Hai holaaaa
Setelah lama bercuti dari masak memasak kan.
Maka dengan ini bila anak da start sekolah maka mama haruslah lebih rajin dan gigih masak yang sedap-sedap untuk yang tersayang. Kata tahun baru kan. Semangat berkobar-kobar lagi la kan.

Kebetulan last week masa cuti lagi tu aku pi ke Jusco dengan biras aku. Sesaja la nak shopping last minit kat Sephora tu kan dalam Queensbay tu maka habis ja shopping apa bagai kami pun pi la masuk Jusco sebab nak beli barang-barang rumah.

Bila tengok-tengok ikan aduhhhh cantiknya jenahak, ikan merah dan tenggiri cuts tu. Maka apa lagi. Nampak pun fresh. Dalam otak dah ligat pikiaq menu nak masak apa kennn. Harga? Jangan tanya noks...of coz mahai kedaung kan. Zaman pokjib ni nak jimat kena beli bahan mentah and masak je. Seketul jenahak pun dah rm8-9 noks. Malas aku nak bising.

Untuk jenahak ni memang aku da setkan nak buat asam podeh je....



Jom ler tengok bahan-bahannya dan cara-caranya:

Bahan-bahan:

Ikan jenahak 3 ketul
Cili kering 8 biji
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 5 ulas
Asam keping
Air asam jawa
Daun kesum (aku ganti dengan daun limau purut )
Bunga kantan
Tomato
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. Blend bawang besar, bawang putih dan cili kering.
2. Tumis bahan-bahan yang diblend tadi, masukkan asam keping dan air asam jawa.
3. Tunggu sampai pecah minyak dan jadi pekat.
4. Masukkan garam, gula dan perasa ikut tekak korang.
5. Then masukkan isi ikan jenahak,tomato, daun limau purut dan bunga kantan.
6. Agak-agak ikan da masak n tomato da lembut skit, boleh la tutup api tu ya. Jangan lama-lama sangat sebab ikan jenahak ni isinya lembut.


Dah siap. Makan ni dengan telur masin perghhhh jauh pergi dia tauuuu.



Perghhhhh menjejes pulak nengok nya haaa.

Psss...korang suka masak ikan jenahak ni masak apa? And korang selalu shopping ikan2 semua dekat mana? Jom share...macam mana korang bajet barang-barang dapur korang





Heppy 2018

in , by Alia Farhan, 8:57 AM



Yeah...
It's already 3rd of January...
N here I am wishin u guys heppy 2018!
Jangan caruts mak nok!


Truth is......
I wish in 2018 i have at least 30hrs per day...LOL.
I wish I have maid so that she can take care 9f my baby n toddler while I do all the blogging things and my business...yada yada...
Bluerghhhh...truth is I'm still a plain Jane wishing that I'm supermom to my kids while I'm not



So I'm simply hope that this year will be better than last year. Yes, I have making a big move by moving my ass off from this group of people whom to be so toxic. They try to bring me down, but never mind they dont know i'm not just a pokok getah where they can simply chop and bring me down...hellooooo...I'm a Timber ok! So jangan mimpi sangat nak down kan aku. Lagi-lagi in this blogging world...pfffttt.

What matter in this new chapter/year, I hope I can be a better me. Have to start picking who should be friend, who shouldnt be one. Yeah...for me having a quality one is much more better than having quantity of bullshits around me. I dont mind people say I takda kawan or what. Perhaps I have my own family, siblings and quality of friends that will gimme an advice when I need it. Dari ramai "kawan" but at the end buat dosa sebab asyik menyindir orang ja. Perasan diri tu bagus...yada yada.



And as usual malas nak azam nak kurus tiap2 tahun kan. Pulun la bagi Aishah habis menyusu dulu. Nanti later on will slowly start again. Give up bila start diet susu drop!


And for this year jugak aku organize trip dengan bff aku. Memang tak sabar sangat-sangat. All of them roomates aku masa kt UniKL dulu. Alhamdulillah dah lama planning nak gathering kan. Sekali buat keja gila booking flight ramai-ramai hari tu. The "Bikoi Sisterhood" trip katanya. Hopefully jugak akan menyusul trip-trip lain lepas tu. 


My quotes for myself " always a traveller" 


***malas nak listkan segala wishlist 2018 kat sini...biar la bagitau yang simple2 ja kat sini kennn







Hai hampa. Sory MIA for a while. huahua. Tak sempat nak update blog sebab masih mempunyai tugas hakiki sebagai seorang ibu dan isteri serta kuli untuk perniagaan kecil-kecilan ku ini.

Sementara anak-anak tengah melenakan diri maka mama pun seret kaki bangun on laptop and update resipi paling simple and cikai untuk tatapan hampa semua k. Alaaa simple ja pun. Tu pun nak kecoh. huahua.



Bahan-bahan:

Mangga yang diparut
Cili (potong)
Bunga Kantan (hiris nipis)
Bawang besar (hiris nipis)
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Lepas parut mangga, potong cili dan hiris nipis bunga kantan dan bawang besar maka gaulkan kesemua bahan dengan garam dan gula.
2. Letak dalam peti sejuk bahagian chiller lebih kurang 30 minit.
3. Boleh hidngkan dengan lauk pauk korang yang lain.



Ekeleh gitu ja resipi nya? Kan aku da bagitau awal-awal tadi MUDAH DAN SEDAP kan. So memang mudah ja lah caranya. Kalau hampa nak letak udang kering pun boleh. Aku guna bahan yang ada dalam peti sejuk ja.

Reason pasaipa aku letak dalam chiller? Sebab aku suka bila letak dalam chiller dia macam sejuk2 skit bila masuk tekak sejuk-sejuk..masam-masam..manis-manis gituuuu....Oh padu rasa dia wei. Ratah macam tu pun cara wei. Aku ni memang jenis penggemar kerabu-kerabu ni..so pelawa la aku makan apa jenis kerabu...In Sha Allah memang aku makan.

Ok lah. Dah melalut dah ni.

chow

Hai umum kita tau, cakap pasal awek atau mamat Korean ja mesti aku nanti jadi duk kagum satu maciammm ja dengan kulit depa. Tengok kat tv yang berdefinisi tinggi nak cari satu cela pun punya susah. Haihhhhh depa ni pakai apa oiii.

Setelah diteliti dan study, maka aku membuat kesimpulan mereka tersangatlah rajin dan menitik beratkan penjagaan muka mereka. Basic skin care depa sahaja ada 10 steps ok. Hampa ada berapa steps? Aku so far duk ada 3 4 steps ja tu pun selalu culassss dan ke laut dalam. Dah culas dan pemalas tapi ada hati lagi nak cantik macam awek korean? ommmooooo.

Jom kita tengok 10 steps of  Korean Skincare:



Credit to onmogul


1. oil based cleanser

Yang ni selalu aku tak pakai pun lagi-lagi kalau kat rumah. Tapi akan guna bila make up. Lepas make up memang wajib pakai ni untuk removed segala make up and kekotoran yang melekat dekat muka.

2. foam cleanser

Ni normally first step aku kalau aku tak pakai make up la kan. Currently using yang honey- bee venom based products. Sedap ja bila lepas cuci muka tu.

3. Exfoliater

Atau scrub muka. Yang ni normally aku guna seminggu 2x ja sebab kalau lebih-lebih nanti kulit hampa akan jadi sensitif dan merah-merah. Scrub muka ni bagus untuk buang sel-sel kulit mati, tak bagi pori-pori tersumbat dan promote pembentukkan sel kulit baru,

4. Toner

Biasanya toner ni pun selalunya aku amik mudah. Basically toner ni penting ya untuk remove  resideus yang tertinggal masa step 1 sampai step 3. Toner pun penting untuk bagi kulit kita bersedia untuk absorp apa yang kita akan pakai on the next step.

5.  Essences

Dulu aku selalu skip toner bila duk pakai essence. Sebab nampak macam textrue sama ja kot. NEHIIII NEHIIII. Jangan repeat kesalahan aku ok. Sebab essence tu most likely a concentrate of liquid nourishes yang provide skin elastic, moisture, kurangkan pigmentasi  dan prevent kedutan dekat muka. I'm so in love with my SKII essence.

6. Serum/ ampoules

Haa ni kira ultimate option la jugak ye. Sebab tu kalau check skin care korean ni macam-macam ada; serum la, ampoules la, boosters la name it. Aku pun kadang-kadang heran nak bubuh bila weiiii. Tapi untuk pengetahuan hampa, biasanya serum ni adalah super concentrated essence yang ada specific target; contoh untuk wrinkles ka pigmentation ka, dewy skin ka.So basically untuk ni hampa boleh apply dekat targeted area ja lah ye.

7. Sheet mask/ sleep mask



Nid an elaboration more on this? I just love sheet masks and sleep masks. I apply sleep mask every nite shifting between sheet mask. Hahahaha.


I don't have time for spa. So this is how i treat myself at home. I freak out whenever my sheet mask supplies decreased.

8. Eye cream

Disebabkan kulit di sekitar bawah mata ada;ah paling nipis dan sensitive, maka this area cepat dehydrate. Sebab tu kdang-kadang bila pakai eye shadow nanti eye shadow tak lekat and then nanti nampak capuk-capuk. So the best way to prevent dark circles and wrinkles dekat area bawah mata tu adalah dengan eye cream. So far aku selalu pakai eye mask, at the time being not using any eye cream sebab non work for me. Do let me know if you have any eye cream that u love, ok?

9. Moisturiser

Yes, yang ni biasanya step ke 4 aku. Hahahaha. Basically untuk moisturiser ni korang kena cari yang sesuai dengan muka korang. For oily skin, u can go for gel based. Kalau yang kulit kering tu boleh go for cream/ lotion based moisturiser. Penting ya untuk pakai moisturiser ni. Even kalau oily skin pun wajib pakai sebab moisturiser will lock the moisture to our skin. Kalau kulit tak cukup moisture it will send the wrong signal to our brain so that it will send a wrong signal to produce more oil to our skin. Paham-paham ja lah bila oily skin ni make up susah nak lekat, pastu jerawat pun cepat ja hinggap. Sebab tu kena pakai moisturiser yang sesuai dengan skin type kita. Macam aku combination oily, so aku prefer yang gel based moisturiser.


Lately, bila nak mentrual memang muka akan cepat break out. Stress gila mak oiii. Cuba bagitau ubat jerawat apa yang sesuai untuk perubahan hormon yang mencanak-canak ni nak oiiii. Dah macam remaja2 pulak duk jerawat sana sini. Yes my remaja time muka susah nak naik jerawats kot.


10. Night cream/Sun protection.

Night cream antara yang fames dalam penjagaan kulit orang korea. It also promote youthful skin and new cell regeneresis gituuu haa.

Untuk sun protection; as we know la kan, UV rays ni memang berbahaya untuk kulit kita. disamping untuk mengelakkan sun burn, ia juga boleh elak dari cancer kulit. 


So hampa punya skin care steps macam mana?
Ada banyak culas macam kami dak?
Lepas ni kami berazam sempena tahun baru ni nak follow step by step yang ada ni supaya skin kami segak helokkk nanti. Stress wei tengok kulit lani duk break out sokmo. Mesti sebab kulit duk oily kadang-kadang tak kena gaya kan.


Disamping tu jangan lupa amik wudhu selalu tau. Baru la muka ada Nurrr. Bukan nur sajat ye...


p/s: So sesapa yang tau eye cream yang best-best sila la rekemen dekat i ya
Holaaa

Jom nak sambung cerita pasal Travelog Phuket ya. Untuk breakfast pagi tu kami cuma panaskan segala makanan yang kami bawak, menda paling senang adalah beli telur dan rebus. Bawak sambai dan ikan bilis goreng. Lepas tu aku masak ja nasi untuk breakfast and beli roti sandwich dekat 7E sana. Oh ya untuk trip ni aku siap bawak Philip Pressure Cooker (PPC) aku lagi..kata mai ngn reta kan. Apadehal kan.




Buat kentang n carot lenyek untuk Aishah guna PPC ja.


Orang kuat tengah breakfast.



Hahahha. Jauh dia berjalan sampai ke Phuket. Apadehal.


Lepas makan...mandi duluuuu.


Untuk Day 2 ni kami cuma pusing-pusing sekitar Patong beach sahaja. Nak island hoping semua malas sebab aku ada baby kan. Lagipun da banyak kali kot island hoping dekat sini. Nak-nak pulak dari hari kami sampai Phuket tu memang hujan ja kejanya. So the best way just ronda-ronda Phuket ja lah.


Abaikan muka sememeh ku.


Sedar tak sedar jauh jugak la kami da jalan-jalan kat sekitar Patong tu. Mula-mula masuk ke Jungceylon shopping mall. Pusing-pusing dalam tu, xda menda sangat pun dalam tu. Kebetulan time tu ada street food bazar dekat open space Jungceylon, mak aih mampu telan ayaq lioq ja lah. Sebab nya bukan muslim yang jual.


Dalam Jungceylon. Macam biasa mall ni takdak la best mana pun.


Keluar ja dari Jungceylon ni kami menapak lagi. Kali ni menuju ke Hard Rock Cafe Phuket pulak. Boleh tahan la jauhnya. Dulu masa pi kami laki bini merempit ja, ya lah time tu honeymoon kan. Ke sana sini merempit la. Ni dah ada anak nak merempit macam mana kan. Selesai ja shopping tshirt untuk kami laki bini kat dalam HRC tu. Maka kami pun menapak la balik ke hotel. Mak oiiii jauhnyaaaaaa.


Ke Rock Shop la kiteeee.



Selesai membeli belah di Rock Shop.



Budak-budak paw ballon kat HRC.


Sampai-sampai hotel masing-masing kelaparan. Terus serang makanan yang ada lagi. Lepas tu kids semua terjun pool balik. Aku pun sama naik bawak Adriana and Aishah mandi depan bilik la. Seronok sebab buka-buka pintu bilik ja pool kan.







Yang paling penting, the kids happy sebab dapat mandi kolam sampai lebam kan.


Untuk malam tu, aku tak join ke Fantasea sebab badan Aishah start panas dah. Demam pulak si Aishah. So laki aku bawak la Adriana untuk join the others. Nak cerita pasal Fantasea pun nothing much sebab aku tak dapat join kan.


Tapi dari gambar-gambar yang depa share kat group WhatsApp tau semua orang enjoy la kan. Seronok tengok muka Adriana pun ceria ja. It's ok, mama jaga Aishah ja kt hotel. Malam tu aku cuma buat nasi goreng guna ppc. Nasib ada ppc, standby ja perencah nasi goreng seri aji tu, dengan beli ja sosej halal and teloq dekat 7E then boleh buat dah nasi goreng. Oh ya, untuk trip ni memang aku bawak la bawang besar, bawang putih and cili padi cukup-cukup untuk masak yang simple-simple ja.



Adriana and friends.





Colourful Fantasea Phuket.

Untuk pengetahuan, harga untuk Fantasea Phuket adalah :

Show+buffet = 2200B
Show only =1800B

Tapi kalau tak silap kami dapat harga melalu ejen 1500B seorang.

Yes quite pricy kan.

By the time, pukul 11 malam Thailand macam tu baru la Adriana and papa dia balik. Aku pun time tu da boring tahap gaban dah. Masing-masing pun dah kepenatan, maka eloklah tidur dulu and simpan energy untuk keesokkan harinya. Nanti aku cerita ya sambungan hari ketiga. Ok byeeee.



Hai hampa kali ni nak cerita bab periuk nasi yang sesuai bawak masak travel. Aku ada beberapa jenis rice cooker yang memang aku hangkut mengikut jenis destinasi dan pengangkutan yang aku guna.

Ada orang cakap gigihnya la seorang Alia membawa rice cooker time travel. Bukan gigih wei, more or less memang kena bawak lagi-lagi pulak jenis perut cap Melayu ni nak kena makan nasi ja. Plus, nak jimat satu hal. Mau tak mau kena la memasak time travel. We all bukan Che Ta pi melancong pun tarak hal la nak makan and pikiaq setakat currency exchange tu.

Mak aku yang da travel merata ceruk dunia pun mesti akan masak kalau travel. Pesan mak aku, one of the way nak jimat time travel adalah masak. Kalau sekali travel dekat makan dah habis ribu-ribu next time mesti serik nak travel lagi. Pendek kata, bab travel bab belanjawan and makan selalunya suami aku akan serah untuk aku incharge.

So jom tengok jenis-jenis rice cookers yang aku ada and sesuai untuk hampa angkut pi travel.

1. Rice cooker 1.0L
Pic courtesy of Google.


Rice cooker 1L ni aku pernah bawak masa pi Perth dulu. Apedehal naik Malindo kan, free 30kg luggage sorang. Aku  bawak 1 luggage khas untuk makanan ja kot. Dalam ni la aku masak nasi, dalam ni la aku rebus lobster yang beli dekat Coles. Makan cicah sos dengan mayo ja. Perghhh sejuk-sejuk syahdu. Pastu masak pulak megi dalam ni tibai kami tiga anak-beranak. Oh ya, kat negara2 omputih ni biasanya homestay depa tak sediakan rice cooker ya walaupun lengkap dengan kitchen ka apa ka sebab nasi tu bukan makanan ruji depa.


Berguna betul rice cooker cap Phonar ni. Da sampai ke australia rice cooker ni.


Sebelah lobster tu nasi goreng yang aku buat bekal masa kat Perth hari tu tapi tak sempat nak makan masa kr Caversham tu. End up bawak ke dinner. Dalam serba kekurangan musafir marhaen di bumi kangaroo, lincin habis semua tu.
Boleh baca pasal Travelog Perth kat sini.



2.0 Philip Pressure Cooker



Pic courtesy of Google.

Philip  Pressure Cooker ni antara yang aku angkut masa roadtrip ke Phuket hari tu. Ala kata pun bawak keta kan. Selamba ja lah bawak ni, boleh masak nasi/nasi goreng 7 minit. Yang penting jimat la. Kalau yang ni sesuai la untuk roadtrip macam aku pi ke Phuket tu. Buat mash potato kat Aishah masa tu pun senang. Sat ja dah empuk.


3.0 Electronic Lunch Box

Pic courtesy of Google.

Ni electronic lunch box. Yang aku ada dua tingkat ya. Da sampai ke Koh Lipe dah electronic lunch box aku. Masa kat Koh Lipe, ni lah yang aku guna untuk rebus telur buat sandwich, masak sardines and tomyam untuk makan tengah hari. Memang save betul la sebab makanan kat dalam Koh Lipe memang agak mahal jugak ya. Maklumlah dalam pulau kan.


Ni masa kt Koh Lipe.
Boleh baca pasal Travelog Koh Lipe aku kat sini.




4.0 Mini Rice Cooker



Pic courtesy of Google.

Mini rice cooker ni antara gajet terbaru yang aku beli untuk next trip aku tahun depan. Yang ni agak berlainan dari electronic mini lunch box tu. Yang ni non stick, nak masak-masak boleh variety skit compared dengan yang electronic lunch box tu. Dikatakan boleh masak nasi untuk cater 2 orang makan and masa memasak juga agak cepat (dalam masa lima belas minit). Untuk trip next time tak boleh bawak yang rice cooker biasa tu sebab lugagge kena bayaq oiiii. Hahahha. So kena la berjimat kg nya. Lugagge pun tak beli-beli lagi. 

Nanti aku akan update from time to time kot-kot la ada lagi rice cooker or cooker lain yang sesuai untuk bawak travel kan. 

Until then, adios amigos

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS