Assalamualaikum.

Haaa hari 1st puasa mcm mana hampa semua. Ok ka? Duk tengah masak ke tuuu?kali ni aku nak share 1 resipi Nasi Ayam Thai cara aku yang simple dan sedap. Sebab apa aku cakap cara aku? Sebabnya ada yang aku olah dari resipi asal Nasi Ayam Thai.

Untuk buat nasi ayam ni.. Memang senang gila ok. Ayam tak payah nak goreng2 atau bakar dah lepas tu. Rebus buat sup ja da siap part ayam.

Ok  sebelum apa2 jom aku share bahan-bahan dan cara aku buat untuk ayam, nasi dan sos Nasi Ayam Thai ni ya.

Untuk Ayam & Sup:

Bahan-bahan:

Akar Ketumbar (aku guna krtumbar jawa)
Halia
Ayam yang da dipotong
Garam
Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

1. Panaskan air, masukkan ayam, ketumbar dan halia.
2. Masukkan garam dan maggi cukup rasa. Taknak pakai cukup rasa ikut suka.


3. Masak la sampai ayam tu fully cooked ya. Biasa untuk ayam version goreng ka /bakar ka kita akan rebus half cooked. Tapi ni kena fully cooked ya.
4. Lepas dah siap boleh angkat ayam tu dari sup ya.


5. Lepas angkat dari sup, masukkan dalam air ais mcm kat atas. Tujuan dia untuk kekalkan moisture kat dalan ayam tu and stop heating dekat isi ayam tu. So isi ayam korang takla keras and kering. 

Ok dah setel part ayam and sup... Kita masuk part nasi pulak ya. 

Untuk Nasi:

Beras ikut untuk berapa orang makan
Kuah sup 
Air
Garam
Halia
Ketumbar


Cara-cara:

1. Basuh beras seperti biasa. Masukkan beras dalam periuk dan masuk sup dan air berdasarkan sukatan berapa pot beras kita guna. 
2. Masukkan sekali halia dan ketumbar dan garam. 
3. Tekan cook nasi macam biasa. 

Untuk sos Nasi Ayam Thai:



Bahan-bahan:

2 sudu sos cili thai /cili biasa
2 sudu air limau nipis
3 ulas bawang putih dicincang halus atau ditumbuk
3 biji cabai melaka dipotong
Daun ketumbar diricik halus
2 sudu kuah sup
2 sudu kecil gula perang /gula putih
2 sudu kicap manis

Cara-caranya:

Masukkan kesemua bahan-bahan tadi je dalam mangkuk kecil. Kacau-kacau. Dah siap. Senang ja kan. 

Dah boleh makannnnn.... 


Menu simple sangat. Tapi laku kerassss... 

Selamat mencuba... 










Money Heist atau dalam bahasa Espanol nya La  Casa De Papel. Sebelum start review pasai cerita Money Heist ni nak bagitau siap2... Cerita ni mengandungi explicit content. So tak sesuai ditonton bersama anak2 dan time tengah berpuasa.. Ehhh.

Walaupun mula2 aku tak tengok pun cerita ni sebab cerita ni duk main kat Netflix. Tapi sebab laki aku yang start duk tengok. Maka aku pun turut sama-sama terpengaruh. Cerita ni dari Spain sana nuuu. Rupanya dah lama dah cerita ni.. Dari 2017 lagi... Tapi seminggu kami tgh habis setel laki bini. Kahkah.



Cerita dia psai criminal mind, the Professor ni merangka satu rompakan.. Kira the biggest heist la dalam history sebab depa pi rompak kilang hat cetak duit nu, Royal Mint of Spain.. So untuk make the plan works... So dia kumpul lagi team dia yang masing2 ada kredibiliti yang tersendiri. Bayangkan dalam masa beberapa hari depa print berbililion2 Euros.



Ada watak Berlin, Nairobi, Tokyo, Helsinki, Oslo, Moscow, Rio, Denver dan Professor sendiri. Nama penjenayah mcm stailo plak buh nama big city kan.. Yang Jawa2 tu kalau nak jadi penyagak boleh letak thug nama as Jakarta๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Personally aku suka watak Berlin and Nairobi... Rompakan dekat Royal Mint tu kira berjaya la.. Depa dapat blah dari Royal Mint tu. Tapi sedih gila bila Berlin sacrifice diri dia untuk bagi geng2 dia escape. Berlin ni kira team leader untuk rompakan ni la.

So dua season duk main untuk cerita beberapa hari di Royal Mint ja... Macam mana policia duk trace sapa dalang.. Duk trace Professor ni sapa bagai..mcm mana Professor ni duk divert attention authorities bagai ni...sampai la inspector untuk case ni Si Raquel ni accidentally fall in love dengan proffesor, (mnyamar sebagai Salva) ni tapi dia tak tau pun yang Salva ni la Prof tu...



Banyak gak la plot2 twist yang Professor tu buat... Sampai la cerita depa escape and masing2 dapat duit and blah dari Spain and enjoy life.

Ya ya.. Memang sepanjang cerita ni explicit content tu memang wujud lah. Nama pun cerita mat salleh kan. Tambah dari Spain.. Cerita depa ni adult content extreme skit. So boleh la percepat part2 hat tak berapa nak molek tu.

Ok lah.. Sampai la ke Season 3 after 2 years from heist dekat Royal Mint ni... ni bila Rio kena tangkap. Bila dah kena tangkap sorang ni Professor ni came out with the idea untuk rompakan kali kedua dekat Bank of Spain. Kali ni depa nak rompak gold pulakkkk.


Muka baru Season 3. Aku tak suka Palermo tu. Bodoh! 


So in exchange to that depa pandai gila twist bagi orang or nerakazens suka dekat depa and benci authorities. Start2 awai2 depa taboq duit dari atas untuk nerakazens kutip. And depa perjuangkan hak Rio sebagai netizen untuk dibicarakan secara adil la gitu. Sebab masa tu tak tau Rio kena tangkap and seksa dekat mana.

So untuk season 3 ni ada la watak2 baru Stockholm la Lisbon la Palermo la Bogota la... Manila la... Tapi best la... Tengok2 punya tengok punya tengok dah masuk season 4. Start daei Season 3 and 4 dah ada police lain yang handle kes ni. And police ni pulak agak gila nad extreme jugak cara handle case. Tak padan dengan perempuan boyot 8 bulan. Nama dia Alicia Sierra.


Saiko gila Alicia ni sampai si Rio tu traumatised habis. 


Gila bitchy habis watak dia. Bitchy policia. 


Aku ada baca2 Alicia Sierra ni depa kaitkan dengan Tatiana, bini Berlin. Sebab dalam Season 3 ada cerita flashback Berlin kawen dengan Tatiana. And at the same time, Alicia Sierra ni laki dia nama German.. Mati sebab cancer. Sama macam Berlin.. Berlin pun ada cancer. Tapi mati kena tembak. Tak pasti correlation antara cerita Alicia dengan Tatiana ni apa. Tapi macam tak logic jugak kalau Berlin tu laki dia sebab Berlin dah mati kena tembak 2 tahun lepas. Unless kalau Berlin tak mati lagi masa kena tembak tu. Which is impossible. Ehhh

Oh ya dalan season 4 ni jugak la Nairobi mati. Cisss betul... Watak2 yang aku suka semua mati. And gila betui si Gandia tu. Kejam gila watak.


Bye Nairobi ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


And yes... Season 4 tergantung.. Mcm tu ja...
So depa kata kena tunggu tahun depan pulak sambungan.. Ciskek betul la. Aku tengok yang daei 2017 - 2020 seminggu dah habis. Nak tunggu tahun depan pulak oiiii๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Lani laki bini duk gila mnyanyi lagu Bella Ciao Bella Ciao Ciao Ciao





Bila tengok cerita ni kita lupa siapa jahat.. Siapa yang baik... Hahahha... Tak patut.. Tak patut.. Hahahahha




Assalamualaikum hampa semua. Especially those in Penang. Seperti yang kita semua tau... Tahun ni kita akan sambut Ramadan lain daripada kebiasaan yang kita selalu duk buat. Kalau sebelum ni kita boleh pi bazar Ramadan. Kali ni kita tak dapar nak pi due to Covid 19 outbreak ni kan..
Kalau time2 Ramadan ni jugak selalu aku dengan laki aku akan take effort to spend time dengan ahli keluarga yang lain pi buffet Ramadan.. Kali ni agak sedih sebab tak dapat nak pi.

Yes.. Confirm la akan rindu menda2 macam ni kan. But its ok... Kalau last year pi Buffet Ramadan and berbuka dekat Shangri-La's Rasa Sayang.. Tapi dis year tak dapat la nak buat mcm tu. But it's ok... The Shangri-la 's Rasa Sayang ada provide Ramadan Take Away. Huuu bestnyaaa weiiii. Kalau jemu masakan sendiri boleh la makan jugak kan makanan hotel.. Shangri-la pulak tu.

Aaa jommm lah kita tengok apa yang ada dalam Ramadan Takeaway dari Shangri-La's Rasa Sayang ni.



Set for 6-7 persons


Rendang daging


Sambal udang



Set for 4


Ayam percik



Set for 2-3 persons



Kari kapitan

For those yang berminat nak takeaway makanan-makanan sedap dari Shangri-la's Rasa Sayang ni boleh la buat tempahan dekat  Eva Hoe, 0194090460 atau email kepada eewah.hoe@shangri-la.com. Tempahan mesti dibuat 24 hrs in advance ya hampa semua. 

Ok lah hampa semua... Selamat menyambut Ramadan Mubarak Al Mubarak. Have a bless one. May Allah protect all of us from this Covid 19 and may He lift all this disease as soon as possible. 

Take care semua.. And stay home.. Jangan duk merayap naa


Mee bandung ni antara masakan mee yang aku suka. Ni ikut cara aku la kan.. Kalau yang original Mee Bandung Muo ke apa ka aku tak tau la kan.


Mee bandung cara i


So ni cara aku buat mee bandung simple cara aku. Biasa mee bandung ni buat masa hari raya.. Sebab masa hari raya mak aku akan rebus gearbox... So guna ayaq rebusan gear box tu memang sedap gila ui. Kena plak bahagian2 tendon urat2 yang dah lembut... Perghhhh sedapnyaaaaa.

Tapi kali ni sebab takda air rebusan gearbox ka apa ka. So kita buat from scratch la ya.

So jom lag tengok bahan-bahan yang diperlukan :


Bahagian tulang lembu
Daging yang dah dipotong sederhana besar
Kalau ada bahagian2 urat guna kan
2 sudu Bawang merah + bawang putih blend
2 sudu Cili blend
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Tomato
Sawi
Carrot dipotong panjang
Telur 3 biji(nak letak lebih boleh ja)
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Meggi cukup rasa
Mee Numee yang da dicelur air panas.

Cara-cara:

1.  Panaskan minyak, bila minyak dah start panas masukkan daging tadi, including bahagian tulang, daging and urat. Alih-alihkan daging tadi biar macam kena goreng2 skit.
2. Bila dah nampak daging-daging tadi macam da separuh masak dekat surface dia. Boleh la masukkan bawang blend, cili blend and kacau-kacau.
3. Then masukkan sedikit air. Lepas tu masukkan segala sos-sos. Sos cili, sos tomato sos tiram semua tu. Masukkan lagi air dah masakkan segala daging tadi.
4. Biarkan merenih bahan-bahan tadi dengan segala daging tadi. Masak la sampai daging-daging tu semua empuk dan lembut.


Guna cast iron pot ni cepat daging lembut ok. Sebab cast iron ni mmg periuk jenis mudah panas.. N retain heat bagus..sebab tu masakan cepat masak and kalau daging cepat lembut and empuk. 

5. Lepas dah nampak isi dekat tulang daging tu lekang tu.. Maksud dia dah lembut la tu. Boleh la masukkan separuh tomato and biar lagi masak seketika. Kalau nak tambah air boleh la tambah. Boleh rasa kuah.. Kalau ada yang kurang.. Boleh tambah.. Sos cili ka sos tomato ka. Kalau kurang dari segi rasa boleh tambah gula, garam dab serbuk perasa.
6. Then boleh pecahkan telur sebijik.. Yang ni kacau biar pecah-pecah skit. Sebab nak effect telur pecah-pecah kat dalam kuah.
7. Masukkan segala sayur. And then masukkan telur2 yang hampa nak kuning dia cair-cair tu. Kalau tak nak cair.. Boleh ja masak sampai keras kan. Up to u.
8. Dah siap boleh la hidang untuk makan.


Apa lah yg bersinar2 sangat ni haaa. 


Jemput makan... 


Setel ok seperiukkkk. 

Kemain laki aku makan. Maksud dia memang sedap la kan. Kalau tak.. Takkan la setel sepeyuk besaq ni kan.. Mee sebungkus pun setel. 





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS