Sup ni kiranya salah satu makanan favourite la untuk aku. Kiranya orang kata comfort food. Bila makan rasa tenang ja. Orang lain maybe suka makan kek as comfort food tapi aku memang suka yang sup-sup macam ni. 

Nak buat pun senang ja. Kali ni dapat inspiration bila tengok Asian Food Chanel (AFC) .  Nampak sup Vietnam atau nama dia Pho macam sedap ja. Kebetulan memang aku suka sangat daun-daun yang depa buh dalam tu. Apa lagi kan. Moh la kita try buat versi kita sendiri.



Ni la dia kueytiaw sup ala Pho Vietnam.

Jom kita tengok bahan-bahan dia.

Bahan-bahan:

Serbuk pati ayam
Bawang putih yang dikisar
Garam
Lada sulah
Cili dalam minyak ( yang ni beli kat Siam)
Ayam
Kueytiaw
Daun selasih
Daun ketumbar jawa

Cara-cara:

1. Masukkan semangkuk air, then masukkan bawang putih yang dikisar, lada sulah dan isi ayam.
2. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.
3. Last sekali masukkan kueytiaw and biarkan meggelegak dan tutup api.
4. Bila nak makan masukkan cili, daun selasih dan daun ketumbar jawa.
5. Sedia untuk dibaham.



Ni la dia rupa daun ketumbar jawa dan daun selasih. Bubuh dua daun ni memang kick betul rasa dia.

Oh dua jenis daun ni memang senang hidup. Memang ada dua-dua pokok ni dekat rumah. Buat ulam pun sedap yang daun selasih tu. Daun ketumbar jawa tu letak dalam tomyam pulak memang kick sangat-sangat la. Bau dia pun macam daun ketumbar biasa tu.

So korang kalau nak buat Pho ni kena la ada dua jenis daun ni tau. Kalau dak jadi sup biasa ja lah.



Jom kita tengok pelakon-pelakon korea before and after plastic surgery


Hyun bin oppaaa...macam before lagi hensem ja. Eh macam memang da hensem before tu jaaa...fav mak ni



Amboiii terus jadi fav mak tauuu..macam anime terus!


Dulu muka lagi maskulin kot!


Heroin Scarlet Heart wei. Wakakakakak.


Hat before tu pun da ok dah.


Ok! Ni muka kampung gilaaa...wakakaka

Patut la orang kata Korean ni fake fake belaka! Hyun bin uppa...jun ki uppaaa...aiyoyo






Hasil pump bila Miss B bengkak kadang-kadang bila Aishah tdoq and Miss B mula bengkak.

Memang anak sentiasa ada dengan aku tapi disebabkan bengkak and nak practise juga ajar dia feeding guna bottles so kena juga ada stock ebm kalau tak nanti jenuh la mama dia nak tinggal pun tak boleh.

Aishah pun sama dengan kakak dia Adriana pakai bottles and teats  NUK  yang latex yang botol biasa tu. Alhamdulillah so far so good. Takla pening mama dia nak beli macam-macam jenis botol n teats kan. 

Aishah hangover. Milk drunk punya pasal.

Paling best pagi tadi pukul 5.30 pagi bangun susukan Aishah sambil sebelah tadah Haakaa Pump. And then continue lagi pump tengok-tengok dapat hasil 8oz.
Mak aih best nyaaaa. Rezeki Aishah.

 Pikir punya pikir makan apa la malam semalam, sekali baru teringat makan coklat cadbury hazelnut. Husband belikan sebelum balik Penang hari tu. Dia kata makan ni, bagi susu u banyak 😊😊😊
Tenkiu la en husband yang selalu support bini dia ni.

Korang suka makan apa untuk bagi susu banyak?

2017

in , , by Alia Farhan, 5:26 AM
Heppy New Year 2017

Semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Azam tahun baru aku:

* jadi anak, mak dan bini yang solehah..eceh giteeewww.
* semoga bisnes sabun homemade ku semakin berkembang maju
* savings yang banyak
* xmau shopping sgt2 dah
* berjimat cermat
* kuruih
*makan sikit..tapi bila Aishah menetek terus aku makan banyiak..so how?
*kulit flawless macam org korea gitewww.

Semoga korang-korang yang membaca blog ni dikurniakan rezeki yang melimpah ruah di tahun baru ni dan diberikan kesihatan yang baik. Amin
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS