Macam biasa kalau aku dah malas nak masak... Malas nak kecah2 dapoq.. Masak something Western adalah pilihan yang terbaik. Kali ni nak share satu menu simple.... Mackerel / Tuna Spaghetti. Senang ja nak buat dia. Easy peasy org putih kata. Bahan-bahan pun pakai apa yang ada ja.

Aaa jom lahhhh kita tengok apa barang yang kita guna. 



Bahan-bahan:

Spaghetti 
Minyak untuk menumis
Cendawan
Tomato cherry
Bawang besar dipotong dadu
Bawang putih dicincang
Mackerel /Tuna Ayam Brand (ikut la korang nak pakai ikan apa pun xkesah) 
Garam
Cukup rasa

Cara-cara:


1. Macam biasa rebus dulu spaghetti tu... Jangan lupa titiskan minyak and masukkan garam. Pastu tosss bla bla bla. 
2. Dalam kuali lain.. Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih. Masak dan kacau-kacau sampai kekuningan dan naik bau.
3. Then masukkan cendawan dan tomato cherry. Kacau-kacau lagi.
4. Then masukkan setin ikan mackerel /tuna Ayam Brand ke dalam kuali. Kacau-kacau. Isi ikan dia agak besar ya.. So boleh la bagi pecah-pecah skit.
5. Masukkan sedikit air, garam dan cukup rasa and then masukkan spaghetti. Kacau sebati spaghetti dengan bahan-bahan tadi.
6. Rasa kot-kot ada yang kurang dekat spaghetti tu.. Kalau tak cukup garam bol3h la tambah time ni. Kalau da perfect... Dah boleh angkat dah.

It's Doneeee....


Ni bergambar dengan tin tuna Ayam Brand.. Walhal guna yang mackerel.. Ingatkan beli sama spesis ikan.. Rupa2 nya bukan... Kalau da beli tuna.. Boleh ja guna yang tuna.. Ni kalau buat nasi goreng pun sedap gak ni ha... 

Semalam buat ni licin mak dengan anak-anak belasah. Sedap la kan. Kalau tak sedap mesti tak habis. Hahahhahah

Ok la.. Bela ciao. 
Disebabkan mak n kakak aku baru balik Semenanjung hari tu... So depa bawak la balik kt kami lobster la apa la... Macam2 ada... Losbtser sajia dapat 3 ekoq... Ada 2 size sederhana... Ada sekoq tu besaqqqq gilaa... Untuk kali ni aku buat yang size sederhana tu 2 ekoq... Makan pulak dengan spaghetti aglio.. Feeling2 macam mat salleh la... 

Aku ni memang ada peel kalau hari aku malas nak masak.. N malas nak pi makan dekat luaq.. Malas nak order kt food panda sebab takut dapat makanan yang tak kena dengan tekak premium aku ni... Mula la aku nanti skodeng ig Kak Min, 3 benua untuk tengok menu2 Westerngggg Kak Min... Kak Min is a Malaysian live in London.. Married NZ guy... Aku suka tengok menu2 masakan kak min yang simple2 dan senang nak handle... Hampa tau kan masakan Melayu kita ni a bit complicated sometime.. Time2 malas memang aku tak suka la nak masak yang renyah2 n kecah2 dapoq ni... 

So nindia.. Hasil kemalasan aku hari tuuuu... 
I present u... Grilled Lobster Garlic Butter... 


Taraaaaaa...... 

Sedap gilaaaa... Puji diri sendiri😝😝😝

Nak buat pun senang ja... Tak susah mana punnnnn.. Bahan-bahan pun simple ya amat...

Aaaa jom lahhh kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat ya.

Bahan-bahan:

Lobster
Butter
Garlic 
Rosemary

Cara-cara :


1. Cuci bersih-bersih lobster dan belah dua di tengah-tengah belakang dia.
2. Cincang garlic banyak-banyak(letak banyak baru sedap)
3. Panaskan kuali(aku guna tefal pant biasa ja) dengan api yang slow.. Then masukkan 3 sudu  makan butter dan masukkan garlic yang dicincang tadi. Daun rosemary jangan lupa masukkan sekali. 
4. Then masukkan lobster ke dalam pan dan grill pada setiap bahagian. Jangan lupa alihkan2 untuk temgok semua bahagian dah masak.
5. Dah masak... Angkat dah buh dalam pinggan... N plating kan ikut kesukaan hampa... Kami xplating mana pun... Nampak lobster atas pinggan ja automatic dah jadi lawa gila. Hahhaha


Tak payah plating beria-ria pun kannnnn. Hahhahahha


Nindiaaaa.. Makan dengan lain2... Bukan nak puji diri sendiri. Tapi sedap gilos ok
😝😝😝

Simple macam tu ja ka buatnya? Garam semua takyah buh ka? No need sebab aku pakai butter biasa tu dah ada garam dah.. So bila butter masak dengan garlic tu campoq dengan flavour lobster tu sendiri dah walaaa gilaaa.  No need nak beria tambah-tambah seasoning lain dah pun. 

Ok la... Chowwww... 

Masa aku duk Melaka dulu.. Setiap kali kalau pi lepak n jalan2 dekat Jonker Walk.. Setiap kali tu aku akan telan ayaq lioq bila lalu dekat orang yang juai Char Koay Kak....
Huwaaaa sedapnya bauuuuu😭😭😭

Tapi tu la... Xkompiden nak makan time tu. Yang aku pernah makan so far dekat Greentown Ipoh Dimsum.. Dekat situ yang kompiden pun. So bila tau dekat Penang ni ada halal Char koay kak dekat2 ja dengan rumah aku.. So apa lagiiiii... Melonjak kegembiraan lah kan...


Nindiaaaa... Sedapppp haaa... 


Next time kena mintak togey lebih2 skit... I liokeee togeyyyy lebihhhh... 



Selain char koay kak.. Kedai ni ada gak juai chee cheong fun dengan fried chee cheong fun.... Next time boleh cuba fried chee cheong fun pulak... Harga pun bagi aku reasonable la kan....

Akak yang jual ni pun Chinese mualaf... So dijamin la halal ya... 

Kedai kat mana? Kedai dia dekat Astaka Taman Tun Sardon ja. Dekat dalam-dalam belakang skit. Sebelum kedai wanta mee hat hujung tu...

Recommended la untuk sapa2 yang teringin nak makan char koay kak ❤️
Makan satu x cukup.. Kena balun dua baru puaih🀣🀣🀣

Oklah.. Memandangkan virus indoor plant ni dah merebak dekat ramai netizens di Malaysia ni.. Kali ni aku nak share skit pasal kedai pokok/nursery dekat Penang ni... Dalam pulau /island la tapinya memandangkan aku dah duk kat pulau keennnnnn...

 
Dream Garden Nursery




















Sanseviera
 






Herbs section







Angkut 2 ni bawak balik.... 
Hahhahhahaha



Suka sansaviera jenis panjang mcm ni.... 
Gerammm ja tengok.. Tapi da angkut bawak balik dari Jitra hari tu.... 😜😜😜



Till we meet againnnnnn.... 
Daaaa

Orang2 Penang yang nak cari indoor plant ka.. Or any other plant ka boleh la ke :

Dream Garden 
12 A_MK, 12, Tingkat Kenari, 
Sungai Ara, 
11900 Bayan Lepas, 
Penang 

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS