Fuhhhh... Lupa gila nak perabih Travelog Perth ( Western Australia) ni tau. Untuk hari ke 7 ni, memang kami set kan dalam iti untuk shopping and main-main di sekitar Perth CBD, jalan2 di sekitar Hay St and Murray St yang terletak bersebelahan ja. Tapi sebelum tu kami gerak ke CBD, kami singgah ke Blue Boat House or Blue Boat Shed atau nama sebenar dia Crawley Edge Boatshed yang menjadi salah satu landmark Perth. Tak Perth la kalau tak bergambaq dekat sini kan.

Untuk pengetahuan hampa, Blue Boat House ni tersangatlah fames sampai kena que nala punya panjang. So kalau takmau que panjang2 Sila la mai awai2 OK... And dekat area ni kena parking jauh skit and kena Jalan skit la nak pi ke situ sebab dia macam tepi Jalan besaq tau. Dulu ada tempat parking dekat area UWA (University of Western Australia).. Tpi masa kami pi tu macam tengah construction. So kami pun decide untuk parking dekat area depan residence yang menghadap Swan River tu.

Dekat area sini agak hot tau. So banyak kes pecah keta dekat area sini. Nak selamat jangan la tinggai handbag or anything yang mngundang untuk kereta hampa dipecah OK. Kebetulan mak aku baru ja tak sampai setahun pun pi Perth masa tu. So dia malas la nak pi bergambaq kat rumah biru ni. Apooo... So mak aku la stay lepak kat area keta tu. Aku walaupun dah 2x pi. Tetap batak kena pi tangkap gak Gambaq kat situ.


Orang depan ni pi duk tengah membuyung 4 ka 5 bulan. Ni anak dia keluaq da besaq dah. Punya la baloq aku nak perabih entry pi Perth thun lepas oi. 


Ni ayaq kat Swan River. Jenuh wei. Compared ngan Pinang River... Macam hareyyy hitam dia😂😂😂



Gemok and don't care! 


Jom pa kita melakar ke tempat lain pulak paaa... 


Time ni mak buyung dah lari sebab sejuk dengan angin bagai kan. Nampak panas kan tapi sejukkkkk... 


Lepas da ciwi2 bergambaq kt Blue boat House ni kami pun bagi la chance kat ornag lain pulak bergambaq. Lepas dari kaki tu tudia a nala punya que. Nasib hampa lahhhh.. So kami pun meneruskan perjalanan ke CBD. Dah tak jauh dah Swan River dengan CBD ni ya. Tambah Hay St and Murray St ni sebelah-sebelah ja. Kalau nak tau, di sekitar kedua-dua Jalan ni penuh dengan kedai-kedai untuk shopping. Ada Pandora di kedua-dua St. Tapi di Murray St lebih besaq ya. Ada Lush Cosmetics di Murray St. Target pun ada. Masuk kot pintu Hay St and boleh tembuih keluaq dekat Murray St.

Kami parking kereta dekat tempat parking khas. So kena Jalan la untuk ke Murray St and Hay St tu. Tempat yang kami parking tu building dia dekat hotel yang kami pernah stay masa first time pi ke Perth dulu, Kings Perth Hotel(aku pernah story dekat SINI, Sapa nak stay boleh la baca) tapi masa kami pi tahun lepas hotel tu macam tengah renovate so aku tak tau sekarang ni masih nama hotel tu atau tak lagi dah. Tapi yang pasti ya parking dalam building tu sangat mahai OK. So ni adalah salah satu cara kerajaan kat sana buat untuk kawal jumlah kereta masuk ke kawasan CBD. And masa kami pi tu hari Sabtu ok. Masa sampai dekat CBD kalau tak silap around 10am kot.

First stop aku adalah 7E dekat Hay St tu sebab aku nak beli hot choc dia yang dalam cup yang kena bancuh dengan ayaq panas tu. I tell u... Sedap gilos OK hot choc dia. Masa first time pergi Perth dulu.. Dekat 7E yang sama la aku beli hot choc dia sedap nak mampus masa tu mngandung Ecah lagi. Laki aku minyak skit.. Memang skit ja aku bagi. Aku suruh dia pi beli lain. Masa duk kt 7E tu Tiba2 nampak newspaper depa ada ni. Time tu kan lepas election.


Terus grab beli weiiii. Nampak sangat cita dah lama gila kan. Tapi baloq nk update psai cita Perth tahun lepaih ni. 


So after duk jalan2 tu aku punya la lapaq wei. Nasib la dekat area tu ada banyak makanan halal. So kami decide la nak lepak makan dengan Insan Cafe yang terletak di Murray St.


Sumber Google. Lapaq2 otak pun lupa nak snap gmbaq uii. Masa first time pi dulu kami makan kat D'ancasa kat belah Hay St tu. Sedap gak. Tapi dekat Insan Cafe ni ada lauk pauk tu yang best tu. 


OK la not bad. Masa duk makan tu jumpa dengan seorang pakcik ni orang Sarawak dia dah lama migrate duk sana. Katanya dekat 20 years dah. Lebuh kurang lah. Dia kata Perth ni dah macam Msia dik. Nak makan Masakan Malaysia senang ja. Ikan masin durian petai semua ada.. Hoho. Cuma kalau makan dekat kedai mahal skit la. U kena masak makan murah la skit kan.... Sembang la dengan orang duk sana.. Best pulakkk depa niii. 

Lepas ja makan2.. Kami pun sambung la jalan2 kat Hay St n Murray St ni. Aku tak beli apa pun dekat situ. Target nak shopping dekat Westfield Innaloo. Dekat dalam Westfield ada macam sebab situ ada Kmart, ada Target, Big W ada Pandora eh ada macam2 la. Tapi kena cepat la sebab hari Sabtu shopping mall katup awai. Dalam kui 5pm dah katup dah. Apa laaa. Kalau Malaysia hari cuti katup kui 12am OK.. Hahhaha... 

Sampai ka dekat Westfield Innaloo aku jadi lupa diri. Terus pi serbu Kmart. Allahu.. Murah ya.. Jahanam duit aku. Macam2 baju n kasut Budak2 aku beli. Memang x tangkap gmbaq apa la sebab bz shopping OK. 


Ikut gila aku nak ja beli bawak balik OK. Nasib otak Centre lagi time tu. Kalau dak boleh bergaduh laki bini oiii

Dekat Kmart, Big W n Target nak beli barang2 deco utk orang yg gila deco macam aku ni best la. Lepas tu baju plus size depa pun best2 wei. Banyak pilihan. Style plak tu. 

Jom tengok kt Big W pulak


Murah nak mam


Hee kalau dekat mmg angkut dahh


Ni pun sama


Murha gila OK. Nasib masa first trip pi dah beli dah. 



Hat petak satu set xsilap aku $89 kot tak silap aku


Aku beli topup bagi ckup 6pcs each ja. 


Meroyan tengok free gift dia. Malaysia nan hadooo


Reward diri sendiri. 

Kami keluaq dari Westfield Innaloo dekat2 nak tutup dah. Lepas tu teruih pi ke Chemist Warehouse yang terletak dekat luaq and bersebelahan ja dengan Westfield ni. Kiranya building asing la. Best jugak Chemist Warehouse ni sebab besaq compare dengan dekat Hay St or Murray St tu. Banyak gak borong perfume yang orang kirim. 

Lepas ja habis kat Chemist Warehouse tu memang dah penat gila da wei. Untuk malam tu, husband aku tapau ja smoked salmon pizza dekat Ciao Italia(aku pernah cerita dekat SINI) and makan dekat hotel.

Balik tu Allahu.. Penatnya. Lepas makan.. Lepas mandi.. Lepas solat semua terus terbongkang wei sebab penat sangat. 











Assalamualaikum 

Macam lama ja dah tak update blog kan... Rasa mcm lemau gak lately ni. Ya lah.. Macam2 jadi.. Bukak fb rasa sesak nafas baca Macam2 jenis cerita. Laki kerat bini n ank lapan la.. Arghhhh what kind of world we leavin in? Sesak nafas bila pikiaq balik. And aku rasa aku macam kena panick attack bila pikiaq Menda2 macam ni. Pffffttt. 

One of the reason I try to avoid media social is because of that kind of stories. Sesak nafas dibuatnya. But hey... I think I need to calm a lil bit kot. Intead of baca that kind of story... I better found something else la kan...baik cari port makan best2 lagi syiok and tak sakit kepala and sesak nafas kan. 

Being a foodie(tengok badan la kan), I was told by my fellow blogger friend, Kak Sha (here to read her blog) that we have been invited to review at this cafe called Barastar which located at Perda. 

Alhamdulillah we managed to go there walaupun hari tu hujan agak lebat ya. Paham2 la bila kena angkut anak2 ni, cuaca memainkan peranan penting ya. 

The place is nice. Aku suka dengan susun atur kedai ni. Decor also nice. 


Outside the cafe. Ada two space. 1 open space. 1 lagi dekat dalam kedai with air conditioning 


At the counter. 


Ni yang kat dalam. Ada air conditioning tu. 



Nicely decorated. 


Siap ada surau. Good


Ada ni senang la sapa nak buat class Luxor   ka Shaklee ka apa ka.. Ehhh

 

Nak celebrate bday ka


Nak acah bersanding lagi sekali ka. Semua boleh. 

Oh ya bagi hampa yang nak sewa tempat pun boleh ja sewa sini kalau nak buat small event contoh nak buat small class/event ka. Untuk pengetahuan hampa, tempat ni boleh menempatkan sebanyak 80 orang tanpa Meja. Dan 40 orang with Meja. 


Dah jom kita tengok makanan2 yang ada dekat sini pulak k. 


Spaghetti chicken blognese 


Ini yang set... Fuhhhh



Spaghetti tomyam. Sedap yg ni


Burger. Nuummy2


Mushroom soup 


Fettuccine creamy chicken 


Adglio olio chicken


Chicken chop


Lamb chop


Rice chicken chop


Minute steak 


Hot latte


Caramel machiato


Boba pun ado


Tudiaaa


Haaa penuhhhh 3 meja😂


Tudiaaa jenuh makan kan... 

Hampa kalau nak pi makan Western.. Boleh la Cuba dekat Barastar Cafe ni. 

Barastar Cafe
No 32, Lorong Perda Utama 7,
Bandar Perda,
Bukit Mertajam, Penang
(lorong Petronas Bandar Perda)
Waktu operasi setiap hari
4.00pm - 1.00am
Credit to Mothercare. 

Saja nak share pasal stroller mimosa compact ni. Plan asal nak beli pockit sebab nak travel ke Perth last year. Sebab ya la nak yang of course la cabin friendly kan. Bila tengok dekat Mothercare last year memang cakap kat laki den.. Pejam mata la beli Pockit ni. Dah la nak travel pastu nak kena beli stroller compact yang cabin friendly pulak kan. Adudu...


So kebetulan masa nak pi pejam mata beli Pockit ni tiberrr ada 1 stroller ni dekat Mothercare Gurney Plaza... Nama dia Mimosa ni lah haaa. Time duk bukak tutup.. Bukak tutup Pockit ni konon2 nak last try sebelum nak kena pejam mata bayaq kan.. Tiberr sales girl ni try bukak tutup Mimosa ni dekat satu customer ni. Aku pun macam terkagum. Ahhh sudahhhhhhh... Amenda ni.. Stroller ni macam lagi senang dari Pockit kot bukak katup lipat nya ni. Size wise lebih kurang ja bila dilipatnya. Ahhh sudahhhh....


Haaa kagum dak.. One hand handle ja. 
Kagum kan.. Aku Perak buih teruih time tu. Kalau Pockit susah skit ya time nak compact kan dia tu.. 

Pastuuuu tanya sales girl tu ada offer jugak ke.. Dia kata ada kak... Tak ingat berapa percent.. Tpi rasanya 30% dan sekaligus aku suruh dia kira tinggal berapa after less. Discuss sat dengan orang yang nak kena byaq... So kami pun decide la nak amik yang ni sebab yang ni lagi senang bukak katup and size dia 28cm*20cm*50cm ja after kena lipat.


Haluihhh gila.. Buh dalam boot keta aku yg haluih tu pun x akan space noks. 



Compact kan. Size pockit after kena lipat pun lebih kurang ja 20*34*42cm...lagipun ntah aku paling tak kenan tang Pockit tu kat cap dia tu.. Nampak macam cap ayam😜😜😜Time tu la.. Pockit punya cap kat atas tu mcm yg Jenih lepiaq tu.. Serious tak kenan.. Lani dah kluaq style lain dah kannn...


Pic from Google. 

Compare fold size between mimosa n GB pockit


D  downsides of this stroller are x boleh recline.. So means 6m ke atas baru boleh guna.. N up to 15kg ja.. Maybe boleh la sampai 17-18kg kot... Kira halal la tu. Kalau anak jenis gedebab jangan la beli🤣🤣🤣

Dia punya compact tu senang gila nak bawak naik cabin pun. Tengok ecah pun selesa noks. 


Siap lenaaa haaaa. 


Maktok sebelah pegang tongkat sebelah tolak ecah pun tarak hal lah.. 


Anak aku dua2 orang memang suka naik stroller ni. So aku dah beli satu asing untuk kakak dia. Kakak dia still boleh naik stroller ni since badan dia tak la besaq mana ya. 

Oh ya lani Mimosa dah ada Cabin City + yang mana boleh full recline and boleh pakai dari nb sampai la 20kg. Aku kalau mngandung lagi memang nak cari la satu Mimosa Cabin City Plus tu. Senang wei. Apa pun memang tak mnyesal la beli Mimosa Stroller Cabin City ni sebab easy handling lepas tu senang nak bukak tutup. Handling smooth.. Nak bukak tutup pun smooth lepas tu size pun compact ya xda bulky and kena try hard nak compact kan dia ya. 

So overall, my rating is:

5 star 




Assalamualaikum

Dah lama actually nak buat menda alah ni. But since M tu tinggi... Asyik tertangguh2 ja.  Confuse nak cat / spray ka letak wallpaper ja.

Fuhhhh. Hari tu dah beli dah cat warna gold yang water based tu. Sekali bila dah start cat skit macam susah jek wei. Mau nak kena coat 3 or 4 kali baru elok ni. Last2 terus ambil kain.. Wipe off. Not suitable aku nak kena buat 3 or 4 kali coating Lagi2 plak dengan cat dekat dalam bilik jam dengan Aishah duk ada pi mai pi mai dalam bilik ni. Kang tak pasai2 dia mai duk pegang habis dia pi buat fingerprint dekat semua dinding. Mati la mak nak oiii.

Lepas dari kejadian tu aku pun lantak lah dulu kat situ. Rajin buat. Tak rajin lantak situ ahhh. Lagi satu problem nak cat menda alah ni sebab dia punya depan tu bukannya solid wood pun. Dia macam laminate thin layer Acah2 kayu ja kat situ. Kalau spray OK.. Cat mcm kurengg. Tapi satu hal plak la kan nak spray. Mau kena pakai 10 tong spray ka berapa belas tong ka baru nak elok cita dia ni.

So takpa lah. Lantak situ la dulu. Maka dengan sakit matanya aku hadap hari2 pemandangan drawer buruk ni. Haihhhhh. Sakitnya hatiiiii.

Inspiration untuk aku make over and Upcycle drawer ni adalah dari ig2 mat salleh. Depa punya level of vibrant and eclectic tu lain mcm. Kalau kat Malaysia ni ssh la sikit nak nampak orang yang suka theme eclectic mcm ni kan. Selalu kat Malaysia kita banyak main safe color gitu Haa.


Salah satu ig yang aku suka skodeng. Geram tengok wallpaper tu oiii. Kes tu yang jumpa wallpaper ala2 ni kat Ecoshop terus aku rembat 3 ketul bawak balik. Guna tak Guna belakang kira. Janji aku rembat dulu bawak balik k. 



Lawa gila kannnnnn. 



Comey gila kan... 

Ni pulak yang jenis cat... 




Lawa kan. Kalau nak cat ni. Elok lah untuk solid wood. Kalau berani boleh la buat macam ni. Ni memang berani habis ni! 



So meh jommmm tengok pulak aku make over aku punya the most eye sore drawer from loser to a hero. 


Loser and buruk gila... 


In d making. Spray dia punya holder tu dengan spray from Mr DIY.. Guna code sparkling gold. Effect rose gold gitu. 


Taraaaaaa.... 
Siappp dahhhhhhhh. 

OK lah dari dulu kan. Kalau dulu menyampah ja nak nengok. Ni Aishah tak habis.. Cantikkkk kaaa cantikkkkk.. Ahhh gitohhhh. 
Ingat time pindah nanti taknak bawak pi ke rumah sana. Tapi dah lawa2 ni berani la husband nak tinggal kan. Sory no way la kan... 


Oklah
Tu ja nak update pasal Upcycle Project kali ni...chiowww.








© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS