lagi, boleh tambahkan air dan kicap pekat. 
4. Bila kuah tu dah salut semua bahagian, boleh la letak sedikit serbuk cukup rasa. 
5. Then boleh la letak udang, taugeh dan kucai. Kacau2 bagi rata terus tutup api. Jangan terlalu lama sangat goreng.. Sebaiknya lepas dah masuk udang.. Taugeh dan kucai tu dalam 2 dah boleh tutup api. Baru la udang tu xkecut sangat.. Taugeh still crunchy gituhhhhh.... Baru la sedappp kannn... 


Haa tengok tu.. Taugeh pun nampak crunchy ja.. Aku memang suka letak taugeh banyak2.. Kalau yang tak suka taugeh tu xpayah letak. 


Ehhhh terliur sudahhh tengok loh shee fun ni.... Resipi yang sama aku guna kalau buat char kueytiaw version chinese yg kering tu... Sedap... Korang cuba lah ya. 😊😊😊




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS